Tiada hidup tanpa khilaf dan dosa. Bulan yang penuh kerahmatan dan keampunan telah datang kembali. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk melalui dan meraih keberkatan yang terkandung di dalamnya.

Mari semak kembali apa yang perlu kita tahu mengenai bulan suci ini;

#1 – Apa Itu Ramadan?

Ramadan ialah bulan ke-9 dalam kalendar Hijrah Islam dan dikenali sebagai ‘bulan puasa’. Bilangan harinya dalam sebulan antara 29 atau 30 hari.

#2 – Apa Yang Penting Mengenai Ramadan?

Allah s.w.t menganugerahkan rahmat kepada seluruh umat manusia dalam bulan Ramadan, antaranya;

#1. Diturunkan Al-Quran pada 17 Ramahan;

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

“Ramadhan adalah (bulan) yang diturunkan Al-Quran padanya, sebagai petunjuk kepada manusia…”Surah Al-Baqarah:185

#2. Adanya malam Al-Qadar;

“Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”Surah Al-Qadr:3

#3 – Apa Itu Puasa?

Puasa adalah menahan diri daripada makan, minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

#4 – Siapa Yang Perlu Berpuasa Dalam Bulan Ramadan?

Semua umat Islam sama ada lelaki dan perempuan, yang berakal dan baligh. Bagi mereka yang tidak berpuasa dan tidak mempunyai alasan kukuh, hendaklah menggantikan puasa tersebut pada hari lain.

Adapun, bagi mereka yang tidak mampu berpuasa sepanjang hidupnya, maka hendaklah membayar fidyah.

#5 – Mengapa Kita Perlu Berpuasa?

Islam itu terdiri daripada 5 rukun dan berpuasa di bulan Ramadan adalah salah satu darinya. Dalam Al-Quran, perintah ini sudah termaktub dalam surah Al-Baqarah, ayat 183.

#6 – Apakah Perkara Wajib Yang Perlu Dilakukan Semasa Ramadan?

#1. Niat. Niat untuk berpuasa pada bulan Ramadan mesti dibuat pada waktu malam, sebelum fajar hari untuk berpuasa.

“Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.”

#2. Perbuatan. Kita mesti menahan diri daripada semua perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

#7 – Apakah Perkara Sunnah Yang Digalakkan Ketika Ramadan?

#1. Solat Sunat Terawikh
#2. Solat Sunat Witir
#3. Solat Sunat Tahajjud
#4. Bersahur
#5. Minum Air Dan Makan Kurma

#8 – Apakah Perkara Lain Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Ramadan?

#1. Membaca Al-Quran
#2. Berzikir (Berselawat, Beristighfar dan lain-lain)
#3. Bersedekah
#4. Menunaikan Zakat

#9 – Apakah Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadan?

Banyak kelebihan yang boleh kita dapati dengan berpuasa di bulan Ramadan, antaranya;

#1. Berpuasa mendidik diri kita untuk menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t.
#2. Kita dapat belajar menghargai atau mensyukuri setiap pemberian-Nya.
#3. Mendidik hati kita untuk berasa simpati kepada mereka yang kelaparan dan memerlukan.
#4. Ramadhan memberi peluang kepada kita untuk mengubah tabiat kebiasaan yang kurang baik, seperti merokok atau melepak.

“Dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Tuhannya.”Hadis Sahih Bukhari

#10 – Apa Yang Berlaku Setelah Habisnya Ramadan?

Setelah habisnya Ramadan, umat Islam akan menyambut Eidulfitri pada bulan Syawal iaitu hari kemenangan atau hari kegembiraan setelah kita berjaya menempuhi fasa ujian berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan.

Moga perkongsian ini memberi manfaat walau sedikit. Wallahua’alam.

“Bulan Ramadan adalah ‘sekolah kehidupan’ yang melahirkan peningkatan kualiti iman, ibadah dan akhlak.”

Tentang Marina

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.