Cuba Imbas kembali 5 ataupun 10 tahun lepas, ketika kita di alam persekolahan. Memakai baju berwarna putih, lencana di poket baju bagi lelaki dan perempuan pula di tudung.

Kita tekun belajar di dalam kelas supaya dapat skor yang terbaik apabila menduduki peperiksaan nanti. Jika dapat keputusan yang cemerlang, kita melompat kegembiraan, tetapi apabila skor tidak tercapai rasa sebak dan kecewa.

Ini analogi mudah yang saya boleh beri contoh. Mengharapkan sesuatu dengan harapan tinggi, itu sebab rasa kecewa dan sebak. Jika sampai menghadapi tekanan melampau maka itu bahaya, perlu jumpa doktor yang sebetulnya.

Saya pernah rasa begini, tetapi apabila difikirkan balik, undur beberapa langkah, perubahan demi perubahan yang kita perlukan sebenarnya, bukan pengharapan tinggi atau mencari yang terbaik.

Dalam satu ceramah Ustaz Nourman Ali Khan ada menghuraikan tentang perubahan bukan kesempurnaan. Kata beliau;

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Apa beza di antara lebih baik dan terbaik? Kamu tahu, apabila kamu adalah yang terbaik, kamu hanya seorang sahaja terbaik. Tidak boleh ada dua orang, Maksudnya terbaik adalah seorang sahaja.

Tetapi apabila disebut lebih baik, kamu akan dapat jumpa ramai orang yang lebih baik dan secara tidak langsung kamu bukan terbaik, tetapi kamu boleh jadi lebih baik dan lebih lagi.

Tidak wajar jika dalam kehidupan seharian kita, kita katakan itulah penamatnya.

”Saya dah jadi yang terbaik dan semua boleh saya lakukan, tetapi alangkah lagi wajarnya, kita memuji Allah, Alhamdulillah, apa sahaja saya lakukan ia lebih baik daripada sebelum ini.”

Dengan memuji nama Allah, rasa mendabik dada atau rasa diri adalah yang terbaik itu, tidak ada. Sebab apabila memuji nama-Nya akan terbayang kebesarannya. Dipandang semakin hari semakin ada perubahan ke arah kebaikan.

Kata Ustaz Nouman Ali Khan;

Dalam Surah Al-mulk ayat yang kedua menyatakan Ahsan(semakin baik) bukan al-ahsan(terbaik). Maka jadilah semakin baik (ahsan).

Tempoh Menjadi Baik

Ulas Ustaz Nouman Ali Khan lagi;

“Ada kala, sesetengah orang sedikit demi sedikit perubahannya. Ada juga yang terlalu lama melangkah untuk berubah, ada juga yang sanggup berkorban segala-galanya untuk perubahan kerana Allah Ta’ala. Semua itu lebih baik, kerana setidak-tidaknya ada semangat untuk berubah ke arah kebaikan daripada sebelum ini.”

Tidak mengapa, Allah punya janji yang sangatlah indah untuk kita semua. Anda ingin tahu?

Semua orang akan melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan sendiri dan sebenarnya Allah telah menciptakan hal ini sangatlah indah, supaya hamba-Nya dapat melihat bagaimana langkah-langkah untuk menjadi semakin baik.

Jadi, ini bukanlah gambaran kepercayaan kepada nasib, ini bergantung kepada usaha untuk melakukan perubahan. Sekali lagi, ini bukan gambaran kepercayaan kepada nasib.

“Aduh! rasa nak mati. Sebab saya bukanlah seorang dikalangan terbaik. Putus asa sahajalah.”

Sebut sahaja putus asa, perubahan daya fikiran akan ke arah negatif, dan nasib pula yang di salahkannya.

Keluhan sebegitu tidak elok di sebut-sebut, tetapi lebih elok jika perubahan semakin hari semakin baik. Hati pun lebih gembira daripada terus merasa lemah dan putus asa.

Bab putus asa ini, Nabi Yunus A.S pun pernah putus asa untuk berdakwah kepada kaumnya dan beliau bangkit dari kesedihan berterusan.

Anda Merasai Diri Anda Terbaik?

Semasa saya belajar, sistem pendidikan di tempat saya dahulu mengajar kami;

“Jika tidak skor terbaik atau jika tidak dapat nombor satu dalam kelas, jangan tunjuk muka kamu di depan saya. Kenapa mahu belajar jika tidak dapat nombor satu atau yang terbaik dalam kelas. Nombor dua? Oh tidak.”

Secara tidak langsung pelajar-pelajar di situ mengalami sifat kecewa, kerana di desak supaya menjadi yang terbaik. Apabila jadi yang terbaik, perasaan angkuh sedikit demi sedikit tertanam dalam jiwa.

Pelajar lain pula mengalami tekanan, akhirnya ada yang berputus asa. Sehingga ada yang perlu dirawat di hospital dek masalah pembelajaran. Tidak kurang juga ada yang mengambil keputusan menamatkan riwayat hidup.

Mulakan Sedikit Demi Sedikit

Apa yang dimaksudkan mulakan sedikit demi sedikit? Iaitu kemahiran pencapaian kita. Kata guru saya;

“Sekiranya mahu belajar menulis, untuk menaip dan menulis 1000 perkataan pertama sememangnya sangat susah, jadi kecilkan skopnya dahulu”

Mulakan dengan 200 perkataan dahulu, selepas itu 400, 600, 800 dan seterusnya 1000 perkataan. Tetapi ini bukanlah dalam masa sehari. Jika 700 patah perkataan mahu disiapkan, saya ambil masa dua hari dengan berdisplin.

Disiplin? Ya perlu disiplin, baru kerja yang kita mahu buat boleh siap. Selepas itu barulah kemaskini sebelum hantar.

Apabila perkataan yang ditarget itu tercapai, maka beri ganjaran kepada diri sendiri. Selepas dapat ganjaran. Ambil kertas kecil tulislah ‘target berjaya dicapai’ dan lekatkan di cermin yang akan dilihat setiap hari.

Sudah pasti kita akan tersenyum puas. Kegembiraan juga terlihat di wajah, ini contoh yang saya buat, kalian boleh buat lebih baik daripada ini.

”Sesiapa yang menunjukkan ke arah kebaikkan, maka baginya ganjaran pahala sebagaimana orang yang memerlukannya”Hadis Riwayat Muslim

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Menunjukkan kebaikan tidak semestinya tunggu sempurna, cukuplah apa yang kita belajar itu betul selagi tidak melanggar syariat agama.

Syariat agama bukan sahaja terikat di dalam masjid, malah di luar masjid pun dikira syariat agama. Syariat di luar masjid?

Contohnya jika anda bekerja sebagai mekanik dan tahu tentang cara pemilihan tayar kereta, maka tidak salah untuk tunjukkan cara pemilihan tayar yang betul.

Jujurlah dalam bekerja, bukan sebaliknya. Tidak berlaku jujur adalah suatu hal yang menyimpang dari ajaran agama, malah ia suatu perlakuan menindas tanpa sedar dan itu bukanlah cara orang yang beriman.

Rumusannya, kita perlu belajar dan terus belajar. Semakin hari semakin tahu banyak perkara. Firman Allah S.W.T;

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu(tercatat semuanya). Surah Al-Inshiqaq:6

Tentang Fathy

Fathy

Seorang yang suka membaca buku dan beliau aktif dalam menjadi fasilitator. Beliau juga sukakan kanak-kanak.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.