Imam Abu Hanifah ketika di Kuffah memiliki jiran seorang pemuda tukang kasut. Pemuda itu bekerja sepanjang hari, malam harinya ia baru pulang ke rumah. Dari tempat kerjanya, terkadang ia membawa daging untuk dimasak, kadang pula ikan yang dibawa untuk dipanggang.

Sayangnya, ia seorang yg suka minum minuman keras. Pada satu ketika sedang dia mabuk, tidak sedar ia sering bercakap dengan suara agak kuat.

“Mereka menelantarkanku, tidak tahukah siapa yang mereka sia-siakan. Dialah pemuda yang selalu berjaga di perbatasan di hari-hari yang mencekam.”

(Pemuda ini merasa tidak diperhatikan oleh jiran-jirannya) Ketika mabuk, kata-kata tersebut diulangnya terus menerus sambil minum. Ia tidak sedar bahawa Abu Hanifah tiap hari mendengar dan memperhatikan tingkah pemuda ini.

Suatu malam di saat Abu Hanifah menyelesaikan shalat malamnya, tapi suara pemuda itu tak lagi kedengaran. Beliau pun bergegas mencari dan mengambil tahu kemana pemuda tersebut hilang.

Di tengah jalan ada yang memberi tahu bahawa si pemuda telah ditahan penjaga keselamatan beberapa malam yang lalu untuk dan dimasukkan ke dalam penjara. Syariat Islam diamalkan, bahawa seorang pemabuk akan dikenai hukuman.

Maka esok harinya setelah menyelesaikan Shalat Subuh, beliau naik ke atas keldainya untuk menemui Amirul Mukminin. Saat bertemu dengan Amir, beliau ditanya,

“Ada apa engkau ke sini wahai imam?”

Beliau menjawab,

“Begini Amir, aku punya jiran tukang kasut. Ia ditahan oleh petugas sejak beberapa hari lalu. Aku bermaksud memintamu untuk membebaskannya.”

Sebab diminta oleh seorang ulama yang dipercayai, Amir pun mengabulkannya, tukang kasut itu akhirnya dibebaskan.

Dalam perjalanan pulang Abu Hanifah masih naik keledainya, sedangkan pemuda itu ikut berjalan di belakangnya. Setelah sampai rumah, Abu Hanifah bertanya penuh selidik kepadanya,

“Wahai pemuda, adakah kita membiarkan kamu?”

“Tidak, bahkan kamu menjaga dan memperhatikanku. Terima kasih kerana menjadi jiran yang baik.”

Jawabnya sambil tersenyum malu. Setelah kejadian tersebut, pemuda itupun bertaubat, ia tak lagi minum arak seperti dulu lagi.

Kisah ini disebutkan oleh Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Al-Baghdad. Kisah dakwah dari Imam Abu Hanifah menghadapi seorang pemuda pemabuk menunjukkan hikmah dari Abu Hanifah, kita juga tersenyum mengetahui jawapan pemuda itu.

Tentang Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus (UAI) merupakan seorang penceramah bebas yang berasal dari Terengganu. Penyampaian dan ceramah UIA amat bersahaja dan diselitkan dengan jawapan yang lucu tetapi tepat dan padat dalam loghat pekat Terengganu menjadikan dia penceramah agama yang popular dikalangan masyarakat muda. Orang ramai boleh bertanya soalan secara terus dan dijawab juga secara spontan.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.