Berita

Turki, Algeria Menyeru Sesi Penting PBB Berkaitan Isu Palestin

Oleh Tim Tazkirah  •  13 Jun 2018  •  2 min baca

Turki dan Algeria telah meminta untuk mengadakan sesi kecemasan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk membincangkan dan mengundi draf resolusi mengenai perlindungan rakyat Palestin.

Sesi itu telah diminta oleh Turki selaku presiden Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Algeria atas nama Kesatuan Arab melalui kenyataan bersama yang dinyatakan pada 8 Jun.

Kenyataan itu telah dikeluarkan berikutan pertemuan di antara Presiden UNGA Miroslav Lajcak dan utusan Turki kepada PBB Feridun Sinirlioğlu, bersama dengan wakil tetap Algeria, Bangladesh, Senegal, Mesir dan Palestin di PBB.

Menurut sumber diplomatik, tarikh mesyuarat kecemasan akan diumumkan dalam masa beberapa hari. Ia dijangka akan berlaku pada minggu hadapan.

Utusan Palestin kepada PBB, Riyad Mansour berkata teks draf resolusi itu menyerupai draf resolusi sebelumnya yang dikemukakan oleh Kuwait pada 18 Mei kepada Majlis Keselamatan PBB dan telah divetokan oleh A.S. pada 2 Jun.

Kuwait telah mencadangkan draf resolusi Majlis Keselamatan PBB mengutuk keganasan Israel dan meminta ‘perlindungan rakyat Palestin’ di Gaza dan Tebing Barat.

Sepuluh negara termasuk China, Perancis dan Rusia mengundi memihak, sementara Inggeris, Poland, Belanda dan Ethiopia menafikan.
Majlis Keselamatan kemudiannya menolak cadangan A.S. yang menyeru untuk mengutuk Hamas terhadap keganasan di Gaza.

Resolusi A.S. itu juga telah ditentang oleh Rusia, Kuwait dan Bolivia sementara 11 negara lagi tidak mengundi.

Resolusi tersebut mengutuk serangan roket yang dilancarkan pada 29 Mei dari Gaza ke Israel serta telah merosakkan infrastruktur awamnya.
Pada Disember lalu, sebanyak 128 undi menyokong resolusi PBB yang menyeru agar Amerika Syarikat memansuhkan pengiktirafannya terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Penulis: Anadolu Agency / Penterjemah: Nur Ismalina Haris / Sumber: Hurriyet Daily News

Kredit Gambar: Hurriyet Daily News


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami