Berita

Larangan Melancong Terhadap Orang Islam? Tidak Ada Amerika Tanpa Islam Atau Orang Islam

Oleh Tim Tazkirah  •  10 Jul 2018  •  5 min baca

Saya seorang Islam Amerika, dan sama seperti beribu-ribu keluarga Islam-Amerika yang lain, keluarga saya telah berada di Amerika lebih dari 10 generasi. Saya juga salah seorang dari sepuluh ribu veteran tentera Islam Amerika.

Saya berbangga berkhidmat dalam Tentera Laut A.S., dianugerahkan dua pingat Pencapaian Tentera Laut dan Pasukan Marin semasa berkhidmat di luar negara. Sama seperti anggota-anggota perkhidmatan yang lain, saya bersumpah untuk mendukung perlembagaan kita.

Bagi mempertahankan perlembagaan kita dan janji kebebasan beragama menyebabkan saya turut serta bersama-sama beberapa rakyat Islam-Amerika menyaman Presiden Donald Trump beberapa hari selepas dia mengeluarkan perintah ekskutif yang pertama melarang orang Islam pada Januari 2017 kerana ia tidak berperlembagaan dan diskriminasi.

Tuntutan kami, sama seperti tuntutan mereka yang lain terhadap larangan ke atas orang Islam, adalah mengenai kebebasan beragama untuk semua orang.

Larangan Trump terhadap orang Islam adalah jelas bertujuan untuk menghalang orang Islam dari Amerika Syarikat. Sesungguhnya, mesej yang mendasari larangan terhadap orang Islam yang ketiga sama seperti larangan orang Islam yang asal; menunjukkan orang Islam kurang (semangat patriotisma) Amerika berbanding dengan masyarakat agama lain.

Walau bagaimanapun, sebagai salah seorang berjuta-juta orang Islam Afrika-Amerika yang nenek moyangnya dibawa ke pantai kita berabad-abad dahulu, saya tahu ini bukan sahaja disebabkan oleh kejahatan dan kebencian tetapi juga kejahilan dalam asas sejarah Amerika.

Amerika tidak pernah ada tanpa Islam dan orang Islam. Islam berakar umbi di Amerika sejak dari awal kewujudannya. Orang Islam merupakan penduduk peribumi dalam kisah Amerika. Orang Islam Amerika telah membantu membina negara kita dan menjadi sebahagian dari Amerika sejak ia menjadi sebuah negara.

Sebanyak 30 peratus orang hamba Afrika dibawa ke pantai ini semasa perdagangan hamba rentas Atlantik – dilarang untuk mengamalkan ajaran Islam oleh tuan punya hamba. Hari ini berjuta-juta orang Islam merupakan keturunan mereka yang dibawa ke sini dalam perhambaan berabad-abad yang lalu.

Walaupun begitu, media arus perdana dan media hiburan, bertahun-tahun telah menggambarkan orang Islam Amerika secara sedar sebagai orang luar berbanding Islam dan orang Islam sebagai sejarah Amerika.

Kini Trump cuba untuk mengeksploitasikan salah faham ini dan terus memberikan gambaran yang salah semasa mempromosikan larangan terhadap orang Islam.

Minggu ini Mahkamah Agung telah menutup mata terhadap ketaksuban pentadbiran Trump secara terang-terangan. Keputusan ini memberi kesan terhadap agama dan diskriminasi etnik yang bercanggah dengan prinsip-prinsip yang negara kita inginkan.

Seharusnya Mahkamah Agung memperkukuhkan bahawa Amerika mengalu-alukan orang tanpa mengira di mana mereka lahir, apa paras muka mereka atau bagaimana mereka sembahyang, ia telah membenarkan larangan ini, didorong oleh sentimen anti-Islam.

Sebelum ini, Mahkamah Agung pernah tersalah membuat keputusan, mahkamah Robert turut serta dalam keputusan yang sedih ini.

Dalam kes Dred Scott, mahkamah berpihak kepada perhambaan, dan dalam kes Korematsu, mahkamah membenarkan penahanan beribu-ribu rakyat Amerika dan keluarga dan anak-anak mereka kerana berketurunan Jepun.

Dalam kes larangan orang Islam, Trump v. Hawaii, Trump telah menetapkan larangan terhadap keluarga orang Islam, dan badan kehakiman tertinggi kita telah membernarkannya berlaku, memperkasakan presiden dan pentadbiran masa hadapan untuk mendiskriminasi berdasarkan fahaman agama.

Keputusan minggu ini telah menyerang komuniti dan membuka pintu untuk kerajaan dan mahkamah membenarkan diskriminasi terhadap etnik lain dan kumpulan agama.

Larangan terhadap orang Islam bukan hanya menafikan visa kepada rakyat dari beberapa negara yang majoritinya Islam yang tertentu. Mereka juga mengambil hak perlembagaan warganegara Amerika, termasuk mereka yang nenek moyangnya telah berada di Amerika berabad-abad lamanya.

Dengan kata-kata dan tindakannya, presiden telah menghantar mesej kepada masyarakat Islam Amerika bahawa mereka kurang disukai oleh kerajaan persekutuan berbanding orang Amerika yang berlainan agama.

Ini adalah jelas berlakunya perlanggaran terhadap klausa kewujudan Perlembagaan Amerika.

Ketaksuban terhadap mesej yang dihantar oleh presiden menyebabkan keluarga dan anak-anak Islam Amerika, termasuk mereka yang dianggap sebagai Islam, telah menjadi sasaran peningkatan serangan kebencian dan diskriminasi.

Perlembagaan kita bermula dengan prinsip kebebasan beragama, yang mana, sebagai sebuah negara, kita terus berusaha untuk memastikan prinsip asas ini menjadi kenyataan.

Tidak ada seorang pun yang harus takut mengenai keselamatan mereka hanya kerana disebabkan waarna kulit mereka atau cara mereka bersembahyang.

Oleh sebab kita tidak ada kuasa menentukan bagaimana mereka harus sembahyang, kita tidak melarang orang ramai hanya kerana agamanya. Memburuk-burukan kumpulan manusia berdasarkan bagaimana mereka menyembah tuhan adalah satu kesalahan pada asasnya.

Kita akan terus berjuang untuk keluarga Islam dan komuniti, untuk meneruskan tindakan undang-undang bagi orang yang terkesan menuntut agar penggubal undag-undang mengambil tindakan untuk menghentikan larangan terhadap orang Islam.

Paling penting, kami akan terus menganjurkan, menggerakkan dan mempertahankan komuniti orang Islam dari polisi-polisi yang taksub sama ada disahkan atau tidak oleh Mahkamah Agung.

Saya meminta kepada orang Amerika yang berfikiran adil dari semua agama agar turut serta dalam perjuangan ini untuk berkongsi nilai-nilai kebersamaan dengan menulis e-mel kepada editor akhbar tempatan bercerita mengenai jiran Islam anda dan menghubungi ahli Dewan Perwakilan Rakyat kita untuk bersama-sama menaja H.R. 4271 oleh Perwakilan Judy Chu (D-Calif), dan ahli Senat A.S. untuk bersama-sama S.1979, oleh Senator Chris Murphy (D-Conn.), untuk menghalang pelaksanaan larangan terhadap orang Islam.

Penulis: Dawud Walid / Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: The Root
Kredit Gambar: IStock


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami