Karier

Oleh Tim Tazkirah, Pada 12 Sep 2014

Kami berhasrat untuk membangunkan satu organisasi yang sentiasa berimpian dan berusaha untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tazkirah.net adalah platform yang tepat untuk kita sama-sama meyumbangkan tenaga, kemahiran dan kepakaran untuk membangunkan, mendidik dan memandaikan masyarakat Islam Malaysia.

Jika anda percaya dengan visi dan misi kami, maka anda boleh bersama-sama kami untuk merealisasikannya.

Editor

Editor akan bertanggungjawab untuk melakukan penyuntingan ejaan, struktur ayat dan sebagainya terhadap artikel yang disumbangkan oleh para penulis. Mempunyai pengetahuan agama Islam yang mendalam adalah satu kelebihan.

Kemahiran yang diperlukan:

(1) Boleh menulis dan membaca Bahasa Melayu yang baik.
(2) Biasa menggunakan Content Management System (CMS) WordPress.
(3) Teliti, kreatif dan tekun bekerja.

Status: Sepenuh Masa / Separuh Masa / Freelance / Internship

Pembangun Laman Web

Pembangun laman web bertanggungjawab untuk membuat penambahbaikkan terhadap platform Tazkirah.net dengan pengetahuan ‘user interface‘ dan ‘user experience‘ agar menjadi satu laman web yang mesra bagi para penulis dan pelawat yang mencari bahan tazkirah.

Kemahiran yang diperlukan:

(1) Mahir dengan HTML/CSS.
(2) Mahir dengan Adobe Photoshop/Illustrator.
(3) Mahir dengan struktur WordPress.
(4) Boleh menggunakan jQuery & Java Script.
(5) Mempunyai pengetahuan mengenai ‘user interface’ dan ‘user experience’.

Status: Separuh Masa / Freelance

Penulis

Menghasilkan pelbagai artikel tazkirah yang menarik dan berinformasi secara konsisten mengikut KPI yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Kemahiran yang diperlukan:

(1) Boleh menulis dan membaca Bahasa Melayu yang baik.
(2) Mempunyai ekspresi idea yang menarik.
(3) Teliti, kreatif dan tekun bekerja.

Status: Separuh Masa / Freelance / Internship

Cara Memohon

Jika berminat, hantarkan permohonan anda berserta maklumat lengkap (resume) ke [email protected] dan nyatakan kenapa anda adalah orang yang layak untuk kami pilih. Bayaran adalah bergantung kepada pengalaman, hasil kerja anda dan persetujuan bersama.