Inspirasi

Kisah Penterjemah Kalam Allah Dan Rasul

Oleh Hazri Abdullah  •  3 Jan 2018  •  4 min baca

Hari ini ustaz saya menceritakan ketika beliau belajar di Madinah, beliau mengenali seorang doktor perubatan yang bernama Muhsin Khan.

Muhsin Khan merupakan seorang pakar bedah dari Afghanistan dan bertugas di salah sebuah hospital di Arab Saudi ketika itu.

Ustaz mengatakan yang Muhsin Khan sendiri pernah bercerita kepadanya bahawa beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam mimpi itu, Muhsin Khan melihat seorang lelaki dihadapannya. Lalu beliau mendekati lelaki itu yang dalam keadaan berpeluh di dahinya.

Kata ustaz dalam keadaan bercerita, peluh lelaki tersebut masuk ke dalam mulut Muhsin Khan lantas beliau tersedar dari tidur.

Selepas itu, Muhsin Khan pergi berjumpa dengar para ulama untuk bertanyakan takwil mimpinya itu dan antara ulama yang dikunjunginya adalah syeikh Ibnu Baz(beliau merupakan bekas mufti Arab Saudi).

Para ulama itu bertanya bagaimana sifat lelaki yang didakwa Nabi itu? lalu Muhsin Khan menyifatkan fizikal lelaki tersebut. Semua ulama yang dikunjunginya itu mengatakan Wallahua’lam. Tidak seorang pun yang memberitahunya tentang takwil mimpi tersebut.

Beliau berterusan mencari seseorang yang boleh mengkhabarkan kepadanya tentang takwil mimpi tersebut. Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang ulama.

Ulama itu bertanya kepada Muhsin Khan bagaimanakah mimpi itu? Muhsin Khan menyebut bahawa peluh lelaki yang dilihatnya dalam mimpi tersebut memasuki mulutnya.

Lantas ulama itu memberitahu Muhsin Khan bahawa sesiapa yang meminum darah Nabi, orang itu akan mati syahid dan sesiapa yang minum peluh baginda maka dia akan menulis kalam Nabi. (Walluhua’lam ini hanyalah cerita yang diceritakan oleh Muhsin Khan sendiri kepada ustaz saya)

Muhsin Khan mengatakan kepada ulama itu bagaimana mungkin perkara itu akan terjadi sedangkan dirinya hanyalah seorang lelaki biasa dan pemahamannya tentang agama amatlah sedikit lebih-lebih lagi beliau juga hamba yang berdosa.

Ulama itu menyarankan supaya Muhsin Khan mempelajari agama secara mendalam dan menterjemahkan hadith-hadith Nabi S.A.W ke dalam bahasa Inggeris.

Untuk makluman semua, Muhsin Khan adalah seorang yang mahir dalam bahasa Inggeris kerana beliau juga pernah bertugas di England dan mempelajarinya ketika berada disana.

Selepas detik itu, Muhsin Khan pergi ke hospital tempatnya bertugas untuk memaklumkan yang beliau akan berhenti kerja hari itu juga. Kemudian, beliau mempelajari agama secara mendalam dalam tempoh 2 tahun di Arab Saudi.

Selepas tempoh itu, beliau menterjemahkan kitab Sahih Bukhari ke dalam bahasa Inggeris yang megambil masa 2 tahun (lebih kurang) untuk disiapkan lalu menyerahkan terjemahannya dan kitab asal Sahih Bukhari kepada Syeikh Ibnu Baz.

Syeikh Ibnu Baz menyerahkan terjemahannya itu kepada seseorang yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk meneliti terjemahan yang dilakukan oleh Muhsin Khan.

Terjemahan itu tidak mengembirakan orang yang menelitinya dan orang itu mengatakan bahawa terjemahan Muhsin Khan hanyalah terjemahan secara literal tanpa makna. Kemudian, Muhsin Khan disuruh menterjemahkan sekali lagi kitab Sahih Bukhari itu.

Muhsin Khan melakukan terjemahan kitab Sahih Bukhari untuk kali yang ke-2 dengan teliti sambil memantapkan lagi ilmu yang sedia ada dan beliau mengambil tempoh 25 tahun untuk menyiapkan terjemahan itu sehinggalah ianya dicetak di Riyadh Arab Saudi.

Hari ini, terjemahan kitab Sahih Bukhari itu telah tersebar ke serata tempat dan beliau juga melakukan terjemahan Al-Quran bersama dengan Dr Muhammad Taqi ad-Din al-Hilali PHD(Berlin). Antara terjemahan Al-Quran yang terbaik dalam bahasa Inggeris ialah terjemahan mereka berdua.

Kesimpulannya, setiap orang yang Allah inginkan kebaikan padanya nescaya akan dikurniakan kefahaman agama pada orang itu.

Walaupun Muhsin Khan atau nama penuhnya Dr. Muhammad Muhsin Khan yang pada asalnya hanyalah seorang yang bekerja di hospital dan tidak mempunyai kefahaman agama yang mendalam seperti penuntut ilmu di bidang agama.

Namun, pada hari ini beliau merupakan seorang penterjemah kalam Allah dan kalam Nabi Muhamad S.A.W ke dalam bahasa Inggeris dan ini membuktikan mimpi yang dilihatnya itu.

Mimpi atau apa jua sekalipun hanyalah mainan tidur yang jarang sekali boleh dipercayai. Walaupun Muhsin Khan bermimpi demikian, beliau bukan hanya berpeluk tubuh dan tidak melakukan sebarang usaha bahkan beliau berterusan menuntut ilmu sehinggalah menguasainya


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Hazri Abdullah

Hazri Abdullah

Berumur 21 tahun. Sekarang sedang mempelajari Bahasa Arab di Kelantan dan mengajarkannya juga secara sambilan. Fokus utama saya adalah Bahasa Arab dan saya juga amat meminati bidang penulisan

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami