Tokoh

Salman Al-Farisi: Pemuda Pencari Kebenaran

Oleh Syamsul Bahari  •  12 Aug 2018  •  2 min baca

Cintai sebuah kebenaran. Setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T haruslah mempunyai sifat cintakan kebenaran walaupun kebenaran itu bercanggah dengan perilakunya.

Kembali kepada kebenaran di saat kita mencanggahinya adalah sifat yang sangat terpuji. Persis satu kalam hikmah daripada Umar al-Khattab;

“Kembali kepada kebenaran lebih baik daripada berkekalan di dalam kebatilan.”

Kisah seorang sahabat Nabi S.A.W yang bernama Salman al-Farisi sangat menarik untuk sama-sama kita telusuri. Sebelum memeluk Islam bersama Nabi S.A.W, beliau pada asalnya beragama Majusi dan pernah menganut agama Nasrani.

Beliau tertarik dengan agama Nasrani ketika melalui gereja dan melihat cara mereka menyembah tuhan. Lalu beliau pulang memberitahu ayahnya yang mengakibatkan beliau dirantai dan dikurung oleh ayahnya sendiri.

Inilah harga yang perlu dibayar oleh Salman kerana sifatnya yang ingin tahu dan kritis. Salman tidak berdiam diri di saat beliau dikurung oleh bapanya.

Beliau membuat keputusan untuk melarikan diri dan berhijrah ke Syria kerana di sana terdapat seorang pendeta Nasrani yang boleh membimbingnya.

Tahun demi tahun beliau mendampingi pendeta-pendeta Nasrani sehingga kewafatan mereka. Beliau sempat belajar daripada pendeta-pendeta Nasrani dan mengetahui tanda-tanda kenabian Nabi akhir zaman daripada mereka sebelum beliau ditipu oleh pedagang dan dijadikan hamba.

Di sebalik ujian getir yang beliau hadapi, tersirat hikmah yang tidak ternilai harganya. Beliau akhirnya dibeli oleh tuan yang membawanya sampai ke bumi Madinah, tempat hijrah Nabi akhir zaman.

Pertemuannya dengan Nabi S.A.W, memberikan satu kesan besar kepada dirinya kerana beliau sempat beriman dan tergolong dalam kalangan sahabat yang terkenal.

Namanya kekal dalam lipatan sirah junjungan mulia ketika buah fikirnya diterima Nabi S.A.W dalam peristiwa Ghazwah Khandak.

Kisah Salman yang cekal dan tabah dalam mengharungi ujian sepanjang perjalanan mencari kebenaran sangat baik untuk kita sama-sama renungi.

Perasaan ingin tahu membuatkan beliau keluar dari ‘sangkar’ taklid kepada kebebasan berfikir dan menilai.

Begitu hebat pemuda ini, sikapnya yang hebat perlu dicontohi pemuda kini. Pemuda kini ramainya yang jatuh ke lembah najis dadah hingga tersesat tidak bertemu jalan keluar, cukup menyedihkan.

Oleh itu, marilah wahai pemuda carilah sebuah kebenaran yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah kerana hanya dua ini sahaja petunjuk yang jelas benar.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Syamsul Bahari

Syamsul Bahari

Anak kelahiran Tumpat, Kelantan. Minat membaca dan bercita-cita ingin menjadi seorang penulis yang berjaya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami