Berita

Wira Islam Yang Dilupakan Ketika Perang Dunia Pertama

Oleh Tim Tazkirah  •  11 Jun 2018  •  7 min baca

Diukir dengan inskripsi Islam, batu nisan milik 576 tentera Islam tersusun dalam barisan menghadap Mekah di Notre Dame de Lorette, tanah perkuburan perang terbesar di Perancis.

Setiap satu ditulis dengan perkataan “Mort Pour La France” – mati untuk Perancis – sama seperti tanda salib besar pada kubur rakan-rakan Kristian mereka yang terletak di dalam kawasan peringatan ini yang mengandungi jenazah lebih daripada 62,000 orang tentera. Hari ini ia hanya kawasan sunyi bagi siulan burung dan desiran pokok tidak mengendahkan timbunan sanga di daerah perlombongan Artois namun pernah menjadi salah satu kawasan pertempuran paling hebat ketika Perang Dunia Pertama.

Kebanyakan tanah perkuburan Islam telah dilupai hampir satu dekad, terselamat dari tiga peristiwa yang berlaku dalam satu dekad yang lalu apabila kubur mereka diconteng dengan grafiti anti-Islam. Pengorbanan yang dilakukan oleh tentera ini dan 2.5 juta orang Islam yang berjuang untuk Perancis, empayar British dan Rusia telah lama dilupakan, jika dibandingkan dengan kisah-kisah pasukan tentera Barat yang ditulis dalam bentuk puisi, buku catatan harian dan sejarah.

Luc Ferrier, seorang rakyat Belgium pengasas dan pegawai Yayasan Wira Yang Dilupakan 14-19 berusaha untuk mengubahnya.

Beliau yakin bahawa tanpa tentera dan buruh Islam, pihak bersekutu akan mengalami kekalahan dalam peperangan. Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai sumbangan mereka boleh membantu menghalang sentimen anti-Islam di Eropah, dan mewujudkan perasaan kekitaan yang lebih kuat di kalangan imigran, dia memberitahu The National.

Projek ini berlawanan dengan mitos bahawa Islam tidak memainkan peranan positif di Eropah atau dalam sejarah moden,” katanya.

Dengan bertambahnya bilangan dokumen yang sahih sebagai bukti bagi memperlihatkan sudut positif orang Islam, kita boleh mengatasi Islamofobia, serta memisahkan kisah “pertembungan ketamadunan” yang kedua-duanya tidak tepat dan ekstrimis ‘agama’ yang bergantung dengan tujuan mereka yang sempit.

Sejak empat tahun kebelakangan ini telah menyaksikan majlis memperingati seratus tahun peperangan diadakan secara besar-besaran, di mana kemuncaknya pada 11 November sempena upacara tandatangan perjanjian gencatan senjata.

Secara paradoksnya, majlis memperingati ini bertepatan dengan bangkitnya semangat nasionalisme bahawa “berperang untuk memberhentikan semua peperangan”. Gerakan populis sayap kanan di seluruh Eropah termasuk Kesatuan Eropah menyasarkan imigran, menimbulkan kesedaran mengenai Perang Dunia Kedua bagi mewujudkan perdamaian yang berkekalan di benua yang telah musnah.

Mr Ferrier, 55 tahun, bekas ekskutif dalam industri penerbangan, seorang bukan Islam, menubuhkan yayasan ini dalam tahun 2012 selepas menemui buku catatan harian moyangnya, seorang tentera dalam Perang Dunia Pertama. “Saya sungguh tertarik dengan perasaan hormat terhadap rakan seperjuangannya yang beragama Islam yang datang dari seluruh benua ini, sedangkan dia seorang Kristian yang sangat taat,” katanya lagi.

Apabila dia cuba mempelajarinya lebih mendalam, dia mendapati terdapat kekurangan rujukan mengenai pasukan tentera Islam. Yayasan ini menggalakkan penyelidikan yang meluas mengenai topik ini. Beliau telah membentangkannya dalam persidangan dan mendapat sokongan daripada penyelidik di seluruh dunia yang membantunya mengkaji dan menterjemahkan dokumen-dokumen sejarah. Bukunya “The Unlnown Fallen” mengandungi kisah-kisah dan gambar-gambar yang menceritakan sumbangan orang Islam seluruh dalam peperangan.

Para penyelidik telah mengkaji rujukan mengenai semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh paderi, imam dan rabai (ketua pemimpin Yahudi) dengan mempelajari upacara pengebumian doa agama lain bagi membolehkan mereka mengebumikan tentera berlainan kepercayaan di kawasan pertempuran. Terdapat kisah mengenai orang Islam Afrika Utara telah menyelamatkan tentera Eropah dengan menggunakan ubat-ubat herba apabila bekalan ubat telah habis.

Apabila tentera Jerman mara masuk ke Perancis dalam bulan Ogos 1914 dan berada sangat hampir dengan Paris sehingga kelihatan Menara Eiffel, Perancis dengan pantas mengarahkan tentera dari Afrika Utara Perancis-Algeria, Maghribi dan Tunisia – manakala British memanggil pasukan dari seluruh empayar benuanya termasuk India.

Mereka tiba dengan penuh bergaya di Marseille dengan memakai topi tentera, serban dan pakaian seragam berwarna cerah, dan orang ramai menyambut mereka sebagai penyelamat. Kemudiannya mereka dihantar ke barisan hadapan dengan segera.

Pasukan dari Tentera India-British terdiri daripada orang Islam, Sikh dan Hindu dengan orang Islam satu per tiga daripadanya, telah berada di tengah-tengah kawasan pertempuran sejak dari awal. Sebelum tibanya pasukan dari Kanada, Australia dan New Zealand, mereka membantu memperkuatkan pasukan British yang keletihan tepat pada waktunya bagi menghalang pergerakan tentera Jerman memasuki melalui pelabuhan di Terusan Inggeris dalam Pertempuran Pertama Ypres pada tahun 1914.

Mereka merupakan sukarelawan, tentera yang terlatih dan berpengalaman, namun seperti pasukan dari Barat mereka tidak bersedia untuk menghadapi neraka bom, mesingan, gas beracun dan dicampakkan ke dalam parit-parit yang penuh tikus.

Sama seperti lobak dipotong kecil, seorang lelaki akan hancur berkecai disebabkan oleh letupan bom,” tulis tentera Pathan dari Utara India. “Semua yang datang bersama-sama saya sudah tidak ada lagi… berada dalam parit yang sejauh 100 kaki seperti dunia telah musnah.

Namun mereka tidak mengundurkan diri ketika menghadapi gas (beracun), cuaca sejuk dan tentera yang dilengkapi dengan peralatan berperang terbaik di dunia, dan ini menimbulkan perasaan kagum di kalangan pegawai dan anggota berbangsa Eropah.

Adalah diketahui bahawa pasukan Islam telah diserang dengan hebat,” kata Mr Ferrier. Pasukan Barat masih mempunyai perasaan was-was ketika mereka datang. Mereka berasa gembira apabila berada di sebelah mereka, namun ia juga merupakan tanda serangan akan berlaku.

Dalam peperangan tanpa belas kasihan ini, mereka melihat rakan sepasukan terkena gas beracun dan ditikam sehingga mati. Namun, tentera British dan Perancis dikejutkan dengan bagaimana sikap perikemanusiaan tentera Islam melayan tahanan perang. Apabila ditanya, mereka merujuk kepada ajaran Islam bahawa tahanan perang harus dijaga dengan penuh hormat.

Mereka menerima pingat untuk keberanian mereka dan British sebagai pakar propaganda memastikan gambar King George V, Maharaja India memakaikan pingat di dada mereka disebarkan ke seluruh India bagi menggalakkan ramai lelaki menjadi sukarelawan.

Penerima pingat termasuklah Sepoy Khudadad Khan dari Baluchis ke-29, penerima pingat tertinggi tentera British, Victoria Cross, sebagai tanda kejayaannya di perkampungan Hollebeke Belgium berhampiran Ypres berjaya menghalang kemasukan tentera Jerman dengan menembak mesingannya walaupun semua rakan sepasukannya terbunuh dan beliau cedera.

Beliau merupakan orang Asia Selatan pertama menerima VC dan lebih kurang 12 orang tentera India memperolehinya sepanjang peperangan. Seramai 1.5 juta lelaki dari negara yang sekarangnya dikenali sebagai India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar yang berjuang di barisan hadapan Barat, Afrika, Timur Tengah dan Gallipoli.

Para pegawai berusaha untuk menyediakan makanan halal bagi pasukan dan kadar kematian yang tinggi di kalangan tukang masak berada dalam keadaan berbahaya hampir dengan letupan bom Jerman bagi menyediakan capati dan kari panas.

Cuaca sejuk merupakan musuh sama seperti tentera Jerman dan hujan lebat yang berterusan pada musim luruh tahun 1914 memberikan kenangan bagaimana angin monsun memberikan kelegaan panas pada musim panas di kampung yang jauh. Tidak ada bercuti di rumah. Tentera dimaklumkan bahawa terlalu mahal untuk pulang ke India.

Mereka menderita dari mereput kerana terdedah dengan cuaca yang sangat sejuk, menyebabkan mereka kehilangan jari,” kata Mr Ferrier. “Parit itu hanya memberikan sedikit perlindungan atau kehangatan daripada suhu yang terlalu rendah terutama pada waktu malam, di mana pakaian dan selimut juga menjadi beku.

Yayasannya telah menghubungi Britain Anglia Tour yang mempunyai pengalaman menjalankan lawatan ke kawasan Perang Dunia Pertama, bagi menganjurkan tempahan lawatan ke kawasan pertempuran dan tapak peringatan orang Islam berjuang. Syarikat tersebut telah memulakan lawatan promosi pada penghujung November dengan membawa lebih kurang 50 orang termasuk wakil komuniti Islam, wartawan dan ahli sejarah.

Kami telah melakukan banyak kerja mengenai wira yang dilupakan bagi memastikan ia menjadi lawatan mereka dan kami mendapatkan pandangan sebenar mereka dan memastikan ia bertepatan dari sudut sejarah,” kata Alison Biegel, Pengarah Operasi syarikat.

Buat masa ini, kami masih belum mempunyai ramai pelancong kerana ia masih baharu. Kami mengharapkan lawatan ini dapat menarik minat kumpulan perbandingan agama dan pelajar sekolah kerana ia kawasan yang menarik. Namun, akan mengambil masa. Komuniti tidak biasa dengan lawatan sebegini, maka perlu banyak membina keyakinan mereka.

Anglia Tour berbincang dengan sebuah masjid di London mengenai lawatan dalam bulan September yang mungkin lawatan seterusnya.

Kurang kesedaran mengenai sumbangan orang Islam tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap ketidakpedulian Barat. “Ia disebabkan kurang minat daripada akar umbi komuniti Islam,” kata Mr Ferrier.

Di India, yang kehilangan lebih 70,000 tentera dalam peperangan, ketidakpedulian boleh diterangkan dengan mudah. Tentera yang pulang tidak mendapat sambutan sebagai pahlawan kerana mereka berperang untuk British di saat India meminta kuasa autonomi yang lebih besar. India mengharapkan pengorbanan ramai tentera India dapat memujuk British memenuhi tuntutan pihak nasionalis yang dibunuh secara kejam dalam pembunuhan beramai-ramai Amritsar pada tahun 1919, apabila tentera British membunuh beratus-ratus orang semasa protes di Punjab.

Tentera dan perang telah pun berlalu,” tulis Shrabani Besu, ahli sejarah yang menetap di London dalam bukunya For King and Another Country yang diterbitkan pada tahun 2015. Nasionalis merupakan wira baharu, maka nama yang digores pada tugu peringatan perang dan batu nisan yang didirikan oleh pemerintah kolonial yang berterima kasih telah dilupakan.

Bagi Mr Ferrier, telah tiba masanya mereka diingati.

Penulis: David Crossland / Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: The National

Kredit Gambar: The National


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami