"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Monday, July 25, 2011

40 Mutiara kata daripada Dr. Robiah-Pakar Motivasi

http://2.bp.blogspot.com/-ZzwQbjMl2fw/Tbxkz1cfOSI/AAAAAAAAAB8/TGiCc1wGQ9Y/s1600/ikhlas.jpg
Mutiara 1:
Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
Mutiara 2:
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Mutiara 3:
Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
Mutiara 4:
Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Mutiara 5:
Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
Mutiara 6:
Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
Mutiara 7:
Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
Mutiara 8:
Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
Mutiara 9:
Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
Mutiara 10:
Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.
Buat betul biar betul-betul.
Mutiara 11:
Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!
Mutiara 12:
Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
Mutiara 13:
Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
Mutiara 14:
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
Mutiara 15:
Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
Mutiara 16:
Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.
Mutiara 17:
Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
Mutiara 18:
Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
Mutiara 19:
Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
Mutiara 20:
Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
Mutiara 21:
Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas !
Mutiara 22:
Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
Mutiara 23:
Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
Mutiara 24:
Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
Mutiara 25:
Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah?
Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Mutiara 26:
Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal?
Jawapannya: Sudut Pandangan!
Mutiara 27:
Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
Mutiara 28:
Syukur andainya kita boleh bersyukur.
Mutiara 29:
Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
Mutiara 30:
Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu,
yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini;
yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
Mutiara 31:
Puppet digerakkan oleh tali.
Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
Mutiara 32:
Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.
Mutiara 33:
Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.
Mutiara 34:
Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
Mutiara 35:
Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
Mutiara 36:
Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
Mutiara 37:
Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil,
anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.
Mutiara 38:
Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
Mutiara 39:
Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Tuhan.
Mutiara 40:
Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.
Rujukan :

Dapur adalah Jalan ke Syurga untuk wanita

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs047.ash2/35731_406967202342_26515582342_4957314_1239068_n.jpg
Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius  melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana  redha suami memang menjadi tujuan  dari perjuangan seorang wanita muslimah.
Maka, betapa ruginya  jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya berbahagi pahala dengan pembantu rumah, malah  menyerahkan semuanya kepada pembantu. Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat  perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka  masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran  wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana  yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.
Fikirannya  selalu terfikir untuk  menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta.  Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.
Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri. Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak  itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain. Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana.  so, mengapa tidak buru- buru memulainya sekarang?
Selamat memburu pahala..

Bagaimana anda mengetahui Allah SWT telah menCintai anda ?

http://c8.img.v4.skyrock.net/c88/i-s-l-a-m-universal/pics/photo_66043936_3.jpg
كيف تعلم ان الله يحبك ..؟؟
Bagaimana anda tahu Allah SWT menCintai anda ?
إن أعطاك الله الدين والهدى.. فاعلم أن الله يحبك!..
Sesungguhnya Allah SWT kurniakan kepada anda Agama dan Hidayah, maka ketahuilah Allah SWT telah  menCintai anda.
إن أعطاك الله المشقّات والمصاعب والمشاكل.. فاعلم أن الله يحبك، ويريد سماع صوتك في الدعاء!..
Allah SWT memberi kepada anda kesusahan, bala bencaba dan berbagai permasalahan.
Ketahuilah Allah SWT ingin mendengar suara rintihan dan doa anda kepadaNya.
وإن أعطاك الله القليل.. فاعلم إن الله يحبك، وأنه سيعطيك الأكثر في الآخرة!..
Jika Allah SWT hanya memberi sedikit sahaja diatas permintaan anda di dunia.
Ketahuilah Allah SWT telah MenCintai anda dan akan memberi selebihnya di Akhirat kelak.
وإن أعطاك الله الرضا.. فاعلم أن الله يحبك، وأنه أعطاك أجمل نعمة!..
Jika Allah SWT telah meredhai dan memberi segala permintaan anda, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Dia telah memberi kepada anda yang paling cantik dan terbaik.
وإن أعطاك الله الصبر.. فاعلم أن الله يحبك، وأنك من الفائزين!..
Jika Allah SWT telah memberi kepada anda kesabaran, ketahuilah anda telah diCintai oleh Allah SWT kerana telah menjadikan anda seorang yang berjaya.
وإن أعطاك الله الإخلاص.. فاعلم أن الله يحبك، فكون مخلصا له!..
Jika Allah SWT telah memberi keIkhlasan kepada anda, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana anda telah berjaya menjadi orang yang Ikhlas.
وإن أعطاك الله الهم.. فاعلم أن الله يحبك، وينتظر منك الحمد والشكر!..
Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Ilham, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Allah SWT telah bersedia menunggu kedatangan anda dengan segala Kepujian dan Kesyukuran di Akhirat kelak.
وإن أعطاك الله الحزن.. فاعلم أن الله يحبك، وأنه يخـتبر إيمانك!..
Jika Allah SWT menguji anda dengan kedukaan, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Allah SWT telah menguji anda dengan penuh keimanan.
وإن أعطاك الله المال.. فاعلم أن الله يحبك، ولا تبخل على الفقير!..
Jika Allah SWT memberi kepada anda harta, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Janganlah anda kedekut dengan golongan fakir.
وإن أعطاك الله الفقر.. فاعلم أن الله يحبك، وأعطاك ما هو أغلى من المال!..
Jika Allah SWT menguji anda dengan kefakiran, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT telah memberi kepada anda sesuatu yang lebih mahal daripada harta.
وإن أعطاك الله لسانا وقلبا.. فاعلم أن الله يحبك، ويريدك أن تستخدمهم في الخير والإخلاص!..
Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Lidah dan Hati, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT ingin melihat anda menggunakan keduanya dijalan kebaikan dengan penuh keIkhlasan.
وإن أعطاك الله الصلاة والصوم والقرآن والقيام.. فاعلم أن الله يحبك، فلا تكن مهملا واعمل بهم!..
Jika Allah SWT memberi kepada anda Solat, Puasa, Al-Quran dan Bangun Malam atau berjaga malam untuk beribadat kepadaNya, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana dengan perkara tersebut anda dapat beramal dengannya dalam semua keadaan dan zaman.
وإن أعطاك الله الإسلام.. فاعلم أن الله يحبك!..
Jika Allah SWT memberi kepada anda Islam, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda
إن الله يحبك.. كيف لا تحبه؟!..
Sesungguhnya Allah SWT telah menCintai anda, Kenapa anda tidak mencintai Allah SWT ?
إن الله أعطاك الكثير.. فكيف لا تعطيه حبك؟!..
Sesungguhnya Allah SWT telah terlalu banyak memberi kepada anda, Kenapa anda tidak menberi " Cinta Anda " kepada Allah SWT ?
الله يحب عباده ولا ينساهم.. سبحان الله!..
Allah SWT  sentiasa menCintai HambaNya dan Allah SWT tidak pernah melupai semua hambaNya... Subhanallah.
لا تكن أعمى وأوجد حبّ الله في قلبك.. واعلم أن الله يحبك، وأحن عليك من أي إنسان!..
Jangan kamu menjadi mereka yang buta, berikanlah sebaik-baik Cinta di hati anda kepada Allah SWT, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda. Jangan anda menjadikan diri anda, diantara manusia yang akan dinasakan oleh Allah SWT .
Rujukan :

