Keluarga

Rahsia Besar Mencipta Hubungan Suami Isteri Yang Mawaddah

Oleh Rizal Alhaj  •  13 Jun 2018  •  3 min baca

Ya, rahsia besar yang tidak ramai orang ketahui, terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsikan sedikit rahsia besar ini.

Baru-baru ini, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz yang bernama Ustaz Sadini. Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak seorang Mufti dari Brunei.

Tutur katanya memang begitu menenangkan jiwa siapa sahaja yang mendengar setiap tazkirah yang beliau sampaikan. Sempat saya bertanya kepadanya;

“Bagaimana caranya untuk membuatkan suami mendengar nasihat dan pendapat seorang isteri? kerana seperti yang sedia maklum, ramai para suami diluar sana yang meletakkan ego didepan sekali bila membuat apa-apa keputusan di dalam melayari bahtera rumahtangga”

Termasuk juga diri saya. Ustaz Sadini menjawab;

“Sebelum itu, saya ingin bertanya, pernahkah kamu mendoakan anggota badan isteri kamu ?”

Ustaz Sadini memandang semua hadirin yang hadir dan mengulangi soalan yang sama.

“Ada puan-puan mendoakan anggota badan suami? Suami pula ada mendoakan untuk anggota badan isteri?”

Ustaz Sadini memandang saya semula. Menunggu jawapan. Apa yang ingin saya jawab? sebab saya tidak faham maksud soalan itu. Namun saya jawab juga;

“Saya biasa doakan isteri saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat. Memohon supaya Allah S.W.T mempermudahkan apa juga yang isteri lakukan, menjadi isteri dan ibu yang penyayang serta penuh tanggungjawab”

Ustaz Sadini menyambung;

“Baik. Saya tidak mengatakan perkara itu salah. Cuma kurang betul. Kurang betul kerana pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara satu sama lain. Tetapi tidak ramai pasangan yang melakukan perkara ini. sebab itu, kurangnya hubungan yang Mawaddah di dalam rumahtangga”

Persoalannya, bagaimana ingin mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara terperinci ? Di sini saya akan cuba kongsikan.

Pegang tangan suami / isteri kita, usap tangannya sambil membaca;

Allahumma Barik Lanaa Fima Rozaktana Wakina A’Azabannar

Habis baca, sambung dengan;

Ya Allah, berkati tangan suami/isteriku agar digunakan ke jalan yang baik, diharamkan dari api neraka

Pelik? Kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini beritahu. Ramai tahu dan hafal doa makan. Ramai ingat doa makan ini di baca ketika makan sahaja.

Rupanya banyak fungsi doa makan ini, malah untuk meminta apa sahaja yang kita ada agar diberkati oleh Allah SWT.

Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita. Ketika isteri hamil, bacakan juga doa tersebut sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.

Ketika sedang bersama, lekapkan tapak tangan di dada suami / isteri dan bacakan doa tersebut. Minta hatinya diberkati Allah SWT dan tidak terfikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak disukai. Minta diharamkan hatinya dari api neraka.

Allahuakbar… Saya yakin ramai yang tidak mengetahui perkara ini kan? pernah doakan atau tidak anggota tubuh pasangan kita?

Yang terakhir, Ustaz Sadini kongsikan, ketika suami membawa pulang sekampit beras, waktu si isteri ingin mencurahkan beras ke dalam tong beras, pegang butiran beras itu sambil bacakan;

Allahumma Barik Lanaa Fima Rozaktana Wakina A’Azabannar

Doa agar setiap butiran beras itu diberkati Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat bersama.

Diizinkan catitan ini dikongsi agar lebih ramai mendapat ilmu ini yang merupakan salah satu Rahsia Besar mendapatkan hubungan yang Mawaddah di dalam rumahtangga.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami