Keluarga

Kisah Mencari Jalan Keluar Daripada Kebuntuan

Oleh Ebit Liew  •  5 Jan 2018  •  2 min baca

Sebak dengar kisah hadiah daripada Allah, setelah melalui kesusahan itu ada rahmat Allah. Seorang abang jumpa saya dan mengadu;

“Ustaz, saya dah buat semua usaha. Belajar pun merata nak bagi rezeki melimpah ruah. Iklan pun dah macam-macam. Siang malam fikir dan buat. Saya dah rasa putus asa. Takut nak cakap. Tapi itulah yang saya rasa sekarang. Keluarga pun jadi masalah. Dengan isteri pun macam-macam masalah.”

Doa pun dah berdoa rasanya. Sedekah pun dah rasanya. Saya dah tak larat sangat ustaz, tolonglah saya ustaz. Jumpa ustaz ni pun jalan akhir dah rasa, tolonglah saya.

Saya mengatakan kepadanya dengan yakin. Masalah abang dah selesai. Insyaa Allah.

Macam mana tu ustaz?

Begini seluruh masalah hidup dekat sahaja jalan penyelesainya. Dahi kita sujud pada Allah. Ramai orang tahu tapi terlupa dan tidak mahu berusaha perbaiki dan jaga solat. Jaga solat dan solat awal waktu dan solat di surau atau masjid.

Sebelum pergi ke tempat kerja atau nak buat apa-apa walau cuma meeting biasa. Solat 2 rakaat minta pada Allah. Baca Laailaha illa anta subhnaka inni kuntu minazzolimin 300x setiap hari. Baca ayat Surah an Namlu ayat 62. Lepas tu merintihlah berdoa apa sahaja pada Allah.

Kedua selalu belai dan peluk isteri. Picit kaki mak ayah kita. Sayangi isteri. Jangan sakitinya. Hargainya. Setelah buat itu baru abang jumpa saya. Ceritakan keajaiban doa dan macam mana Allah selesaikan semuanya untuk abang.

Tak lama abang tu jumpa saya. Dalam 3 bulan selepas itu dah lama tak jumpa. Beliau menghampiri saya dan berkata;

Ustaz, masalah saya semuanya dah selesai, selepas saya buat pesanan ustaz. Allah beri rezeki yang tidak sangka-sangka. Dari jalan tidak pernah saya duga. Alhamdulillah, Allah beri taklah kaya tapi dapat bantu ramai orang dengan izin Allah. Betul-betul Allah bukakan macam-macam nikmatnya. Amalan yang ustaz berikan itu betul, langsung tidak salah. Tapi kita malas. Kita suka cari orang dan habiskan duit tetapi lupa cari Allah. Dialah Raja kepada semua raja. Dialah pemilik dan pemberi rezeki. Yang jaga segalanya.

Abang tadi menangis dan menyambung bicaranya kembali;

Baiknya Allah. Saya yang degil tidak mahu cari Allah. Lupa jaga solat awal waktu. Lupa sebelum buat apa-apa ingat Allah minta pada dia. Lupa hargai keluarga saya.

Saya membalas dengan tenang;

Betul abang. Allah Maha Baik. Dialah Ar Rahman dan Ar Rahim.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami