Keluarga

Isteri Sayap Kiri Perjuangan

Oleh Ebit Liew  •  21 Feb 2018  •  2 min baca

Saya sampai rumah tepat jam 4 pagi. Bidadari saya belum tidur, setia menunggu saya. Katanya;

Abang, saya risaukan abang jadinya tidak boleh tidur dan rindu abang.”

Saya berbicara;

“Abang pun rindu bidadari sayang abang. Betul-betul rindu. Tadi abang doa dengan jemaah dekat Pekan Nanas Johor. Teringat wajah sayang yang indah, lembut dan menyejukkan. Ya Allah, betapa diriku mencintai dan sayang akan bidadariku. Betapa baik dirinya. Ampunkan dosaku dalam membimbing dan menyayanginya. Terlalu sempurna dirinya buat diriku. Ya Allah, sayangilah bidadariku. Berilah dirinya kesihatan dan kekuatan dalam bersama perjuangan agama ini.”

Saya tanya bidadari saya buat apa sambil tunggu. Beliau menjawab;

“Sayang, doa Ya Allah kerana agama Mu kami berjauhan. Jadikanlah asbab kami dapat bersama di dunia dan bersama dalam syurga.”

Abang, sayang tak boleh tidur. Fikir di manalah anak-anak tu semua tidur. Anak-anak yang abang jumpa tu. Abang pergilah tengok anak-anak tu. Cari mereka dan bawa 3 hari belajar iman. Hidupkan amal masjid, nanti apa kita nak jawab pada Allah. Apa nak jawab pada Nabi S.A.W. Sedang kita tidur lena ada ribuan anak muda sedang hanyut dalam kelalaian dulu Nabi S.A.W habiskan waktu malam dengan menangis.”

Air mata saya mengalir. Suka dengar beliau risau mengenai agama. Kami tidak tidur sambil tunggu Subuh, risau tidak terjaga pula.

Benarlah Ya Allah, pelukan isteri menjadi ubat segala kesedihan. Hilang segala demam dan sakit. Hilang segala keresahan. Rasa tenang dan bahagia.

Kata bidadari saya;

“Abang, dulu Nabi S.A.W setiap hari menangis untuk kita. Khadijah R.A setiap hari menangis dan berjuang untuk kita semua. Beliau wanita paling kaya, namun meninggal dengan baju bertampal. Semoga Allah temukan semua wanita dalam hidup saya dengan Khadijah R.A.”

Ya Allah inilah bidadariku. Terima kasIh Ya Allah pinjamkan dirinya. Sayangilah dirinya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami