Gaya Hidup

Hakikat Sebuah Kematian

Oleh Saripah Fadhilah Al-Yahya  •  7 Jan 2018  •  2 min baca

“Eh, Ammar kau dah tahu ke kawan kita Solihin dah tak dek, dia meninggal kemalangan motosikal semalam”

“Al Fatihah, buat mangsa yang terlibat dengan nahas MH17”

“Mayat pelajar sebuah universiti tempatan yang mati lemas di pantai Batu Buruk Kuala Terengganu masih belum ditemui”

Begitulah yang kita dengar silih berganti berita mengenai kematian. Hakikatnya berada di mana sekalipun di darat, di udara mahupun di laut sekalipun, saat kematian menjemput tiadalah dapat kita lari.

Kematian diibaratkan sebuah destinasi yang bakal kita semua singgahi. Bersediakah kita?

Kalau ditanya kepada saya, saya belum bersedia sepenuhnya, masih berkira untuk menginfaqkan harta, masih culas bangun tahajud dan masih kurang menjaga lidah.

Allahuakbar, moga Allah memilih kita di antara hamba-Nya yang di akhir ucapan adalah menyebut kalimah teragung;

” لا إله إلا الله محمد رسول الله”

Saat kita mahu berangkat berbulan madu di Sydney, pelbagai kelengkapan kita sediakan. Saat kita dijemput untuk ke Mekah dan Madinah, rapi persediaan kita dengan menyertai kursus, membeli buku-buku panduan dan persediaan pakaian tersusun dengan rapi.

Kita mengharapkan segala urusan perjalanan kita dimudahkan. Pergi dengan selamat dan pulang dengan selamat.

Namun, begitu alpa kita. Mengapa kita tidak membuat persiapan dengan sepenuh rapi untuk ke destinasi yang tetap akan kita lalui yang bernama “kematian”.

Destinasi yang kita tidak tahu saat bila kita akan dijemput pergi, yang pastinya akan kita tempuhi jua. Disambut Sang Malaikat dengan tersenyum atau muka yang sangat bengis.

Disediakan tempat bermalam ibarat taman-taman syurga atau umpama kawah-kawah neraka. Ditemani dengan wangian juga rumput-rumput hijau atau ular dan kala jengking.

Hitunglah amalan kita sebelum tiba saat pengadilan yang dihitung setiap amalan baik dan buruk kita. Dipaparkan satu persatu ibarat layar besar di pawagam yang jelas terlihat.

Allahuakbar moga kita membuat persediaan rapi untuk melalui RnR Kematian sebelum sampai ke kampung bergelar Barzakh.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Saripah Fadhilah Al-Yahya

Saripah Fadhilah Al-Yahya

Beliau merupakan graduan Universiti Sultan Zainal Abidin dalam Bidang Pengajian Islam Dakwah. Merupakan Felo Muda Dakwah di bawah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia. Minat dalam penulisan dakwah, kerja-kerja kebajikan dan menyampaikan motivasi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami