Kadang-kadang , kita tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang lainnya , tetapi kita mampu fikirkan cara yang terbaik untuk meringankan masalah yang dihadapi .

Sepasang suami isteri hari ini , Tuan Jamalulail Ismail dan isterinya , Puan Sofinee Harun iaitu sukarelawan dari Malaysia membuka dapur untuk pelarian di Perancis dengan memberi makan seramai 1,500 orang setiap hari .

Allah SWT berfirman ;

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya”

(Surah Al-Maidah : 2)

Semoga Allah merahmati kedua pasangan ini , sukarelawan bersamanya dan kita semua .

Tentang Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.