#1 Jika tidak ada sebarang kerja yg mengikat atau urusan penting yg harus dilaksanakan, maka segera tinggalkan urusan yg tidak berfaedah seperti Facebook. Latih diri untuk segera menutup laptop atau simpan handphone kita.

#2 Pasang penggera waktu solat dalam handphone,tab atau laptop. Dengan cara ini, kita akan cepat tersedar bahawa waktu solat telah pun masuk. Segera berwuduk.

Jika datang nafsu malas dan rasa berat, katakan berulang kali kepada diri, “Allah sedang panggil dan tunggu aku menghadap-Nya sekarang!”

#3 Biasakan diri dalam keadaan sentiasa mempunyai wuduk. Duduk lima minit awal di atas sejadah sambil berzikir menunggu masuknya waktu solat.

#4 Mengetahui kelebihan solat pada awal waktu, maka kita akan berlumba-lumba untuk segera menunaikannya.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Semoga bermanfaat!

Baca lagi: 9 Kemuliaan Orang Menjaga Solat

Tentang Ustaz Hasnan

Ustaz Hasnan

Profesor Madya Dr. Hasnan Bin Kasan atau lebih suka dikenali sebagai Ustaz Hasnan merupakan Pensyarah Kanan di UKM, Bangi lulusan dari Universiti Al-Azhar.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.