Tokoh

Imam Ahmad Hidup Serba Sederhana Walaupun Terkenal Di Mata Masyarakat

Oleh Marina  •  18 Aug 2017  •  2 min baca

Imam Ahmad bin Hanbal merupakan salah seorang ulama mazhab yang empat dan pengasas bagi mazhab Hanbali.

Beliau yang faqeh dan alim tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w ini lahir di Baghdad pada bulan Rabiulawal tahun 164H.

Disebabkan ilmu yang ada pada dirinya, beliau sentiasa menjadi perhatian dan rujukan masyarakat.

Namun begitu, hal tersebut langsung tidak membuatkan dirinya untuk bermegah-megah. Bahkan, beliau lebih ‘menundukkan’ dirinya di hadapan Allah s.w.t.

Beliau yang kuat daya ingatannya ini selesa dengan daya hidupnya yang sederhana. Bahkan, pakaian yang saban hari dipakai oleh beliau itu juga penuh dengan tampalan yang dijahit dengan tangannya sendiri dan diperbuat dari kain yang kasar.

Tempat tinggalnya pula diperbuat daripada tanah liat dan hanya mempunyai tiga bilik. Manakala kasut yang dipakainya pula dibuat serta dijahit sendiri.

Dalam bab pemakanan pula, Imam Ahmad bin Hanbal kebiasaannya hanya memakan roti yang disapu dengan minyak zaitun, bahkan beliau lebih kerap berpuasa.

Sekalipun beliau seorang yang sangat dimuliakan dalam kalangan pembesar, hal itu tidak langsung membuatkan dirinya berasa angkuh dan memandang rendah pada yang lain.

Salah satu sikap Imam Ahmad bin Hanbal yang cukup disenangi oleh ramai orang ialah beliau amat menghormati dan merendah diri kepada fakir miskin serta orang-orang yang lemah.

Hidupnya dihabiskan dengan menelaah ilmu sekalipun beliau sudah diangkat menjadi imam mazhab. Beliau juga, mengumpulkan hadis-hadis dari perawi hadis yang sahih.

Salah satu karya beliau yang termasyhur ialah ‘Musnad Ahmad bin Hanbal’ yang terkandung di dalamnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Tanggal 12 Rabiulawwal 241H bersamaan pada hari Jumaat, Imam Ahmad bin Hanbal menghembuskan nafasnya iaitu ketika berusia 77 tahun.

Pada hari kewafatannya, ramai dalam kalangan umat Islam yang turut serta menghantar jenazahnya sehingga mencecah ratusan ribu orang.

Semoga kisah hidupnya ini menjadi contoh dan teladan kepada kita semua agar sentiasa merendah diri kepada sesiapa sahaja. Wallahua’lam.

“Dengan memakan makanan yang halal, hati manusia akan menjadi lembut.”Imam Ahmad bin Hanbal


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami