Baru-baru ini saya terbaca artikel yang tular tentang “Ciri-ciri anak genius”. Saya pernah terbaca artikel yang sama dalam Bahasa Inggeris yang ditulis oleh penulis dari Amerika Syarikat.

Artikel Bahasa Melayu tersebut mungkin terjemahan dari artikel asal. Dari komen-komen yang ditulis pada artikel itu, ramai ibu bapa yang teruja kerana anak masing-masing mempunyai ciri-ciri ‘genius’ yang disebutkan dalam artikel tersebut.

Saya rasa semua ibu bapa hanya melihat yang terbaik pada anak masing-masing. Semua ibu bapa harapkan dan inginkan yang terbaik untuk anak-anak dan sanggup lakukan apa saja demi anak-anak. Ini adalah fitrah manusia.

Adakalanya mengharapkan anak menjadi ‘genius’ akan menimbulkan tekanan dalam diri ibu bapa kerana ibu bapa risau tidak cukup berusaha dan tidak cukup menyediakan peluang untuk anak-anak menjadi yang terbaik.

Tekanan dan harapan yang menggunung tinggi ini jika tidak dikawal akan meletakkan anak-anak di posisi yang sangat tertekan kerana perlu memenuhi impian ibu bapa.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Tekanan ini datangnya dari suara-suara dalaman ibu bapa sendiri, Saya dapat membuktikan bahawa saya ibu bapa yang baik jika anak saya ‘genius’. Saya tidak mahu anak saya ketinggalan atau berada di kelas belakang.

Anak saya adalah tanggungjawab saya maka jika anak saya genius, saya menjalankan tanggungjawab saya dengan baik.

Persaingan semakin sengit sekarang ini dalam peperiksaan dan peluang untuk belajar, maka saya harus pastikan anak saya berada di hadapan. Saya ingin membuktikan walaupun saya ibu tidak bekerja, anak saya genius.

Saya ingin membuktikan walaupun saya ibu bekerja dan tidak punya banyak masa untuk diluangkan dengan anak, anak saya tetap genius.

Saya dididik hingga menjadi seorang ‘genius’, oleh itu anak saya juga perlu menjadi seorang ‘genius’ dengan cara yang sama saya dididik dulu.

Anak saya perlu capai apa yang saya tidak capai dulu. Dia perlu menjadi lebih baik dari saya.

Tidak ada salahnya mempunyai suara-suara dalaman begini untuk memandu anda mendidik anak-anak anda. Walau bagaimanapun ia haruslah dikawal supaya tidak menjadi tekanan kepada anak-anak yang perlu memenuhi impian dan harapan anda.

Kenali anak anda. Kenali tahap perkembangan setiap seorang daripada anak-anak anda. Kenali pembawaan anak anda. Kenali kelebihan dan kekurangan anak anda.

Kerana dengan mengenali anak-anak, kita boleh meletakkan harapan dan impian yang realistik untuk anak kita tanpa terikut-ikut orang lain.

Tentang Noor Afidah Abu Bakar

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.