“Setiap kali kita mencipta sesuatu yang baru, kita bergerak dari 0 ke 1”

Peter Thiel dilahirkan pada 11 Oktober 1967 di Frankfurt, Jerman. Beliau adalah anak kepada Claus Thiel dan Susan Thiel yang berhijrah ke Amerika Syarikat. Ketika itu, Thiel berusia 1 tahun. Thiel dibesarkan di Foster City, California.

Membesar dalam keluarga kelas pertengahan, Thiel menggemari permainan Lego dan menganggap glob yang diterimanya semasa hari lahirnya adalah hadiah yang paling tidak dapat dilupakan beliau.

Thiel merupakan remaja pintar. Oleh itu dia diterima untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Stanford. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang falsafah dan seterusnya kedoktoran jurispruden(perundangan) dari Sekolah Perundangan Stanford. Thiel juga adalah pengasas kepada Stanford Review yang ditubuhkan pada tahun 1987, iaitu majalah berkaitan tinjauan politik yang terkenal di Stanford.

Hanya pada tahun 1997, Thiel menubuhkan Paypal. Sebelum itu, beliau bekerja sebagai kerani dengan seorang hakim selain kerja-kerja lain yang berkaitan dengan perundangan. Beliau juga pernah bekerja di bank pelaburan. Pada waktu itulah beliau merasakan yang beliau mahu mencari sesuatu yang lebih besar.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Paypal ditubuhkan dengan dana terkumpul sebanyak $1 juta. Tujuan Paypal ditubuhkan adalah untuk memudahkan transaksi kewangan di dunia. Bagi Thiel, wang kertas adalah terlalu purba dan tidak selesa untuk digunakan. Thiel menubuhkan Paypal bersama-sama 3 rakannya yang lain iaitu Max Levchin, Luke Nosek, dan Ken Howery.

Paypal berjaya menjadi syarikat pemindahan wang atas talian terbesar. Ia amat popular sehingga menarik ramai pelabur. Pada tahun 2002, nilai bersih Paypal ialah $800 juta. eBay telah mendapatkan Paypal dengan jumlah $1.5 bilion di mana Thiel mempunyai syer sebanyak $55 juta. Beliau kekal sebagai Lembaga Pengarah.

Selepas beliau menjual Paypal. Beliau mengasaskan pula Clarium Capital iaitu dana makro lindung nilai. Beliau juga menjadi yang pertama melabur di Facebook iaitu semasa Facebook belum lagi sehebat sekarang. Oleh itu, keputusan yang diambil Thiel pada masa itu dianggap sebagai satu tindakan berani. Thiel kemudian mengasaskan pula Founders.

Thiel banyak membantu usaha niaga bagi mereka yang keciciran kolej dengan menawarkan bantuan kewangan serta bimbingan kepada mereka. Biasiswa Thiel telah banyak membantu usahawan seperti Ritesh Agarwal, iaitu pengasas OYO.

Tentang Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.