Inspirasi

Hati Yang Tenang Akan Menang

Oleh Ahmad Saifuddin  •  18 Oct 2017  •  1 min baca

Apabila berlaku sesuatu yang buruk kepada kita. Terutama melibatkan orang lain seperti dizalimi orang jahat, dikhianati rakan, ditipu orang dan sebagainya. Kita fikir begini sahaja. Mungkin apa yang mereka ambil dengan cara tipu itu adalah bukan milik kita juga. Mungkin datang dari sumber yang haram. Allah mahu bantu kita supaya menjauhi harta haram dengan peristiwa berkenaan.

Mungkin juga Allah mendatangkan manusia itu sebagai ujian untuk kita bagi menilai iman dan tahap sabar kita. Itu sebenarnya Allah sayangkan kita. Maafkan sahaja orang itu. Pedulikan apa yang telah berlaku.

Apabila Wahsyi membunuh bapa saudara kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda menitiskan airmata melihat jasad Saidina Hamzah itu. Selepas Wahsyi memeluk Islam dan datang berjumpa Nabi. Baginda tidak membalas dendam. Tiada pula ungkapan memaafkannya. Nabi berkata,

Bolehkah saudara memalingkan wajah saudara dari pandangan saya.

Selepas itu tiada lagi umpatan dan rungutan dari Nabi Muhammad S.A.W tentang Wahsyi. Nabi tidak peduli, Nabi terus bekerja menyebarkan Islam. Tenangkan hati dengan melepaskan yang buruk. Menarik perkara yang menenangkan hati.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ahmad Saifuddin

Ahmad Saifuddin

Salah seorang Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Sedang menjalankan kajian hadith dan sirah dari aspek psikologi, motivasi, bisnes dan marketing. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Pengajian Hadith di Universiti Malaya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami