#1 – Apa Itu Solat Hajat?

Solat Hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah s.w.t. Solat ini dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah s.w.t dalam meminta sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak diingini.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah s.w.t atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwudhuk dengan sebaik-baiknya kemudia dia bersolat dua rakaat.”Riwayat at-Tarmizi

#2 – Bilakah Masa Yang Lebih Afdal?

Solat sunat Hajat boleh dilakukan bila-bila masa, pada siang hari ataupun pada waktu malam.

Lebih afdal sekiranya solat bersendirian sewaktu suasana sunyi pada sepertiga malam, kerana lebih khusyuk dan waktu yang mudah dimakbulkan doa oleh Allah s.w.t.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Sekiranya mahu didirikan selepas dari tidur pada waktu malam, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu, kemudian berwuduk dan pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.

Alhakim berkata;

“Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”

Namun, lebih baik lagi jika didirikan solat sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan solat sunat Hajat.

#3 – Didirikan Secara Berjemaah Atau Sendirian?

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah. Iaitu didirikan secara bersendirian dengan niat dan mendoakan hajat yang didingini, ataupun secara berjemaah jika mempunyai niat yang sama.

#4 – Solat Sunat Hajat Ada Berapa Rakaat?

Jumlah rakaat yang dilakukan adalah antara 2 secara minimumnya, dan maksimumnya adalah 12 rakaat. Namun terpulang kepada diri masing-masing untuk mendirikannya sebanyak beberapa pun pada satu-satu masa.

#5 – Bagaimana Cara Melakukan Solat Hajat?

#1. Niat
Contoh lafaz niat bagi solat sunat hajat adalah seperti berikut;

“Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala.”

#2. Rakaat Pertama: Baca surah al-Fatihah (satu kali), diikuti surah al-Kafirun atau ayat Kursi (satu atau 10 kali)
#3. Rakaat kedua: Baca surah al-Fatihah (satu kali), diikuti surah al-Ikhlas (satu kali atau 10 kali).
#4. Selepas memberi salam, bacalah doa solat hajat.
#5. Pohonlah apa yang dihajati.
#6. Akhiri dengan selawat dan zikir.

#6 – Kelebihan Mendirikan Solat Hajat

#1. Mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
#2. Menambah pengharapan pada Allah.
#3. Menenangkan hati.
#4. Menambah sifat ikhlas dengan ketentuan Allah.
#5. Doa dimakbulkan Allah s.w.t.

Tentang Rabiatul Adaweeyah

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.