Apabila Allah SWT menguji diri kita

http://3.bp.blogspot.com/__CNTcHHWIwA/TJDZa6hpBjI/AAAAAAAAAR0/qQJ0m7Lg1eU/s640/fefe.jpg
Pernahkah anda semua menghadapi masalah dalam kehidupan? Sudah tentu anda pernah mengalaminya bukan? Tidak ada seorang pun di antara manusia yang tidak pernah menghadapi masalah dalam hidup kerana satu-satunya tempat yang pasti manusia tidak akan menemui masalah dalam hidup ialah ketika di syurga kelak.
Masalah merupakan sahabat anda semua. Ia sering menemani kita dimana sahaja kita berada ketika di dunia. Sejak kita lahir didunia, bayi berumur seminit pun akan menghadapi masalah didalam hidupnya sebagaimana ibu yang melahirkannya dalam keadaan yang sangat sakit. Bayi pertama sekali pasti akan menangis ketika dilahirkan kedunia kerana bayi tersebut menghadapi masalah ketidak selesaan untuk bertemu ke dunia baru. Begitu juga dengan anda semua. Setiap daripada anda mempunyai masalah yang tersendiri, cuma yang membezakannya ialah jenis masalah yang dihadapi.
Percayakah kita, bayi yang tadi dilahirkan pasti menemui masalah yang seterusnya? Cuba kita ingat ketika zaman bayi kita dahulu, bayi merasa lapar dan dahaga, malahan tidak mampu untuk bergerak mencari makanan untuk dirinya sendiri. Kemudian berlaku proses pembesaran dan perkembangan bayi dimana bayi yang pada mulanya tidak mampu bergerak akhirnya mula untuk belajar meniarap, merangkak dan berjalan. Tapi, ketika dalam proses perkembangan tersebut, jatuh ketika berjalan, luka ketika merangkak dan sebagainya semuanya dikira sebagai masalah yang dihadapi oleh bayi. Ayat mudah, semuanya adalah masalah.
Ketika menuju kealam persekolahan, anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran dan cara komunikasi dengan guru dan rakan-rakan. Perubahan demi perubahan hidup berlalu yang akhirnya membentuk perubahan besar dalam usia anak-anak baik dari segi fizikal, emosi dan sosial.
Sejak kecil lagi, setiap daripada anak Adam diberikan tanggungjawab iaitu tanggungjawab keatas dirinya sediri. Kematangan diperlukan sejak dari kecil lagi walhal pada ketika itu, diri anak-anak masih menganggap dirinya sebagai kanak-kanak. Ketika umur meningkat dan terus meningkat, masalah dan dugaan hidup tidak pernah sepi, bahkan ia semakin bertambah mengikut angka usia kita. Manusia yang semakin dewasa dituntut untuk berkahwin, bekerja untuk mencari rezeki, mendidik anak-anak, menjaga kebajikan keluarga dan sebagainya. Ketika usia semakin tua pula, masalah sentiasa berjalan bersalaman dengan kita. Malah, diusia tua pula, kekuatan yang ada menjadi semakin lemah. Wajah yang dahulunya hensem dan cantik beransur-ansur berkedut. Anggota tubuh menjadi lemah dan pelbagai sakit datang menghinggapi badan. Walau diakhir usia sekali pun, masalah tetap menemani kita. Bahkan, ketika telah meninggal dunia sekalipun, masalah setia menemani kita di liang lahad. Pada ketika itulah, diri kita akan dihisab, semua amalan akan dihitung oleh Allah swt. Sekiranya selamat, kita akan diberikan syurga dan bebas daripada masalah tetapi, jika ia sebaliknya, masalah azab seksaan mengiringi kita sehingga kita dimasukkan semula kedalam syurga yang indah.
Hanya disyurga sahaja, diri anak Adam akan bebas daripada masalah.
Kadang-kadang, dugaan itu terlalu berat untuk dipikul dan datang tanpa diduga. Begitulah lumrah kehidupan. Diri kita merasakan seolah-olah kita tidak mampu untuk menanggungnya yang membawa kepada putus asa dan penderitaan yang berpanjangan. Kita merasakan hidup ini sudah berakhir walau pada hakikatnya, roh masih didalam jasad.
Ketika kita didatangi kehilang orang yang tersayang mahupun harta yang tersayang, kita terus berduka dan menangis sehingga bertahun-tahun lamanya. Kita menyimpan perasaan yang berbaur kesuraman hidup di hati kita.
Begitulah lumrah kehidupan. Tetapi Allah tidak pernah mengajar hambaNya sebegitu rupa. Malah, Allah memberi kita bimbingan untuk terus kukuh didalam kehidupan.
Yesterday is history, today is a gift, tomorrow is  mistery.


Sepatutnya, anda tahu apakah itu erti kehidupan manusia yang sebenar.
Anda mungkin masih tidak mampu mengerti ayat diatas. Tetapi saya ada 1 persoalan untuk anda semua. Adakah anda pasti, orang yang miskin tidak berharta pada ketika ini tidak mungkin untuk dilimpahi dengan kekayaan pada masa hadapan nanti? Bagaimana untuk mengetahui erti kehidupan yang sebenar?
Caranya ialah dengan berpandukan Al Quran dan hadis. Terdapat pelbagai sebutan untuk kehidupan di dunia ini. Percayalah, tiada siapa yang lebih berkuasa dan lebih mengetahui selain Allah swt Yang Maha Mengetahui. Allah menyebutkan didalam Al Quran bahawa pada kehidupan ini, Dia akan menguji manusia, berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa. Dan Allah memberikan khabar berita gembira bagi orang-orang yang bersabar.
Firman Allah SWT di dalam Al Quran:
" Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya disisi Allahlah pahala yang besar" (an Anfaal:28)
kekayaan dan kesenangan hidup di dunia juga merupakan ujian buat hamba-hambaNya. Semua itu merupakan kesenangan hidup didunia yangb boleh jadi hanya menjadikan seseorang itu rugi di akhirat.
"dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari sefi emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang terbaik." (Ali-imran: 14)
Saudara sekalian, mungkin di pandangan mata kita, kekayaan itu yang membuat kita lebih bahagia, tetapi percayalah, boleh jadi ujian kesenangan memberi impak yang lebih besar pada diri seseorang daripada ujian berupa musibah.
Sedar atau tidak, manusia sering kali akan mengingati pada Allah ketika ditimpa kesusahan tetapi sering kali manusia lupa mengingatiNya ketika kesenangan menemaninya..Pada saat ditimpa keperitan dia akan berpaling kepada Allah tapi ketika mendapat nikmat dia mengatakan semua itu kerana usahanya sendiri tanpa ada bantuan.
"maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami memberikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata " sesungguhnya aku diberi nikmati itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian tetapi kebanyakkan mereka itu tidak mengetahui." (az-Zumar: 49)
Rujukan :

Hutang-Dosa yang tidak diampun oleh Allah SWT

http://1.bp.blogspot.com/__CNTcHHWIwA/TFJRREEUudI/AAAAAAAAAM0/mSBzLJRm-W0/s320/orang-hutang.jpg
ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.
Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.
Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:
l-Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2-Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3-Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
4-Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5-Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Dalam hal ini, jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Kesan amalan berhutang.
 
l-Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2-Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3-Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4-Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."
Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.."
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.
Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –
Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

Mengapa Hati Terhijab ?

http://www.jahabersa.com.my/files/imagecache/product/PJ-0023L.jpg
Hati, mempunyai kebolehan memandang dan mengenal sesuatu, merasa senang susah, lahir atau ghaib khususnya Allah SWT. Inilah kelebihan manusia daripada haiwan-haiwan iaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah dengan sebenarnya hingga ia menjadi hamba Allah yang benar-benar takutkan Allah. Ini difirmankan Allah:
Terjemahannya: Apabila disebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka.
(Al AnfaaI: 2)
Hati yang terang-benderang begini dimiliki oleh para 'ariffin, muqarrobin dan solehin. Hati mereka nampak dan kenal betul sifat-sifat keagungan Allah. Sebab itu mereka dapat benar-benar menghambakan diri kepada Allah SWT. Sebaliknya ada juga manusia yang hatinya gelap (buta) tidak nampak dan tidak kenal Allah. Ini juga ada difirmankan oleh Allah SWT:
Terjemahannya: Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu benar sama seperrti orang yang buta (mengetahui) ? Hanyalah orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran.
(Ar Ra'd: 19)
Firman Allah lagi:
Terjemahannya: Mereka itulah orang-orang yang hatinya, pendengarannya dan penglihatannya telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalui.
(An Nahl: 108)
Dari Umar bin Al Khattab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Cap penutup hati tergantung di kaki arasy maka bila larangan Allah dilanggar dan yang diharamkan-Nya dianggap halal, Allah mengirim cap penutup hati ini lalu hati para pelanggar dikenakan cap ini. Bila hati sudah buta, sudah dikunci mati oleh Allah SWT, tidak dapat lagilah ia mengenal Allah.
Begitulah hati orang-orang kafir dan munaflk yang menyebabkan mereka menolak kebenaran. Walaupun kita umat Islam, hati kita juga masih buta. Buktinya ialah kita masih tergamak membuat dosa (kecil atau besar). Orang yang masih buat dosa ialah orang yang tidak takutkan Allah. Orang yang tidak takutkan Allah ialah orang yang tidak kenal siapa Allah. Tidak kenal Allah ialah lantaran kerana hati telah buta.
Sabda Rasulullah SAW
Terjemahannya: Sesungguhnya seorang mukmin apabila melakukan dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya, maka jika dia bertaubat dun berusaha membuangnya selamatlah hatinya, dan kalau bertambah dosanya bertambahlah terkunci hatinya.
Sabda baginda lagi yang maksudnya:
Orang yang membuat satu dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.
Kalau mata kita buta, kita tidak dapat melihat, tidak mengenal malah tidak dapat berjalan lagi. Begitulah kalau hati buta, kita tidak dapat mengenal Allah dan tidak dapat menempuh jalan syariat lagi. Kita tidak takut, tidak redha, tidak tawakal, tidak yakin, tidak berharap kepada Allah, tidak cinta, tidak yakin dengan janji-Nya iaitu Syurga, Neraka, Hari Hisab, seksa kubur, dan lain-lain lagi. Dan bila amalan itu tidak ada di hati kita maka datanglah penyakit hati. Firman Allah:
Terjemahannya: Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.
(Al Baqarah: 10)
Mereka akan terseksa di dunia dan di Akhirat. Di dunia mereka kecewa, putus asa, keluh kesah, tidak tenang. Di akhirat lagi pedih. Antara penyakit hati yang Allah maksudkan itu ialah hasad dengki, dendam, buruk sangka, tamak, gila dunia, bakhil, pemarah, penakut, riak, ujub dan sombong.
Langkah pertama yang wajib diambil untuk mengubat penyakit hati kita ialah mengubat hati yang buta itu. Bila hati tidak buta lagi penyakit-penyakit hati lainnya akan hilang dengan sendirinya. Kalau mata buta, kita pergi ke pakar mata. Mungkin dicuci, dibedah dan sebagainya. Kalau hati yang buta, kita kenalah membuat rawatan yang sesuai pula untuknya.
Untuk itu mari kita lihat dulu apakah sebab-sebab hati terhijab? Antaranya adalah memakan makanan haram dan makanan syubahat, sama ada sedar atau tidak.
Bersabda Rasulullah SAW bermaksud:
Hati itu ditempa dengan apa yang dimakan.
Hati kita ialah seketul darah yang mengandungi sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Sel dan zat-zat itu datangnya daripada makanan yang kita makan. Kalau makanan kita bersih (halal mengikut syariat Islam) maka sel dan zat itu juga bersih maka hati kita juga turut bersih. Sebaliknya kalau makanan yang kita makan itu
kotor (haram dan syubahat) sama ada benda itu haram atau duit yang digunakan untuk membelinya haram maka sel dan zat-zat besi, zat-zat yang membina hati itu kotor, busuk dan gelap.
Hati seperti wadah yang terdedah. Hati yang kotor tidak akan menerima taufik Allah sebab Allah tidak akan beri taufik dan hidayah kerana taufik itu sangat tinggi harganya. Umpamanya, kita tidak akan memasukkan makanan ke dalam pinggan yang kotor. Bila hati tidak boleh nampak kebenaran, tidak terasa kebesaran, kehebatan, kasih sayang, didikan dari Allah, tidak terasa anugerah Allah, penjagaan Allah, pengawasan Allah, pembelaan Allah (intisari Islam ialah rasa zauk. Kalau hati tidak merasa, maka kita tidak dapat hidayah dan taufik lagi) maka jadilah kita orang yang sesat dan sentiasa terlibat melakukan maksiat dan mungkar.
Bersabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.
(Riwayat: Al Bukhuri & Muslim)
Firman Allah:
Terjemahannya: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.
(Al Maidah: 88)
Periritah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan kita sedar ianya haram maka kita akan berdosa di samping hati kita turut gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubahat itu kita makan, tanpa diketahui ianya haram dan syubahat maka tidak berdosa tetapi hati kita yang terbina dari makanan itu tetap akan gelap.
Atas dasar inilah Sayidina Abu Bakar Al Siddiq mengorek balik hingga muntah-muntah makanan yang telah ditelannya setelah dia tahu yang makanan itu sumbernya adalah syubahat. Amirul Mukminin itu cukup takut kalau-kalau makanan itu akan membutakan hatinya. Setelah mengorek makanan itu kerana bimbang kalau-kalau ada saki-baki makanan yang tinggal dalam perutnya, maka beliau pun berdoa: "Ya Allah, jangan Engkau bertindak atasku akan apa yang telah jadi darah dagingku. "
Begitu Sayidina Abu Bakar menjaga hatinya. Sebab itu hatinya jadi terang-benderang. Jadi, tidak hairanlah beliau cukup kuat keyakinan dengan Allah. Rasulullah SAW sendiri memuji beliau dengan sabda baginda:
Terjemahannya: Kalau ditimbangkan iman Abu Bakar dengan iman seluruh manusia kecuali Nabi dan Rasul nescaya dia masih lebih
Imam Nawawi semasa hidupnya tidak makan buah-buahan di Damsyik kerana merasakan syubahat. Dia menjaga hatinya. Hati yang terang-benderang akan mempunyai basirah (pandangan batin) yang tajam yang dapat menembus alam ghaib dan alam kerohanian. Bila alam ghaib yang hebat itu ternampak oleh kita maka
alam benda ini sudah tidak bererti apa-apa. Bandingannya begini:
Katakanlah suatu hari kita dijemput menjadi tetamu raja maka masuklah kita ke istana. Di sana kita akan dilayan dengan layanan istimewa, dengan pakaian dan makanan, peralatan dan perhiasan yang tidak pernah kita jumpa. Alangkah gembiranya dan rasa-rasa tidak mahu balik lagi ke kampung kita. Sebab kampung kita
sudah tidak berharga apa-apa lagi dibandingkan dengan kehidupan indah di istana. Begitulah keadaan mereka yang nampak kehebatan alam ghaib, alam yang ada ini sudah tidak berharga lagi. Kerana itulah Sayidina Abu Bakar r.a boleh mengorbankan semua harta bendanya kepada jihad fisabilillah hingga tiada apa-apa lagi untuk anak isterinya.
Beliau mahu menebus kehidupan di alam ghaib yang maha hebat itu dengan menggadaikan seluruh harta benda dunia yang murah ini. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain dan mujahid-mujahid Islam semuanya, telah mereka korbankan dunia yang sedikit ini untuk membeli kehidupan akhirat yang agung di alam baqa nanti.
Firman Allah:
Terjemahannya: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.
(At Taubah': 111)
Mari kita ubati hati kita dengan mengelak dari memakan yang haram. Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari makanan yang haram ialah:
- Jangan makan benda yang zatnya jelas haram seperti arak atau makanan yang dicampur arak atau daging yang tidak disembelih.
- Jangan makan makanan yang bernajis sama ada sifatnya najis (kerana dibuat dari bahan yang tidak halal) atau kerana cara menyucinya tidak betul yakni tidak menurut syariat, menjadikan ia tetap najis (tetap tidak halal).
- Jangan makan daging sembelihan yang tidak halal dan pembersihannya tidak menurut syariat.
- Jangan makan makanan yang dibeli dengan duit yang haram (sekalipun makanan itu halal). Duit yang haram adalah seperti rasuah, duit riba, duit curi dan tipu.
- Jangan kita makan dari usaha yang haram seperti riba, pelacuran, judi, nombor ekor dan lain-lain.
Adapun makanan syubahat ialah makanan yang kita ragui halal atau haram dan duit syubahat ialah duit yang sumbernya kita ragui halal atau haram. Kedua-dua makanan dan duit yang syubahat itu wajib dielakkan supaya kita berpeluang memperolehi kejernihan batin untuk mengenal Allah dengan pengenalan yang sebenarnya.
Hari ini banyak makanan di kedai-kedai makanan yang menulis perkataan "HALAL" dan "ISLAM" untuk tanda perniagaan mereka. Kita harus hati-hati juga sebab musuh Islam telah melacurkan kata "HALAL" dan "ISLAM" itu untuk keuntungan perut dan poket mereka sahaja. Mereka tidak langsung takut pada Allah dan tidak ingin untuk mencari keredhaan-Nya. Makan makanan yang halal tetapi berlebihan juga satu lagi faktor penentu kepada corak hati kita. Sabda
Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Wadah yang paling dibenci oleh Allah ialah perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Allah benci kepada perut yang penuh dengan makanan sebab perut yang ketat itu akan melemahkan kegiatan hati yakni tidak kuat untuk memandang pada alam ghaib. Bila hati lemah maka manusia jadi lalai dan malas (mahu tidur sahaja). Malas beribadah dan mudah terjebak dalam maksiat. Atas dasar inilah para solafus-
soleh hanya sedikit makannya.
Rasulullah SAW selalu berlapar perut. Baginda pernah meletakkan batu di perut dan kemudian mengikat perutnya dengan kain agar dengan itu tidak terasa kekosongan perut yang memang kosong. Baginda jarang kenyang. Tiga hari berlapar, satu hari kenyang. Dan selalunya satu hari baginda berpuasa, satu hari berbuka.Nabi Sulaiman a.s yang kaya-raya itu juga begitu hidupnya. Selalu berpuasa dan kalau makan hanya roti kering dan air sejuk. Nabi Yusuf a.s ketika menjadi menteri Mesir pun sehari puasa sehari berbuka. Bila ditanya mengapa baginda berbuat begitu, jawabnya, "Di hari aku lapar, aku dapat merasa aku adalah hamba yang memerlukan pertolongan Allah. Di hari aku kenyang aku dapat bersyukur pada Allah SWT yang memberikan
rezeki."
Begitulah cara hidup Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, orang-orang muqarrobin dan orang-orang soleh. Mereka berjuang dengan nafsu untuk membersihkan hati supaya merasa diri sebagai hamba Allah yang lemah dan hina dina. Dan cara hidup mereka itulah yang wajib kita contohi. Kita mesti sentiasa berperang dengan nafsu yang sentiasa mengajak kita lalai dari Allah.
Mari kita ubati hati kita dengan cara mengurangkan makan. Antara langkah-langkah praktik yang mesti diambil untuk mengurangkan makan ialah:
1. Hidangan makanan kita janganlah lebih dari dua jenis lauk. Ini adalah amalan Sayidina Umar. Beliau tidak makan lebih dari dua jenis lauk. Sebab bila lauk sudah bermacam-macam jenis, nafsu kita tambah besar untuk merasa semua jenis lauk.
2. Makanan itu biarlah sederhana, jangan terlalu sedap. Sebab kalau terlalu sedap kita tidak mampu mengawal nafsu dari makan lebih.
3. Jangan simpan berbagai lebihan makanan dalam rumah, sebab bila ada makanan kita sentiasa berfikir untuk makan. Sebaliknya kalau tidak ada simpanan makanan, nafsu kita tidak akan mengajak kita fikir makan sahaja.
4. Cuba banyakkan puasa sunat seperti di hari Isnin dan Khamis atau paling kurang tiga hari dalam sebulan.
Harus difahami bahawa langkah-langkah di atas ialah untuk membersihkan hati dan membuatkan hati kita terasa kita hamba Allah yang lemah dalam serba-serbi hal kita. Pandangan dan Pendengaran yang Haram Telah sepakat orang-orang kita mengatakan: "Duri mata turun ke hati." Ertinya hasil dari pandangan (termasuk pendengaran) bukan setakat di mata dan telinga tetapi akan bersambung dan berkesan ke hati. Kalau apa yang kita pandang dan dengar itu baik, maka hati kita akan menerima kebaikannya. Sebaliknya kalau yang kita pandang dan dengar itu maksiat dan mungkar (haram), maka hati kita akan bersalut kejahatan dan kemungkaran itu.
Hati yang sentiasa menerima pandangan dan pendengaran yang mungkar ialah hati yang gelap pekat, buta dari melihat keagungan Allah. Hati itu tidak lagi takut pada Allah, malah hilang cinta dan rindu pada Allah SWT. Saya rasa kita semua tentunya ada pengalaman sendiri terhadap perkara ini. Kalau setiap hari hati
kita terisi dengan zikrullah, bacaan al Quran, puasa, sembahyang sunat, membaca kitab dan mendengar pengajian agama, hati kita akan lembut, terasa indah
dalam beribadah kepada Allah, rindu kepada kebaikan, benci dan takut kepada dosa. Tetapi kalau setiap hari kita isi dengan program TV, berbual kosong, mengumpat dan mencaci, membaca majalah hiburan yang penuh maksiat dan mendengar lagu-lagu pop, nanti kita akan jadi malas beribadah, memandang kecil tentang cara hidup sunnah, tidak lag-i rasa takut dengan Allah, tidak membesarkan Allah apalagi untuk rindu pada-Nya dan tidak suka lagi pada ahli-ahli agama dan lupa Akhirat.
Hati kita jadi cinta kepada dunia dan segala hiburannya, mahu lepas bebas tanpa sekatan hukum Islam, malas berjuang dan berangan-angan ingin hidup lebih lama lagi. Itulah bukti-bukti menunjukkan tindakan lahir, pendengaran dan penglihatan kepada yang haram, akan membuatkan hati kita buta kepada kebenaran. Allah berfirman:
Terjemahannya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercantum (benih) yang akan Kami mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat.
(Al Insaan: 2)
Tujuan Allah memberi kita mata dan telinga ialah untuk mencari dan mengenal pencipta kita iaitu Allah SWT. Kemudian supaya kita sedar diri untuk berbakti dan menurut perintah-Nya.
Firman-Nya:
Terjemahannya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.
(Adz Dzaariyat : 56)
Kita mesti merasai diri kita sebagai hamba dalam melaksanakan perintah suruh dan larang daripada Allah. Yang penting ialah rasa kehambaan itu. Ibadah sebenarnya ialah berpunca dari rasa kehambaan. Kalau masa ibadah itu kita tidak rasa hina dan tidak rasa hamba, tetapi rasa besar diri, sombong, marah, dengki, maka amalan lahir itu bukan lagi ibadah. Misalnya, seorang kuli mengadap tuannya dengan rasa besar diri, dengan becekak pinggang, bukankah lebih baik tidak menghadap, sebab ia tentunya akan menimbulkan kemarahan tuannya. Hidup bukan untuk dunia tetapi hidup untuk Allah dan untuk mencari bekal kembali ke Akhirat.Untuk tujuan ini kita dikurniakan Allah pendengaran dan penglihatan. Gunakanlah kedua-duanya sebaik mungkin sebagai alat untuk sampai ke matlamat yang diredhai-Nya.
Mari kita ubati hati kita dengan membataskan pandangan dan pendengaran hanya kepada apa yang boleh mengingatkan kita kepada Allah, takut pada-Nya dan untuk berbakti pada-Nya.
Antara langkah-langkah yang patut diambil ialah:
1. Banyakkan membaca Al Quran dan terjemahannya, hadis dan kitab-kitab serta buku-buku agama termasuk majalah dan risalah yang berunsur dakwah. Dalam masa yang sama, elakkan daripada membaca buku-buku khayal, majalah hiburan dan akhbar-akhbar yang kosong dari kebenaran.
2. Selalu mengunjungi masjid, tempat pengajian agama, majlis dakwah, tahlil dan zikrullah dan elakkan dari tempat-tempat maksiat, majlis-majlis sosial liar (percampuran bebas) dan keluar rumah tanpa tujuan. Sebab di luar banyak pandangan dan pendengaran yang membawa kepada maksiat serta elakkan
dari bergaul dengan kawan yang mengajak kita kepada maksiat.
3. Menziarahi orang-orang soleh, sebab dengan melihat mereka, dapat memberi kekuatan.
4. Ingat mati, kerana selalu mengingati mati akan melembutkan hati.
5. Elakkan dari menonton program TV yang tidak berfaedah. Sekali kita relakan mata dan telinga memandang dan mendengar perkara yang dikutuk Allah, maka selama itu kita relakan nafsu kita merajai hati kita untuk lalai dan tidak takut pada penglihatan dan pengawasan Allah.
Lebih baik kita tidur dari menonton TV. Nanti kita boleh bangun dengan segar untuk menyembah Allah dan mendekatkan hati pada-Nya. Kalau kita rasa melihat maksiat dengan tidak melihatnya sama sahaja pada hati kita, itu tandanya hati kita sudah rosak dan jauh daripada Allah. Itulah antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjernihkan batin kita. Perlu diingat langkah-langkah ini mesti diperjuangkan sungguh-sungguh dan berterusan.
Kita jangan mudah jemu atau mudah terpengaruh dengan bujukan nafsu liar kita. Dan janganlah kita harap untuk memperolehi hasilnya dalam jangka masa yang singkat. Sebab dalam pengalaman orang-orang yang telah menempuh jalan ini, masa paling singkat untuk memperolehi hati yang bersih (taraf kerohanian yang tinggi) melalui mujahadatunnafsi ialah 20-30 tahun lebih. Masa selama itu, sesuailah dengan lama masa kita terbiar dalam maksiat.
Sejak dalam perut ibu lagi kita sudah menerima makanan yang tidak jelas halalnya. Bila lahir pula terdedah di tengah-tengah maksiat dan mungkaryang berbagai-bagai. Hati kita sudah gelap pekat dengan karat-karat dosa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Jadi memang patutlah kalau kita korbankan 2O- 30 tahun umur kita akan datang untuk pembersihan hati nurani kita. Mudah-mudahan penghujung umur kita dapat kita rasa kebersihan hati dan keselamatannya dari mazmumah. Mudah-mudahan kita dapat mengadap Allah membawa hati yang selamat.
Firman Allah:
Terjemahannya: Di hari itu (hari kita meninggal dunia) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat.
(Asy Syuara ': 88-89)
Apabila roh sudah bersih, sudah kembali pada asalnya (waktu di alam roh) kita akan merasai berbagai-bagai pengalaman batin yang luar biasa. Ini bergantung pula pada taraf kebersihan roh yang dapat kita capai. Ada dua peringkat roh yang bersih iaitu:
1. Roh yang terlalu bersih (orang yang Mukasyafah)
Ini biasanya dicapai oleh muqarrobin. Roh ini dapat menembus hijab antara alam dunia dengan malakut. Mereka nampak segala rahsia-rahsia batin manusia. Apa yang orang biasa nampak dalam mimpi maka mereka nampak di waktu sedar. Contohnya: Kalau sifat batin seseorang itu seperti anjing maka mereka nampaklah sebagai anjing. Kalau orang biasa mendapat ilmu dengan belajar maka mereka perolehi melalui ilham.
2. Roh yang bersih
Ini dapat dicapai oleh orang-orang soleh. Roh mereka boleh mengesan rahsia-rahsia batin hanya melalui mimpi-mimpi yang benar dan rasa hati yang benar dan tepat dengan kehendak Allah. Tetapi tidaklah nampak nyata, sebab hijab mereka tidak terangkat betul. Allah menceritakan perihal ini dalam hadis Qudsi, firman-Nya yang bermaksud:
Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia pada-Ku) muka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada amal seomng hamba-Ku yang bertaqwa (yang beramal) pada-Ku dengan sesuatu yang lebih Kucintai daripada dia menunaikan semua yang Kufardhukan ke atasnya. Dan hamba-Ku yang sentiasa bertaqarub kepada-Ku dengan nawafil (ibadah sukarela) sehingga Aku mencintainya, muka jadilah Aku seolah-olah sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia ber-
jalan dengannya. Dan andaikata ia memohon pasti akan Kuberi padanya. Dan andaikata ia berlindung kepada-Ku pasti akan Aku lindungi-nya.
Rasulullah SAW bersabda:
Terjemahannya: Takutilah olehmu firasat (pandangan tembus) orang-orang Mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.
(Riwayat Al Tirmizi)
Rujukan :

11 Golongan yang sentiasa didoa oleh Para Malaikat

http://fc06.deviantart.net/fs26/f/2008/084/8/1/alqu__an__dan_tasbih_by_dulkimso_photography.jpg
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci Rasulullah Saw bersabda, "Siapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solatRasulullah Saw bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah Saw bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah Saw bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.Rasulullah Saw bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah Saw bersabda, maksudnya:"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah Saw bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. 'Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: ''Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.''
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata \'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: \"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: \'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak..."
10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.\"
11. Orang yang menjenguk orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.
Rujukan:

Rahsia kejadian manusia (5)

http://www.becomehealthynow.com/images/organs/sp_senses/brain_bh.jpg
Dicipta untuk manusia, tiada pada haiwan
 
Kemudian renungkanlah nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada manusia, iaitu berbicara yang merupakan kenikmatan yang membezakan di antara manusia dengan binatang. Dengan berbicara itulah manusia boleh menyatakan isi hati nuraninya, dan juga dapat memahami apa yang ada di hati orang lain.
 
Kemudian renungkanlah tentang sesuatu yang diberikan oleh Allah S.W.T. dan sesuatu yang tidak diberikan oleh-Nya yang juga membawa kemaslahatan bagi manusia. Antaranya ialah "cita-cita". Dengan adanya cita-cita dunia ini dibangun, dan keturunan manusia tetap berlangsung dengan tujuan agar generasi yang lemah dapat mewarisi pembangunan dunia ini dari generasi yang kuat. Sebabpada mulanya makhluk itu diciptakan dalam keadaan lemah.
 
Andaikata manusia tidak menemui peninggalan-peninggalan suatu generasi yang telah bertempat tinggal dan telah membangun, maka ia tidak akan mempunyai tempat tinggal dan tidak akan memiliki peralatan yang dapat dimanfaatkan. Jadi dengan adanya cita-cita itulah yang menjadi sebab orang sekarang mahu bekerja dengan harapan dapat dimanfaatkan oleh orang-orang kemudian. Begitulah selanjutnya manusia saling mempusakai hingga datang hari Kiamat.
 
Dihalanginya manusia mengetahui batas umurnya (ajalnya) adalah untuk suatu kemaslahatan. Sebab, jika ia mengetahui masa hidupnya dan ternyata masa hidupnya itu pendek (sebentar), maka hidupnya tentu tidak akan tenang. la tidak bebas untuk mewujudkan keturunan, membangun bumi ini dan juga yang lainnya. Jika ia mengetahui masa hidupnya, dan ternyata memang panjang, maka ia tentu bersenang-senang dalam menuruti keinginan nafsunya, ia berani melampaui batas-batas agama dan berani melakukan hal-hal yang boleh menghancurkan dirinya. Di samping itu juru dakwah tidak dapat menghentikan dan mencegahnya dari segala yang mengakibatkan kehancurannya. Jadi tiadanya pengetahuan manusia terhadap had masa hidup atau usianya adalah kebaikan baginya, iaitu agar ia mempunyai rasa takut terhadap datangnya kematian yang mendadak, dan agar ia bersegera melakukan amal-amal soleh sebelum habis masa hidupnya.
 
Selanjutnya renungkanlah tentang pelbagai benda yang boleh diambil manfaatnya yang mana di dalamnya terdapat kemaslahatan dan kelazatan iaitu pelbagai jenis makanan dengan aneka rasa, buah-buahan dengan pelbagai warna dan keindahan-nya, juga beraneka jenis kenderaan untuk ditunggangi dan menghasilkan bermacam manfaat, juga pelbagai jenis burung yang kicauannya enak didengar,mata wang dan mutiara yang boleh disimpan, atau dijadikan sebagai alat mendapatkan tujuan dan pelbagai kepentingan. Begitu juga bermacam-macam ramuan pengubatan yang dijadikan sebagai alat untuk menjaga kesihatan, dan juga pelbagai jenis binatang yang boleh digunakan sebagai persediaan makanan, dan untuk yang lainnya seperti untuk membajak, membawa barang-barang dan sebagainya. Di samping itu, bunga-bunga dan lainnya dari pelbagai jenis wangian yang boleh dinikmati, dan pelbagai jenis pakaian. Itu semua adalah hasil dari akal dan pemikiran yang diciptakan pada manusia. Oleh kerana itu renungkanlah tentang keajaiban-keajaiban yang telah diterapkan pada manusia.
 
Antara hikmah yang sempurna ialah perbezaan sesama umat manusia dalam memiliki pelbagai kemanfaatan. Hal itu bertujuan untuk membezakan di antara si miskin dan si kaya. Jadi yang demikian itu merupakan sebab untuk membangun dunia ini. Dengan sebab itu umat manusia boleh menghindari segala yang menimbulkan bahaya dalam pelbagai keadaan. Jadi perumpamaan mereka dalam kesibukan yang mereka kerjakan adalah bagaikan anak kecil. Sebab ia (anak kecil) kerana masih kurang kecerdasan akalnya berani melakukan sesuatu pekerjaan meskipun mungkin membahayakannya. la tidak mahu menyelesaikannya, bahkan jika ia melaksanakannya akan menjadi bencana baginya.
 
Sudah banyak orang yang menghitung hikmah-hikmah dan rahsia-rahsia untuk menjadikan tegaknya dunia ini hingga masa tertentu. Akan tetapi hal itu bukanlah hal yang boleh dihitung, dan tidak boleh dibatasi dengan jumlah. Tidak boleh mengetahuipuncak hakikatnya dan juga tidak boleh menghitung jumlahnya kecuali Tuhan yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui, yang rahmat dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, dan Dialah yang boleh menghitung segala sesuatu.
 
PENYEMPURNAAN HIKMAH PENCIPTAAN MANUSIA
 
Perlu anda ketahui bahawa Allah S.W.T. yang Maha Mencipta-kan, telah memuliakan manusia. Dalam kaitan ini Allah S.W.T. telah berfirman yang maksudnya:
 
"Dan sesungguhnya
telah Kami muliakan anak-anak Adam.
Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,
Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan
Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna
mengatasi kebanyakan makhlukyang telah Kami ciptakan."
 (Surah al-Isra' : 70)
 
Antara pemberian Allah untuk memuliakan manusia ialah akal yang merupakan pemberian yang amat bernilai. Dengan akal itulah manusia boleh mengingat kebaikan. Juga dengannya ia dipersamakan dengan malaikat hingga ia berkemampuan mengenai Penciptanya dengan merenungkan makhluk-makhluk-Nya dan sifat-sifat-Nya, serta merenungkan hikmah dan amanat yang dikurniakan dalam dirinya. Dalam hal ini Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
 
"Dan (juga) pada diri kamu sendiri.
Maka apakah kamu tidak memperhatikan? "
(Surah al-Dhariyat: 21)
 
Jadi perenungan manusia terhadap dirinya, terhadap akal yang dipastikan adanya tapi tidak mampu diketahui sifatnya, adalah termasuk bukti-bukti yang agung mengenai adanya Pencipta yang menciptakannya, mengaturnya, menjadikannya dan membentuk rupanya.
 
Sesungguhnya manusia itu boleh merenungkan tentang akal, bagaimana di dalamnya terdapat pengaturan, pelbagai jenis ilmu, sebagai tempat mengenai Tuhan, sebagai alat penglihatan yang bijaksana, sebagai pembeza di antara manfaat dan bahaya. Walaupun akal itu pasti ada, namun manusia tidak boleh melihat hakikatnya, tidak boleh mendengar suaranya, tidak boleh dirasa kewujudannya, tidak boleh mencium baunya, tidak boleh menemukan rupanya dan juga rasanya.
 
Sekalipun demikian akal adalah yang memerintah, yang dituruti perintahnya, menghendaki peningkatan, sebagai pemikir, mampu mengetahui hal-hal yang ghaib, dan memperhitungkan segala urusan. Apa yang dipandang sempit oleh penglihatan, boleh menjadi luas menurut pandangan akal. la mempercayai terhadap apa yang dirahsiakan oleh tirai-tirai (hijab) Allah S.W.T. mencakupi apa saja yang ada di antara lapisan langit serta apa yang ada di atasnya, dan bumi serta apa yang ada di bawahnya sehingga seolah-olah ia menyaksikannya lebih jelas daripada penglihatan mata. Jadi akal adalah sebagai tempat ilmu dan penyimpan maklumat yang bermanfaat, juga sebagai sumber ilmu pengetahuan. Setiap kali bertambah ilmu pengetahuan yang dicapai oleh akal, maka akal itu semakin bertambah luas wawasan dan kekuatannya.
 
Akal jugalah yang memerintahkan kepada anggota tubuh untuk bergerak. Hampir saja tidak boleh dibezakan di antara kehendak bergerak dan bergerak cepat untuk melakukan ketaatan, manakah yang lebih dahulu, meskipun kehendak bergerak itu lebih dahulu.
 
Meskipun akal itu boleh mengatur anggota tubuh yang lain, menguasai ilmu pengetahuan, dan memiliki kebijaksanaan, ia tetap tidak mampu mengetahui dirinya sendiri. Sebab tidak mungkin baginya menyifati hakikat dirinya melebihi dari pengakuan bahawa dirinya menyerah kepada apa yang menjadi sifatnya.
 
Akal itu mengakui kebodohannya terhadap dirinya, namun bersama kebodohannya terhadap dirinya sendiri ia mengerti dan bijaksana, ia boleh membezakan kelembutan pengaturan Allah S.W.T., dan juga dapat membezakan kehalusan ciptaan-Nya. Segala urusan berjalan kerana memang ia telah mengaturnya, ia mengira pelbagai akibat dan memang ia boleh menggambar-kannya. Juga ia dapat menunjukkan pelbagai perkara beserta perbezaan-perbezaannya.
 
Jadi ketidaktahuannya terhadap dirinya dan pengertiannya tentang apa yang ia atur dan yang ia bezakan, adalah menunjuk-kan bahawa dia diciptakan, dibentuk, dan dikuasai. Sebab meskipun ia diberi kebijaksanaan dan wawasan yang tajam, tetapi ia lemah dan hina.
 
Terkadang ia bermaksud mengingat-ingat sesuatu hal, tetapi ia lupa. la ingin bersenang-senang, tetapi malah susah yang didapati. Ia ingin melupakan sesuatu, tetapi sebaliknya ia ingat. Itu semua membuktikan bahawa ia adalah makhluk yang dikuasai. Meskipun ia mengerti apa yang ia ketahui, tetapi ia adalah bodoh terhadap hakikat yang ia ketahui itu. Meski pun ia boleh mengatur, tetapi ia tidak mengerti berapa jauh jarak suaranya, bagaimana cara keluarnya, bagaimana rangkaian huruf-huruf dalam kalimatnya, berapa jarak pandangannya, bagaimana ia menyusun cahayanya. la tidak mengetahui berapakah kadar kekuatannya, bagaimanakah cara menyusun kehendak dan cita-citanya.
 
Dengan aspek ilmiah yang dimiliki oleh akal dan kebodohannya terhadap hakikat yang ia ketahui itu menunjukkan bahawa ia adalah diciptakan secara rapi, penuh hikmah yang sekaligus menunjukkan adanya Pencipta yang menitahkan, Maha Menghendaki, lagi Maha Mengetahui.
 
Kemudian perlu diketahui bahawa pada diri manusia itu diciptakan "keinginan" yang sesuai dengan wataknya. Jika cahaya akal itu dipergunakan sesuai dengan ketentuan yang diperintahkan, maka ia mendapat jalan keselamatan. la akan beruntung kelak di syurga yang merupakan alam kemuliaan. Tetapi jika dipergunakan untuk menuruti keinginan hawa nafsunya, maka ia akan terhalang mengetahui hal-hal yang hanya boleh diketahui oleh akal itu sendiri, dan hal yang bakal terjadi di akhirat. Apakah berupa pahala ataupun seksa.
 
Akal merupakan alat bagi manusia untuk mengerjakan pelbagai pekerjaan dan menentukannya sesuai dengan ketentuan dan pengaturan yang ada dalam hati dan khayalannya. la juga sebagai alat untuk memahami hal yang perlu difahami meng-gunakan keamatan berfikir dan mengetahui kemuliaan budi pekerti yang ada setiap masa dan pada setiap umat. Juga sebagai alat untuk menilai baik terhadap tradisi orang-orang yang berakal sihat, dan menilai buruk terhadap tradisi yang ada pada mereka yang bersifat buruk.
 
Oleh kerana itu renungkanlah, bahawa manusia itu diciptakan sebagai makhluk yang mulia. Sebab telah diciptakan pada dirinya pelbagai pengetahuan yang berfaedah baginya. Kerana ibarat bekas boleh dinilai mulia lantaran isi yang diletakkan padanya. Oleh kerana hati para hamba Allah iaitu umat manusia sebagai tempat mengenal (makrifat) kepada Allah S.W.T. maka hati manusia dimuliakan dengan itu semua. Oleh kerana ilmu Pencipta, kehendak-Nya, dan kebijaksanaan-Nya telah terdahulu menyatakan bahawa makhluk semua akan kembali ke alam selain alam dunia ini, iaitu alam akhirat, maka Dia tidak menciptakan kekuatan pada akal mereka yang mampu melihat hukum-hukum tentang alam akhirat itu.
 
Tetapi Dia menyempurnakan cahaya yang diberikan kepada mereka dengan cahaya kerasulan. Oleh kerana itu Allah S.W.T. mengutus para rasul untuk membawa berita gembira kepada orang-orang yang melakukan ketaatan, dan memberikan peringatan kepada mereka yang berbuat kemaksiatan. Dalam kaitan ini Allah S.W.T. memberikan wahyu kepada para rasul, dan mempersiapkan mereka untuk menerimanya. Cahaya wahyu yang datang dari Allah S.W.T. dibandingkan dengan cahaya akal adalah bagaikan cahaya matahari dibandingkan dengan cahaya bintang. Mereka kemudian menunjukkan hamba Allah tentang kemaslahatan dunia mereka, yang akal manusia tidak mampu menemukannya. Mereka juga memberikan petunjuk kepada umat manusia tentang kemaslahatan akhirat mereka yang tiada jalan bagi manusia untuk mengetahuinya kecuali menerusi mereka, para ras u l.
 
Dalam pada itu Allah juga menampakkan bukti-bukti yang membenarkan kepada apa yang mereka bawa, yang menyebabkan mereka (umat manusia) tunduk dan mengikuti kebenaran mereka (para rasul). Dengan demikian sempurnalah nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada para hamba-Nya, tampak jelas juga kemuliaan-Nya, dan tegaklah hujah-Nya. Kerana itu renungkanlah, dan alangkah mulianya manusia dan keturunannya yang dari mereka lahirlah manusia-manusia utama yang sanggup juga menerima tambahan keutamaan. Kemudian cahaya agama yang terang laksana cahaya matahari dan cahaya akal yang diibaratkan seperti cahaya bintang, saling membantu. Dengan demikian menjadi sempurnalah kebahagiaan orang yang sejak dahulu telah mendapatkan ketentuan baik dari Allah, dan jelas juga kesengsaraan orang yang mendustakan agama dan hanya menghendaki kehidupan dunia saja.
 
Selanjutnya bahawa Allah S.W.T. telah memberikan kurnia kepada manusia, iaitu diberi keistimewaan dengan suatu impian yang ia impikan dalam tidurnya, atau dalam keadaan seperti tidur yang menggambarkan pelbagai gambaran yang telah ia ketahui. Impian itu boleh jadi menyenangkan atau boleh juga menakutkan terhadap masa yang akan dihadapinya. Itu semua pemberian dari kemurahan Allah S.W.T. Dalam pada itu Allah S.W.T. menjadi-kan keteguhan hati manusia dalam melakukan ketaatan sebagai penyebab untuk membenarkan adanya pemberian Allah S.W.T. pada segala urusan. Hal itu dimaksudkan agar manusia dapat menerima tuntutan dan bimbingan, atau melangkah maju melakukan suatu urusan atau meninggalkannya. Itu semua merupakan urusan yang Allah sendiri saja memperlihatkannya kepada sebahagian manusia yang Dia kehendaki.
Rujukan: