Berita

Tuntutan Mahkamah Terhadap Tuan Tanah Akibat Menafikan Hak Penyewa Seorang Lelaki Kerana Dia ‘Muslim’

Oleh Tim Tazkirah  •  8 Jul 2018  •  4 min baca

Denver – Apabila Craig Caldwell ingin menyewakan ruang kepada pemilik restoran seorang Muslim, tuan tanahnya tiba-tiba menukar perjanjian. Dia amat terkejut dengan alasan yang telah diberikan serta sempat merakam dua perbualan tersebut.

Dalam rakaman itu, tuan tanahnya menyuruh dia mencari orang Amerika. Rakaman tersebut yang merupakan sebahagian daripada tuntutan diskriminasi telah menambah kepada peningkatan bilangan insiden dan aduan mengenai perkauman, ketaksuban, kebencian dan kecenderungan lain di seluruh Colorado dalam dua tahun terakhir.

Rakaman itu juga menunjukkan trend terkini merakam kejadian menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan sebagai bukti. Caldwell merupakan pengusaha White Fence Farms iaitu sebuah restoran ayam di Denver telah merakam perbualan dengan tuan tanahnya, Katina Gatchis pada Disember di kedai minuman keras miliknya di Capitol Hill.

Kamu mahu orang Amerika?” soal Caldwell kepada Gatchis.

Ya, saya mahu orang Amerika.” balas Gatchis. “Baik seperti anda dan saya.

Apabila Caldwell menutup kedai bahagian sudut cawangan White Fence Farm di 9th Avenue dan Corona Street di Denver, dia telah berjumpa dengan satu keluarga yang mahu menyewa kedai tersebut. Mereka ialah Khan, pemilik Curry N Kebob di Boulder, Muslim daripada keturunan Bangladesh.

Mereka membawa semua orang Islam dari Timur Tengah dan kemudian saya menghadapi masalah di sini.” kata Gatchis kepada Caldwell.

Bom, ledakan. Bom, ledakan.

Jenis mereka ini sangat berbahaya, sangat berbahaya.

Pita rakaman ini terletak di tengah-tengah tuntutan mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah Colorado di Denver. Ia berpendapat bahawa adalah tidak berperlembagaan untuk Gatchis menafikan permintaan Caldwell bagi menyewakan kepada Khan.

Ia menyatakan bahawa Gatchis mendiskriminasi agama Khan, bangsa dan negara asalnya.

Tingkah laku diskriminasi jenis ini merupakan sebahagian daripada sejarah undang-undang kita – telah diperiksa dengan teliti dan ditolak dengan sepenuh hati.” kata salah seorang peguam Caldwell dan Khan, Qusair Mohamedbhai, yang memiliki firma undang-undang Rathod-Mohamedbhai di Denver.

Apabila komuniti minoriti disekat sepenuhnya daripada aspek tertentu kemasyarakatan iaitu peluang perdagangan dan perniagaan, ia telah meruntuhkan seluruh komuniti masyarakat.

Menurutnya lagi, “Gatchis telah melanggar undang-undang hak persekutuan yang membenarkan semua warganegara menikmati hak sama rata seperti warganegara berkulit putih untuk membeli, menyewa, menjual, memegang dan memiliki serta menjual harta milik peribadi. Beliau menambah bahawa penolakan Gatchis bertentangan dengan undang-undang anti-diskriminasi negara dan bandar.

Selepas sampai ke kedai araknya, Gatchis memberikan telefon kepada anaknya dan enggan mengulas. Hanya satu daripada empat peguam Gatchis iaitu William Short boleh dihubungi selepas beberapa panggilan dan e-mel tidak dijawab.

Tuan, saya ada perbicaraan esok. Saya tidak mempunyai sebarang komen. Terima kasih.” kata Short melalui telefon lantas menamatkan peluang untuk pertanyaan lanjut.

Dalam pemfailan mahkamah, Gatchis menafikan tuduhan bahawa dia melakukan diskriminasi terhadap Caldwell dan Khan. Dia juga menafikan semua kenyataan mengenai pita Caldwell.

Lebih berani untuk bertindak

Di sebuah pusat membeli-belah kecil di Boulder, papan tanda Curry N Kebob mengiklankan hidangan istimewa untuk $8.95. Kelihatan seorang tukang masak sedang menggoreng sesuatu di dalam deep fryer manakala satu lagi periuk berada di atas dapur. Pemilik bersama Rashad Khan berkata beliau mahu mengekalkan resipi asli keluarga.

Rashad Khan ialah seorang Muslim Bangladesh (gambar)

Kami juga membuat keju dan yogurt sendiri.” ujar Khan.

Khan telah berhijrah ke Amerika Syarikat sejak masih kecil serta bercakap menggunakan loghat Amerika. Dia memiliki seekor anjing yang dinamakan Ralphie sempena maskot University Colorado iaitu tempat dia belajar.

Saya berdarah hitam dan emas.” kata Khan, merujuk kepada warna pasukan CU Boulder.

Selepas tamat belajar, dia memulakan kehidupan dalam dunia korporat iaitu IT, jualan dan pengurusan tetapi memutuskan untuk kembali membantu mengubah restoran India milik keluarganya menjadi sesuatu yang lebih menarik. Kari N Kebob katanya sudah bersedia untuk meluaskan rangkaiannya.

Bukit Capitol di Denver yang menjadi pilihan Khan merupakan sebuah kawasan kejiranan yang baik dan sempurna. Caldwell bersetuju. Kewangan Khan menunjukkan bahawa mereka mampu menanggung risiko dan jika mereka menghadapi masalah, Caldwell akan bertanggungjawab.
Namun itu masih tidak mencukupi untuk Gatchis, si tuan tanah.

Dalam rakaman itu, Caldwell memberitahu Gatchis Khan, “Kewangannya lebih kukuh daripada saya.

Tidak, kewangannya tidak kukuh.” balas Gatchis.

Ya, kukuh!” Caldwell membidas.

Kamu orang Amerika…kamu tahu tak? Banyak perbezaannya kamu tahu?

Tidak, saya tidak tahu tentang itu.” jawab Caldwell.

Ya!” Gatchis tetap dengan anggapannya.

Jadi, jika saya dapat orang lain yang bukan Muslim, adakah ia OK?” soal Caldwell.

Ya!” balas Gatchis ringkas.

Caldwell dan Khan mengatakan bahawa mereka bersedia untuk berlawan dalam kes tersebut dan akan membawa kepada perbicaraan juri pada tahun depan.

Khan berkata bahagian yang paling jelas tentang rakaman Gatchis adalah bahagian di mana dia mengatakan bahawa dia mahu orang Amerika membangunkan ruang tersebut.

Entah di mana kurangnya saya berbanding orang Amerika.” kata Khan. “Anda tahu, saya sudah berada di sini sejak saya berusia 11 tahun.

Beliau menambah, “Saya pasti, akhirnya nanti anda akan tahu juga saya seorang Amerika. Itulah siapa saya.

Penulis: Michael de Yoanna / Penterjemah: Nur Ismalina Haris / Sumber: The Arab American News

Kredit Gambar: The Arab American News


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami