Inspirasi

Pernahkah Kita Terfikir Kenapakah Nabi Allah Ya’qub As Tidak Mencari Anaknya Yusuf As

Oleh Muhammad Syafriz Nazer  •  25 Sep 2017  •  3 min baca

Pernahkah kita terfikir kenapakah Nabi Allah Ya’qub As tidak mencari anaknya Yusuf As setelah dikhabarkan kematiannya? Berikut adalah pandangan Dr Sa’id Abd al-‘Azim. Pertama sekali Ya’qub As sudah pun tahu pembohongan anak-anaknya bilamana mereka menyebut;( أكله الذئب) iaitu Yusuf As telah dimakan serigala.
Lalu Ya’qub menjawab pendustaan mereka;

( بل سوّلت لكم أنفسكم أمرا)
“Bahkan nafsumu telah menghiasi kamu semua untuk melakukan perkara demikian”.

Kemudian bukti baju Yusuf As yang dipenuhi darah adalah tidak kuat kerana baju itu lansung tiada kesan koyakan, jika benar Yusuf dimakan serigala pasti bajunya koyak rabak.

Ya’qub As menyedari kekotoran hati anak-anaknya yang dipenuhi benci dan dengki terhadap Yusuf. Apakah tindakan rasional yang wajar dilakukan ketika itu? Adakah dengan menyuruh anak-anaknya mencari semula sisa mayat Yusuf jika ada?

Tindakan yang dilakukan oleh Ya’qub As adalah satu mesej yang ingin Allah SWT sampaikan kepada manusia, demikianlah surah Yusuf sebaik-baik surah yang diceritakan kepada Baginda SAW.

Ya’qub As berasa amat sedih dengan berita yang dikhabarkan anak-anaknya, namun jalan yang diambil olehnya adalah dengan bersabar sepenuh hati terhadap apa yang telah Allah SWT rencanakan.

Sebahagian ulama menyifatkan tindakan sabar Ya’qub As itu terhadap kezaliman orang yang zalim dan perancangan mereka yang jahat dengan beberapa soalan. Mengapakah Ya’qub tiada usaha untuk menyelidiki dan mencari Yusuf As anak kesayangannya itu yang diuji dengan ujian yang kuat, jika benar dia masih hidup. Kedua jika benar Yusuf dibunuh maka boleh dijalankan qisas terhadap anak-anaknya.

Berikut adalah jawapannya. Allah SWT menghalang Ya’qub dari berbuat demikian adalah sebagai ujian buatnya dan untuk melihat kekuatannya menghadapi ujian tersebut. Ya’qub juga sedar akan kekuatan anak-anaknya dan jika baginda menyuruh untuk mencari Yusuf semula, pasti Yusuf akan disakiti dan dibunuh.

Seterusnya Ya’qub As yakin bahawa Yusuf As dalam penjagaan Allah dan ujian yang dihadapinya itu adalah untuk meninggikan martabatnya di akhirat. Disamping itu Ya’qub tidak pun membongkar rahsia anak-anaknya apatah lagi ingin menghebohkannya kepada orang ramai kerana dia sedar kalau salah seorang ibu atau bapa menzalimi yang lain maka si bapa berkemungkinan akan terjatuh ke dalam lembah keseksaan.

Selain itu jika Baginda tidak membalas dendam tindakan anak-anaknya itu maka Baginda tidak akan senang duduk memikirkan anak yang dizalimi (Yusuf), akan tetapi jika membalas dendam pula hatinya akan tidak senang duduk memikirkan pihak yang diambil tindakan balas dendam.

Ya’qub As sebenarnya tersepit dalam hal ini, lalu jalan yang paling selamat ialah dengan berdiam diri, sabar dengan sepenuh hati dan menyerahkan urusan ini kepada Allah SWT dengan sepenuh hati. Inilah juga seperti mana yang disebut al-Razi.

Ya’qub sedar bahawa yang memberikan ujian adalah Allah SWT, dan sebagai seorang hamba perlu menerima segala ketentuannya tanpa merungut. Demikianlah Allah rakamkan kata-kata Ya’qub dengan ayat:

(فصبر جميل ) iaitu “Sabar yang indah”

Inilah ucapan para anbiya’ bila mana mereka diuji dan ucapan inilah yang mengangkat darjatnya.

Sumber rujukan: Dr Sa’id Abd al-‘Azim, Qasas al-Anbiya ‘Izat Wa ‘Ibar, halaman 389.

Fb: https://www.facebook.com/muhamadsyafriz.nazer


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Muhammad Syafriz Nazer

Muhamad Syafriz Nazer merupakan graduan Universiti Malaya dalam bidang Al-Quran dan Hadith.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami