Merenung diri yang serba serbi kekurangan, dihimpit pelbagai permasalahan dunia, dirundung kesedihan yang berpanjangan bagai mentari tak pernah muncul dalam hidupnya.

Pasti setiap daripada kita ini pernah mengalami saat-saat berasa diri ‘down’, berputus asa untuk meneruskan hidup, tidak mahu menerima takdir yang telah ditetapkan untuk dirinya dan pelbagai perkara lain yang menghimpit hati dan pemikirannya saban hari.

Daripada kita sibuk memikirkan hal-hal yang merunsingkan jiwa dan fikiran, cuba kita merenung sejenak syair Imam Ahmad.

Syair ini pasti akan ada air mata yang mengalir jika dihayati secara mendalam.

SYAIR IMAM AHMAD

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Jika Tuhanku bertanya kepadaku,
‘Tidak malukah engkau melakukan maksiat kepada-Ku?
Engkau sembunyikan dosa engkau dari makhluk-Ku dan datang kepada-Ku dengan penuh dosa.’

Bagaimana aku hendak menjawab duhai diriku yang malang?
Dan siapakah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan

Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya
Seakan-akan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yang ngeri
Siapakah yang mampu melindungiku?

Aku melihat pada wajah-wajah mereka.
Apakah ada antara mereka yang akan menebus (kesilapan) ku?

Aku akan disoal
Apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?

Maka, bagaimana akan aku menjawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?

Adakah aku tidak mendengar apa yang telah diberitakan dalam surah Qaf dan Yaasin?
Adakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari kiamat?

Adakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?
Maka, wahai Tuhanku! Seorang hamba datang bertaubat. Siapa yang dapat melindunginya?

Melainkan Tuhan yang Maha Luas pengampunan-Nya
dan yang membimbingku ke jalan kebenaran.

Aku telah datang kepada-Mu, maka kasihanilah aku
dan beratkanlah timbangan (kebaikan) ku.

Dan, ringankanlah (percepatkanlah) hisabku kerana
Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.

Ketahuilah, syair ini juga telah menyebabkan Imam Ahmad sendiri menangisi dirinya sekalipun beliau tergolong dalam kalangan para solihin yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah s.w.t.

Kenali serta bermuhasabah diri perlu bagi setiap manusia agar dirinya sedar akan kewujudan penciptaannya oleh Allah s.w.t. Juga, dapat mengetahui apakah tujuan hidupnya di atas muka bumi ini.

Mudah-mudahan, perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat walaupun sedikit. Wallahua’lam.

Tentang Marina

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.