Sepasang suami isteri jumpa saya. Minta tolong dengan saya. Anak pertama mereka selalu menyakat adiknya. Asyik bergaduh. Dia macam tidak berpuas hati dengan adiknya. Macam musuh dah.

Apa saya boleh buat ustaz. Tolong saya, lain betul perangainya. Dia selalu sakit hati je dengan adiknya.

Banyak kali kes macam ni kak. Anak besar rasa ibubapa dah tak sayang padanya. Bila adik dia ambil barangnya. Kita suruh dia mengalah. Dia tak mengalah kita marah.

Bila adik main, kita suruh dia teman. Bila adik menangis dia kena marah. Adik cubit dia. Dia belum balas. Baru nak balas, dah kena marah.

Dia tidak mahu bermain dengan adik, dia kena marah juga. Akhirnya dia berdendam dengan adiknya, sebab adik dia, dia menjadi mangsa kena marah. Sebab itu kita kena bersikap lebih adil.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Abang akak ingat lagi tak masa dapat anak pertama. Saya boleh ingat setiap saat, masa bidadari saya tiba-tiba mesej maklumkan dia sudah di hospital.

Terus saya ketika itu tengah ada kerja, bergegas balik rumah. Jauh juga dari pejabat. Sepanjang jalan berdoa supaya semuanya selamat.

Saya berdoa Ya Allah selamatkanlah bidadari saya. Selamatkanlah anak saya. Mudahkanlah segala urusan, macam-macam doa dan ayat al Quran saya baca.

Bila sampai sahaja di hospital, terus saya pegang tangan bidadari saya. Saya usap dahinya, sambil berdoa.

“Ya Allah, Ya Allah inilah bidadariku yang baik. Betapa diriku sayang padanya. Sayangilah dirinya. Berkatkanlah, mudahkanlah dan selamatkanlah.

Kadang-kadang bidadari saya sakit yang amat. Kami sama-sama baca ‘lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.’

Banyak kali kami zikir dan doa lain juga. Sampailah saat paling sakit. Ya Allah, melihat kesakitan isteri saya buat kali pertama nak melahirkan. Rasa tidak mahu dia bersalin lagi.

Kasihan sangat. Ya Allah, susah nak keluar masa tu. Doktor kata, kalau tak push kuat-kuat kena operate.

Seorang tekan dekat atas perut. Bila baby keluar diam. Tak bunyi. Doktor macam panik. Isteri salam saya dan dia bertanya;

“Abang kenapa anak kita senyap je.”

Dia menangis dan minta maaf. Dia pengsan. Selepas dia sedar dapat tengok baby. Menangis tapi lambat. Dia terus dakap dan cuba susukan baby.

Saya sepanjang malam menangis berdoa. Sebak, sedih dan terasa begitu sekali sakit seorang ibu melahirkan anak.

Teringat pengorbanan mak saya. Ingat dosa saya pada mak. Teringat pengorbanan isteri dan teringat salah saya padanya. Kurangnya diri saya sebagai suami.

Hanya ingat Ar Rahman Ar Rahim Allah. Yang meletakkan rasa cinta dalam hati seorang ibu dan seorang isteri.

Sebab itu teramat besar dosa menyakitkan hati wanita. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Begitu tinggi dan indahnya cintaMu. Rindu kepada rasa cinta itu. Cinta yang hakiki. Cinta yang sebenarnya.

Malam tadi sebelum subuh saya peluk anak-anak. Cinta sayang pada anak-anak kerana Allah.

Ya Allah, saya lihat kakak dan abang tadi menangis. Baru sedar semuanya kerana kurangnya rasa syukur kita pada Allah.

Kurangnya kesedaran dalam diri kita sebagai ibubapa dan kurangnya rasa kehambaan dalam diri kita ini.

Artikel Berkaitan;
Kepada Ibu Bapa Jangan Sesekali Membeza-bezakan Anak!
Apakah Penyelesaian Jika Anak Anda Tidak Mahu Berkongsi Barang Miliknya?

Tentang Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.