Pada suatu petang, Azman berkata kepada Helmi;

“Assalamualaikum, Helmi, apa khabar? Boleh tolong aku tak? Ajarkan aku cara-cara nak dirikan solat Hari Raya Aidiladha. Serius, aku dah lupa. Almaklumlah, setahun sekali.”

Helmi pun dengan senang hati menjawab;

“Waalaikumsalam, Alhamdulillah baik. Insya-Allah, boleh tak ada masalah. Meh sini aku terangkan satu-satu.”

#1 – Niat Untuk Mendirikan Solat

Lafaz niatnya;
#1- Solat Bersendirian

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.”

#2- Solat Sebagai Makmum

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala.”

#3- Solat Sebagai Imam

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.”

#2 – Membaca Doa Iftitah

Sunat membaca doa iftitah.

#3 – Takbir Sebanyak 7 Kali Dan Diselangselikan Dengan Bacaan Tasbih

Bacaan tasbihnya adalah seperti berikut;

“Subhanallahi walhamdulillah walailaha illallah wallahuakbar wala hawla wala quwwata illa billahil aliyyih azim.”

#4 – Membaca Fatihah Dan Surah Al-A’la

Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.

#5 – Rukuk Dan Sujud

Lakukan seperti biasa.

#6 – Iktidal Dan Berdiri Betul

Lakukan seperti biasa.

#7 – Takbir Sebanyak 5 Kali Dan Diselangselikan Dengan Bacaan Tasbih Sebanyak 4 Kali

Bacaan tasbih sama seperti di atas.

#8 – Membaca Al-Fatihah Dan Surah Al-Ghasyiyah

Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.

#9 – Rukuk, Sujud Dan Membaca Tahiyat Akhir

Lakukan seperti biasa.

#10 – Memberi Salam

Lakukan seperti biasa.

#11 – Disunatkan Untuk Terus Bertakbir Dan Berdoa

Disunatkan memulakan takbir Hari Raya Aidiladha mulai malam hari raya (10 Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13 Zulhijjah).

#12 – Membaca Dua Khutbah

Bagi solat secara berjemaah.

Helmi berkata kepada Azman;

“Begitulah serba sedikit tatacara solat aidiladha ni, mudah bukan? Kalau kamu risau terlupa rukun-rukun solat ni, lebih baik kamu ikut saja bersolat jemaah di masjid atau surau. Pak Imam biasanya akan maklumkan terlebih dahulu tatacara solat ni sebelum memulakan solat. Jangan risau ya, Man.”

Azman dengan gembiranya berkata;

“Oh, baiklah kalau begitu, terima kasih Helmi. Nanti kalau aku tak balik kampung, dapatlah kita jumpa kat masjid biasa tu ye. Aku undur diri dulu. Assalamualaikum.”

Tentang Marina

Marina

Beliau merupakan pelajar lepasan Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) dalam bidang Pengajian Islam. Kini beliau seorang editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.