Ibadah

Mari Kita Ketahui Apakah Erti Baiah?

Oleh Rizal Alhaj  •  10 Jul 2018  •  2 min baca

Rukun Baiah ialah antara perkara yang wajib diikuti bagi mereka yang telah berbaiah atau melakukan taat setia.

Mengikut Imam As Syahid Hassan Al-Banna, ada 10 rukun baiah yang perlu kita fahami dan selami maksudnya agar kita faham erti sebuah perjuangan.

1- Faham

Kita mesti faham apakah tujuan dan matlamat kita apabila terlibat dalam sesuatu perkara yang memerlukan kita berbaiah.

Bila kita faham maka tidak akan timbul perasaan ragu-ragu untuk meneruskan perjuangan dalam sesuatu pertubuhan.

2- Ikhlas

Ikhlas bermakna kita tidak harus mempertikaikan apa yang perlu kita korbankan dalam jalan perjuangan seperti masa, wang, buah fikiran dan tenaga. Hendaklah kita bergantung kepada Allah S.W.T.

Penglibatan kita dalam menegakkan perjuangan fisabilillah tidak seharusnya kerana mengejar pangkat dan nama.

3- Amal

Bersedia untuk beramal di dalam komuniti masyarakat di sekeliling kita.

4- Jihad

Jihad bukan sahaja berjihad dengan mengangkat senjata, tetapi menentang hawa dan nafsu di dalam diri kita juga adalah perkara jihad yang besar.

5- Pengorbanan

Ia berhubung kait dengan ‘jihad’ dan ‘ikhlas’. Kita harus rela dan sedia berkorban melakukan sesuatu demi menegakkan Panji Islam.

6- Taat

Mentaati kepada perjanjian yang dilafaz, perjuangan yang dibawa, pemimpin yang benar dan selagi mana benar.

7- Tetap / Teguh

Teguh di atas perjuangan / pendirian agama Islam dari segi aqidah, syariat dan amalan.

8- Tajarrud

Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah S.W.T dan segala sikap yang berpihak selain kepada Allah S.W.T.

9- Ukhwah

Persaudaraan di atas dasar Islam. Saling membina kasih sayang di antara satu sama lain agar tidak berpecah belah.

10- Percaya

Percaya di antara satu sama lain di dalam segala gerak perjuangan yang dilaksanakan berteraskan landasan Islam dan juga melahirkan kepercayaan di dalam kepimpinan amal kerana Islam.

Berkasih sayanglah kerana Allah S.W.T.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami