Berita

Komuniti Islam (UK) Mengadakan Iftar Terbuka Untuk Orang Ramai Di Seluruh UK

Oleh Tim Tazkirah  •  29 May 2018  •  2 min baca

LONDON- Projek Khemah Ramadan di sini telah mengadakan acara tahunan Majlis Iftar Terbuka pada hari Rabu (23 Mei 2018) yang menyediakan juadah berbuka percuma untuk orang ramai dan sebagai satu cara untuk menyatukan orang Islam dan bukan Islam dari segenap lapisan masyarakat.

Pengasas projek ini, Omar Salha, memulakan acara dengan mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.

Saya sangat berbesar hati menerima kehadiran anda semua di sini pada malam ini. Adalah menjadi satu penghormatan kepada kami untuk mengadakan majlis seperti ini, yang dapat merapatkan persaudaraan kita semua pada bulan Ramadan yang mulia ini”.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Harun Khan, setiausaha agung Majlis Islam Britain.

Ini adalah kali pertama saya menghadiri Projek Khemah Ramadhan, dan saya telah mendengar banyak cerita yang hebat. Mereka melakukan kerja dengan sangat hebat. Ini adalah satu peluang keemasan untuk saya berada di sini dan turut menyertai kamu semua pada malam ini. Saya benar-benar berharap kamu semua dapat menikmatinya”, kata beliau.

Projek Khemah Ramadan, yang diasaskan di United Kingdom pada 2013, adalah merupakan satu organisasi sosial yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada golongan belia dan komuniti yang lebih meluas dengan menawarkan ruang kerohanian, dialog dan program pengukuhan, memetik kenyataan di laman webnya.

Projek Khemah Ramadan bermula dengan usaha komuniti yang menjemput semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kepercayaan mereka untuk sama-sama berbuka puasa pada bulan Ramadan, kata kenyataan tersebut, dengan menambah lagi, bahawa “program ini membayangkan dunia di mana semua komuniti disatukan melalui semangat Ramadan di sepanjang tahun”.

Usaha untuk mengadakan Majlis Iftar Terbuka ini merupakan acara perdana Projek Khemah Ramadan dan merupakan komuniti global pertama yang mengadakan majlis yang serupa untuk orang Islam dan bukan Islam di tujuh bandaraya dan empat benua.

Iftar ini memberikan peluang yang baik untuk kita datang dan mengenali antara satu sama lain”, kata seorang tetamu kepada Anadolu Agency. “Lebih dari memberikan juadah percuma, iftar ini membolehkan kami berkenalan antara satu sama lain, dan inilah sebenarnya yang kita perlukan”.

Pada 2016, usaha ini telah disenarai pendek sebagai 50 Pertubuhan Muslim Global Baru Paling Inovatif dan telah menarik perhatian ramai golongan profesional dari pelbagai latar belakang.

Majlis Iftar Terbuka ini juga akan turut diadakan di bandar-bandar lain seluruh United Kingdom seperti Bradford, Manchester, Birmingham dan Leicester. Ia juga telah diadakan di Portland, Amerika Syarikat dan Istanbul, Turki.

Penulis: Muhammad Mussa / Penterjemah: Nordiana Ali / Sumber: Anadolu Agency

Kredit Gambar: Ahmet Gürhan Kartal – Anadolu Agency


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami