Seorang abang datang bertanya kepada saya;

“Betul ke masalah keluarga puncanya dari ketua keluarga? Jika suami baik, tapi isteri degil, tak dengar kata, tak mahu berubah, macam mana ustaz? Siapa sebenarnya yang kena berubah dulu. Siapa yang salah, pening kepala saya fikir. Serabut rasa dan putus asa pun ada.”

Saya memulakan bicara;

“Baru ini abang, masa saya ceramah tengah sebak. Tiba-tiba saya terkejut tengok beberapa anak muda yang saya kali pertama jumpa mereka di Bukit Bintang tengah malam. Datang dan dengar ceramah menangis dan wajah mereka tenang je.”

Habis ceramah mereka datang peluk saya dan kami duduk minum-minum tempat anak muda. Tangan mereka ada kesan tatu. Mereka guna campuran dan saya rasa mereka gunakan asid untuk hilangkan tatu. Ya Allah… pasti teramat sakit.

Salah seorang dari mereka menceritakan pengalaman bahagianya;

“Ustaz, saya baru mula solat bulan Januari baru ini. Kali pertama solat Jumaat selepas remaja dulu. Anak saya dah sekolah tingkatan 1. Isteri saya juga mula solat. Sekarang sebelum azan subuh saya tak bagi isteri dan anak saya tidur. Saya sendiri kejut mereka solat. Mereka asyik menangis. Saya bawa keluarga saya solat di masjid. Pergh gilerr, solat ni memang lain macam rasa dia, sejuk, tenang dan kesannya kehidupan keluarga kami pun jadi tenang.”

Sewaktu kami bersembang, saya lihat meja belakang kami wanita tengah hisap rokok mula berpindah meja lain. Nampak air muka mereka mula berubah.

“Saya yang dengar kisah anak muda tadi mula rasa sebak. 2 dari mereka berhenti belajar masa umur 15 tahun. Pindah Kuala Lumpur buat band geek masa tu. Saya type nama mereka di internet, keluar muka album lama mereka. Rambut semua hijau purple berantai bertatu. Mereka muda lagi. Tapi kini mereka semuanya telah berubah.”

Hari ini mereka anak muda yang kuat berdakwah dan ajak kawan lain. Cerita mereka dulu takut dengar. Merompak. Makan tak bayar dan gengster sana sini. Tapi hidayah Allah sapa yang tahu.

Kini mereka solat di masjid dan buat kerja dakwah. Mereka mula berubah tetapi ramai orang berani marah dan benci mereka. Masa jahat dulu tiada orang berani jumpa mereka. Takut. Tak berani tegur dakwah depan-depan mereka.

“Hari ini mereka iktikaf masjid kena marah. Lagi dahsyat ada yang kata mereka geng agama sesat. Dulu tak solat tak salah tapi bila solat dikatakan sesat. Dulu pakai seluar koyak-koyak tak salah. Bila pakai jubah dah sesat. Dulu ada tatu tak salah bila ada janggut dah dikatakan sesat. Dulu cerita lucah jahat tak salah. Sekarang cakap mengenai Allah Maha Kuasa dan cerita kebesaran Allah dituduh sesat.”

Itulah liku jalan menuju kepada Allah. Usahlah kita pedulikan kata orang. Sebab dia orang pun belum tentu nasib di akhirat ke syurga tanpa hisab. Masing-masing mengharap reda Allah.

Bukan mereka yang bagi kita sesuap nasi. Allah yang jaga kita dari dulu, kini selamanya. Jagalah perintah Allah. Allah jaga kita. Hidup untuk Allah. Siapa nak cakap apa, biar dia orang cakap.

Allah sayang anak-anak muda ini. Hidup ini bukan soal siapa dulu berubah atau tanggungjawab siapa. Tetapi sebenarnya adakah saya sedar saya ini dihantar oleh Allah untuk berdakwah, belajar, dan dekat diri pada Allah.

Kita mengajak kepada Islam dengan kasih sayang di waktu siang. Waktu malam kita menangis pada Allah. Berjanji pimpin tangan isteri masuk ke syurga. Di sebalik setiap orang ada orang yang memerlukan pimpinan dan kasih sayang mereka.

Tentang Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.