Menjadi Penulis

Oleh Tim Tazkirah, Pada 11 Sep 2014

Kami mengalu-alukan sebarang perkongsian dan peringatan ilmiah daripada para pembaca. Walau siapapun anda, kami percaya ada sesuatu yang berharga untuk dikongsikan bersama di sini.

Bertepatan dengan hadis Riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda,

Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.

Pendekatan Kami Bagi Setiap Tazkirah

Tazkirah.net adalah sumber ilmu, peringatan dan inspirasi buat semua. Misi kami ialah untuk menerbitkan konten Islamik yang lebih ringan dan berkualiti di dalam pelbagai topik agar ia boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Konten tersebut boleh dihasilkan berdasarkan kepakaran, pengalaman dan pembelajaran kehidupan penulis. Jangan takut untuk berkongsi sebarang pandangan dan peringatan selagi mana ia tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Sebaiknya setiap peringatan dan pandangan yang dinukilkan perlulah mempunyai sandaran yang jelas dari sudut agama. Oleh itu, penulis perlu memasukkan nas al-Quran, hadith dan pendapat ulama’ bagi menyokong hujah yang dilontarkan.

Proses Menyiarkan Tazkirah

Kami mensasarkan untuk menerbitkan paling kurang 3 artikel tazkirah yang berkualiti setiap minggu, oleh itu kami perlu bekerjasama dengan ramai penulis yang sudi untuk menghantar karya mereka.

Sebelum artikel disiarkan di platform Tazkirah.net, artikel para penulis akan melalui beberapa proses seperti berikut:

Fasa 1: Artikel yang dihantar oleh penulis akan dinilai oleh panel penilai yang telah kami lantik agar segala isi kandungan artikel tidak menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Fasa 2: Kemudian artikel penulis akan disunting oleh ketua editor dari segi ejaan, struktur ayat, penyusunan perenggan dan sebagainya.

Fasa 3: Seterusnya pereka grafik akan masukkan gambar yang bersesuaian dengan isi kandungan artikel para penulis.

Fasa 4: Akhirnya artikel para penulis akan masuk di dalam senarai untuk diterbitkan.

Lebih mudah proses kami jika para penulis memahami proses yang perlu dilalui bagi sesuatu artikel yang dihantar sebelum disiarkan.

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Menghantar Artikel Kepada Pihak Kami

Sebab #1 – Artikel anda akan dibaca oleh puluhan ribu pelawat laman web Tazkirah.net saban bulan. Kami mensasarkan untuk mendapat sekitar 100,000 pembaca setiap bulan. Kami faham, apa gunanya peringatan tanpa orang membacanya.

Sebab #2 – Bagi mereka yang ingin membina portfolio penulisan, ini adalah platform yang sesuai kerana anda akan diberikan satu halaman khusus bagi mengumpulkan kesemua artikel yang telah anda hasilkan. Di bawah setiap artikel juga akan diletakkan informasi ringkas berkenaan diri anda untuk penjenamaan dan pemasaran.

Sebab #3 – Insyallah, mudah-mudahan anda akan sentiasa mendapat pahala yang berterusan daripada Tuhan di atas ilmu yang anda kongsikan di platform ini. Selagimana ada orang membaca artikel anda, selagi itu anda akan terus mendapat pahala dari Tuhan Yang Maha Pemurah.

Berminat? Hubungi Kami Segera!

Jika anda berminat untuk menghantarkan sebarang konten anda kepada kami, maka sila fahami segala apa yang kami nyatakan di atas sekali lagi. Kemudian hubungi pihak kami melalui halaman hubungi kami untuk berurusan dengan ketua editor kami.

Kami sangat berbesar hati untuk menyiarkan artikel anda kepada ramai pembaca agar ia menjadi satu peringatan berguna buat kita semua!