Ini kisah benar seorang ibu yang tersasar doa. Terlupa istighfar selama 25 tahun.

Aku sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelakiku yang masih kecil berlari ke arahku. Dia terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca lalu pecah hancur berkecai.

Aku benar-benar marah kerana pasu itu memang mahal harganya. Tanpa ku sedari, aku telah melontarkan kata-kata;

“Mati engkau hendaknya. Semoga budak ni ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulang engkau hancur.”

Tahun demi tahun berlalu, anak lelakiku membesar, aku sudah lupa akan doa itu. Aku pun tidak anggapnya penting dan aku tidak tahu bahawa doa itu telah naik ke langit.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar. Dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain.

Kini dia telah menjadi seorang Jurutera yang Berjaya, tidak lama lagi dia akan berkahwin. Tidak sabar rasanya menimang cucu.

Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibaik-pulih. Maka pergilah anak aku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja, anakku pergi ke belakang bangunan tanpa disedari sesiapa pun. Dengan tidak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya.

Kedengaran suara berteriak di dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi.

Semua pekerja berhenti dan hairan suara siapa. Mereka berlari ke arah runtuhan itu. Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan Ambulan.

Mereka tidak dapat mengangkat badan anakku. Ia remuk seperti kaca yang jatuh pecah berkeping-keping. Sebahagian mereka mengangkat badan anakku yang hancur dengan berhati-hati dan segera membawanya ke Unit Kecemasan di Hospital.

Ketika ayahnya menghubungiku, seakan-akan Allah menghadirkan kembali kata-kataku padanya, semasa ia masih kecil dahulu.

Aku menangis hingga pengsan. Bila sedar, aku telah berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat anakku. Ketika melihatnya, aku seakan mendengar suara yang berkata;

“ini doamu kan? Sudah aku kabulkan, setelah sekian lama engkau berdoa, sekarang Aku akan mengambilnya.”

Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetak. Anak aku menghembuskan nafasnya yang akhir, aku berteriak dan menangis sambil berkata;

“Ya Allah, selamatkanlah anak aku. Jangan pergi nak.”

Seandainya, lidah ini tidak mendoakan kebinasaan 25 tahun yang lalu. Andaikan. Andaikan. Andaikan. Tetapi kalimat ‘andaikan’ ini sudah tidak berguna lagi waktu ini.

Cerita ini dari satu kisah benar. Pesananku pada para ibu. Jangan sekali-kali terburu-buru mendoakan keburukan anakmu ketika kamu sedang marah.

Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan. Jika kamu ingin memukulnya, pukul sahajalah. Tetapi jangan kamu mendoakannya dengan yang bukan-bukan sehingga kamu akan menyesal seperti aku.

Sesungguhnya aku menulis ini dengan airmataku yang turut mengalir. Wahai anakku, Aku rela rohku turut bersamamu hingga aku boleh beristirehat daripada kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu.

Doakanlah yang baik-baik sahaja untuk anak-anak anda. Doa itu pasti akan terjawab walaupun untuk sekian lama. Tunggulah dan Allah S.W.T pasti akan mengabulkannya.

Sumber;
Facebook Ustaz Iqbal

Artikel Berkaitan;
Marah Anak: Cukupkah Sekadar Memujuk?
Rasa Bersalah Sebab Selalu Marah Anak? Cuba 5 Tips Ini
7 Langkah Bagi Anda Mengawal Marah

Tentang Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.