Saidina ‘Abdullah bin Mas’ud Radhiayallahu ‘Anhu pernah berkata:

“Sesiapa yang suka untuk mengetahui sejauh mana dia menyintai Allah, maka lihatlah sekadar mana keadaan dirinya dengan al-Quran.

Sesiapa yang cintakan al-Quran, dia akan menyintai Allah. Hal ini kerana al-Quran adalah kata-kata Allah.”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

#1 Sesiapa yang cintakan Allah, dia akan suka dan selalu membaca kata-kata Allah iaitulah al-Quran yang mulia.

#2 Justeru, jadikanlah bacaan al-Quran sebagai rutin harian sebagaimana rutin harian kita membaca WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.

#3 Manfaatkanlah kemudahan aplikasi al-Quran di dalam smartphone dan pelbagai gajet yang boleh dibaca di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan meraikan adab dan hukum yang berkaitan dengannya.

“Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa membaca al-Quran, memahaminya, menghayatinya dan melaksanakan isi kandungannya di dalam hidup kami.”

Tentang Dar Taibah Barakah

Dar Taibah Barakah

Rajin berkongsi info-info dakwah di Facebook.

Wakaf Artikel

Kami berharap dapat menerbitkan lebih banyak artikel Islamik yang ringan dan santai kepada para pembaca. Anda boleh menjadi sebahagian penyumbang untuk merealisasikan sasaran dakwah secara digital ini.


Ikuti Instagram Tazkirah.net untuk mendapatkan inspirasi islamik yang ringan & santai setiap hari. Klik Untuk Ikuti