Hutang bukan setakat PTPTN, hutang bank, loan kereta & pinjaman along.

Sebenarnya kita ada ‘hutang’ yang patut diselesaikan setiap hari iaitu hutang nikmat.

Apakah Hutang Nikmat?

Tuhan dengan sifat kasih-sayangNya telah melengkapkan kita dengan peralatan terbaik iaitu tubuh-badan. Tetapi ia bukan diberikan secara percuma tanpa apa-apa bayaran.

Ada amanah yang perlu dilaksanakan. Ada ‘bayaran’ yang perlu dilunaskan dalam bentuk sedekah.

Sudah pasti sedekah yang perlu dilunaskan ini mahal sebab nikmat yang diberi pinjam amat berkualiti tinggi. Tubuh-badan kita ini harga sewaannya bukan pada tahap ‘kancil’ tetapi bak menyewa kereta ‘porshe’.

Itulah anologinya.

Maksudnya, kita sebenarnya tidak mampu pun hendak ‘bayar’ yurannya. Tetapi Tuhankan Maha Pengasih? Dia berikan benda berkualiti tapi Dia cuma minta kita dalam bayar minimum.

Seolahnya kita diberi pinjam Porshe tapi Dia minta kita bayar seringgit sahaja setiap hari.

Bolehkah anda bayar ‘seringgit’ itu sebagai tanda syukur dan terima kasih kepadanya?

Maka, inilah cara bayaran ‘seringgit’ atas nikmat anggota badan berharga ‘sejuta’ – ‘bayar sedekah’ dengan laksanakan solat Dhuha.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Setiap tulang dan sendi anggota badanmu ada sedekahnyaa, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap amar ma’ruf adalah sedekah dan setiap nahi munkar adalah sedekah.

Maka, yang dapat mencukupi hal itu hanyalah dua raka’at yang dilakukannya dalam solat Dhuha.”

HR.Ahmad, Muslim dan Abu Daud

Benarlah dari sudut fekahnya, solat Dhuha hukumnya sunat. Tapi saya ajari diri,saya perlu ‘wajib’kan solat Dhuha untuk tunjukkan kepada Tuhan rasa terima kasih.

Dan selalunya Tuhan amat menghargai usaha kecil kita. Dia akan berikan lagi nikmat lebih besar berjuta-juta apabila hambanya mula belajar bersyukur, mula belajar menghargai.

Itulah formula berinteraksi denganNya. Itulah juga formula untuk kita mudah jalani hidup lancar, bahagia dan diberkati iaitu :

The more you give, the more you get back from Him (Allah s.w.t).

Jom, jangan tinggal solat Dhuha.

Tentang Ustaz Asraff Ayob

Ustaz Asraff Ayob

Beliau merupakan pengasas kepada Kaedah Jibril. Kaedah Jibril adalah kaedah yang berkongsikan tentang teknik sistematik untuk menghafal Al-Quran. Kaedah Jibril telah diketengahkan kepada masyarakat melalui seminar-seminar di seluruh pelusok negara. Lebih dari 5,000 orang telah menyertainya.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.