Fara tiba-tiba bersuara;

“Kau okay Mimi?”

Sengaja dia mahu memecah sepi. Matanya masih tidak beralih daripada menghadap ke arah skrin komputer. Tangannya laju berlari di atas papan kekunci. Gaya seperti sedang menyelesaikan suatu misi.

Mimi membalas;

“Okay je. Alhamdulillah”

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Bibirnya mengukir senyuman tawar biskut Hup Seng. Dia sedang khusyuk menulis di meja sebelah kanan.

Fara mengucapkan juga perlahan;

“Alhamdulillah..”

Fara memanggil;

“Mi.”

Mimi menjawab acuh tak acuh;

“Hmm..”

Fara berbicara;

“Kau pernah dengar tak teknik menangis?”

Tangannya yang sedang rancak menaip di atas papan kekunci komputer riba tadi mula diperlahankan.

Wajah Mimi yang sedang tekun menulis sesuatu di meja sebelah kanan dipandangnya sekilas.

Mimi menjawab sepatah;

“Tak.”

Matanya masih tekun ditundukkan ke arah buku. Tangannya masih rancak bergerak, menulis sesuatu di dalam jurnal hariannya itu.

Sejak pulang dari kolej petang tadi, Mimi tidak seperti selalu. Dia lebih banyak diam. Kebiasannya, suara dia lah yang akan memeriuhkan suasana di rumah itu.

Fikir Fara, pasti ada sesuatu yang berlaku di kolej siang hari tadi. Perlahan-lahan Fara menutur bicaranya;

“Haa… Boleh tak aku nak share sesuatu yang aku rasa sangat berharga? Ilmu ni, aku dengar pun dari seorang kawan.”

Risau sekiranya nada yang digunakan tidak sesuai dengan emosi semasa sahabatnya itu.

Mimi membalas pendek;

“Ha. Cerita lah. Aku ok je.”

Senyuman nipis diukir, memandang Fara yang sudah pun mengalihkan fokus daripada komputer riba, kini memfokuskan pandangan ke arah wajahnya di sebelah.

Dia tidak mahu membuat sahabatnya itu berasa serba salah. Fara tersengih menampakkan sebaris gigi hadapan. Gembira apabila terasa dirinya tidak diabaikan.

Dengan nada suara dan antonasi yang begitu bersemangat, Fara mula bercerita;

“Kalau kau sedih disebabkan perbuatan manusia, jangan sesekali dialirkan air mata kerana mereka semata-mata. Ruuuugi!”

Mimi menyoal kembali, keningnya diangkat sebelah;

“Hmm. Kenapa? Salah ke menangis sebab manusia?”

Fara menyambung kembali;

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

“Tak salah… Tapi dah alang-alang kau tengah sedih tu, cuba jadikan mengalirnya air mata itu sekali dengan mengalirnya pahala. Kan bonus tu.”

Mimi mengangkat sebelah kening. Sepertinya, dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh sahabatnya itu.

“Ok. Contoh macam ni…”

“Kau sedih bila usaha kau diperlekehkan orang lain. Jangan menangis semata-mata kerana dia. Bayangkan dulu. Kesedihan yang dirasai Rasulullah dahulu yang lebih teruk lagi pernah diperlekeh. Bayangkan dan hayati perasaan yang Rasulullah mungkin rasa dengan emosi yang kau ada pada waktu tu. Lepas tu, menangislah.”

“Kau sedih bila kau dimarahi manusia kerana sesuatu yang bukan salah kau. Sedih bercampur marah sampai kau rasa, “Kenapa manusia ni tak adil?!” Sabar. Jangan menangis kerana mereka. Cuba fikir. Manusia memang lemah! Manusia tidak mengenal diri kita sepenuhnya. Tetapi Allah lah yang mengenal setiap inci kekurangan diri, setiap sudut kelemahan hati, namun masih setia merahmati. Insaf. Kemudian mahu menangis, menangislah kerana itu.

“Contoh lagi. Kau sedih bila ibu bapa merajuk dengan kau walaupun hakikatnya jauh di sudut hati, kau sedang mencuba membahagiakan mereka. Bayangkan Allah. Kasih sayangNya itu melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Lalu menangislah memikirkan tinggi kasihNya kepada kita, namun sering kita lupa.”

Farah memegang dagunya;

“Hmm. Apa lagi eh?”

“Ha! Kau sedih terasa rindu yang tak tertahan akan seseorang. Sampai mengganggu fikiran. Fikirkan pula. Pernahkah kau merasa rindu yang mendalam kepada Allah yang sentiasa merindukan hambaNya? Pernahkah kau merasa rindu akan insan yang dari dulu sudah pun mengungkapkan rasa rindunya walaupun tak pernah bersua. Yakni rindu baginda Rasulullah SAW kepada umatnya? Sedarlah diri. Kemudian menangislah sepuas hati.”

Mimi mendengar dengan tekun. Kepalanya diangguk-anggukkan. Matanya sudah mula berkaca. Air liur ditelan perit. Sebak mendengar cerita dari sahabat dunia akhiratnya itu.

“Mimi, pernah dengar, kan? Antara golongan yang dijanjikan mendapat naungan Arasy Allah di Hari Perhitungan adalah mereka yang menangis kerana takutkan Allah. Cuba fikir balik. Kita ni mudah untuk menangis kerana manusia. Tapi susah untuk menangis kerana Allah. Anggaplah apabila Allah hadirkan rasa sedih, sebenarnya Allah nak beri peluang untuk kita menangis.”

“Maka, gunakan peluang kesedihan yang berlaku dalam hidup kita, dengan mengaitkannya kepada Sang Pencipta. Kemudian menangislah kerana-Nya. Pandai-pandailah mencari kaitannya.”

Terketar-ketar Mimi mengeluarkan suara yang perlahan;

“Subhanallah… Baiknya Allah…”

Pipinya sudah pun mula berlinangan dengan air mata. Terasa syukur dan lega mendengar setiap bait-bait kata yang keluar dari bibir sahabatnya.

Seusai solat Isyak pada malam itu, Mimi lama berteleku di atas tikar sejadah. Sambil bibirnya membaca zikir, sambil matanya menitiskan air mata yang laju mengalir.

Kini tangisannya ditautkan hanya kepada Allah yang Maha Mengetahui segala rasa. Sungguh dia menikmati saat-saat yang dirasakan ini.

Jauh dari dalam hati, dia bersyukur kerana memiliki sahabat yang sudi mengingatkan untuk semakin mendekat kepada Dia, Sang Pencinta.

Kesimpulanya, sesungguhnya, menangis itu satu nikmat. Apabila tangisan itu dijadikan satu bentuk ibadat.

Dari situ, kita akan mendapat ketenangan bercampur kekuatan. Bahkan, kita jadi lebih mudah untuk memaafkan.

Yakinlah. Bila hadirnya fikiran sebegini, hati akan jadi lebih kuat. Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Tentang Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.