Gaya Hidup

Panahan Daripada Pandangan Kedua

Oleh Rasyidah Rahmat  •  17 May 2018  •  3 min baca

Allah SWT berfirman;

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-prempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.Surah An-Nur :30-31

Selalu kita dengar bahawa pandangan pertama itu rezeki. Saya berfikir sejenak mengapa perintah menjaga pandangan ini sangat penting? Sedangkan ia hanya sekadar pandangan bukan perbuatan.

Dalam konteks ini lebih difokuskan terhadap pandangan terhadap yang haram. Ketika menjaga pandangan menjadi asas untuk memelihara kehormatan, maka dalam ayat itu Allah SWT memulakannya dengan menyebutnya terlebih dahulu.

Ketika berpandangan menjadi haram kerana ia menjadi perantara “rosaknya” kehormatan, itu bererti bahawa berpandangan dibolehkan demi kepentingan yang lebih besar.

Allah SWT menjadikan mata sebagai cermin bagi hati. Apabila seseorang menundukkan pandangannya sekaligus ia dapat menjaga hatinya daripada penyakit hati, syahwat dan keinginannya.

Ada suatu kisah, seorang lelaki yang memandang wanita, lalu pandangannya itu menimbulkan rasa cinta dan mengikat hatinya. Lama-lama perasaannya semakin kuat terhadap wanita itu. Hatinya pun berkata;

“Ini semua terjadi disebabkan oleh pandangan pertamanya tadi. Seandainya kamu memandang dia sekali lagi, maka yang terjadi tidaklah seperti ini. Kamu akan boleh melupakannya.”

Maka, dengan tujuan seperti ini, bolehkah dia mengulangi pandangannya untuk yang kedua kali?

Meski dengan tujuan seperti itu, orang tersebut tetap tidak boleh mengulanginya kerana berikut;

Perintah Untuk Menjaga Pandangan

Allah SWT tidak membuat ubat hati dengan sesuatu yang telah Dia haramkan kepada hamba-Nya.

Rasulullah SAW ditanya tentang pandangan tanpa sengaja yang boleh mempengaruhi hati.

Ubatnya, menurut Rasulullah SAW adalah mengalihkannya, bukan dengan cara mengulanginya kembali.

Musibah Pandangan

Rasulullah SAW menyatakan, bahawa pandangan yang pertama adalah rezeki baginya, bukan yang kedua. Adalah mustahil diberikan penyakit tanpa ubatnya.

Umumnya, pandangan kedua tidak dapat mengurangi gejolak hati. Kenyataannya memang demikian.

Oleh sebab itu, tidaklah patut mengulangi pandangan yang boleh berkesan seperti pada yang pertama.

Boleh jadi, apa yang akan dia lihat gejolak hatinya akan lebih besar sehingga seksa yang dia terima akan lebih berat.

Ketika berniat untuk melakukan pandangan kedua, iblis berdiri di lehernya lalu menghiasinya dengan sesuatu yang tidak baik agar kesan buruknya menjadi lebih besar lagi.

Al-Marruzi mengatakan, suatu ketika saya bertanya kepada Ahmad;

“Bagaimanakah apabila seorang lelaki memandang wanita?” Dia menjawab; “Saya takut pada dirinya akan tertimpa musibah. Banyak sekali pandangan yang telah mendatangkan rasa duka yang mendalam kepada hati pelakunya.”

Ibnu ‘Abbas berkata;

“Syaitan berada di dalam diri seorang lelaki dalam tiga perkara: dalam pandangannya, hatinya, dan kehormatannya. Dan, syaitan juga berada di dalam diri seorang wanita dalam tiga perkara: dalam pandangannya, kehormatannya, dan kemaluannya.”

Maka, dapat kita muhasabah kembali bahawa pandangan bukan suatu perkara yang biasa. Malah ia menjadi pemula bagi sesuatu dosa.

Maka, jangan ambil mudah tentang soal pandangan. Takut ia menjadi punca ibadah kita terganggu.

Bersama-samalah kita menjaga pandangan meskipun pandangan pertama itu hak kita namun berhati-hatilah agar iman dan taqwa kita lebih terjaga. Wallahualam.

Rujukan;
Bercinta Dengan Allah karya Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rasyidah Rahmat

Rasyidah Rahmat

Suka mencuba perkara baru dan sangat meminati bidang penulisan dan membaca buku dalam semua genre. Karya pertama yang diterbitkan iaitu dalam siri antologi cerpen Negeri Terengganu. Merupakan mahasiswa tahun akhir sarjana muda syariah di UIN STS Jambi, Indonesia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami