”Dunia ini, pentas lakonan yang tidak ada stunt woman/man nya. Andai kau ditakdirkan mati, tidak akan ada yang bisa kau upah untuk mengganti posisi watakmu agar kau bisa hidup, dan biar orang lain yang mati. Andai kau yang luka berdarah, mana ada yang bisa mengganti watakmu dan membiarkan watak orang lain tersiksa. Takdir mu adalah takdir mu.”

Ada masa, kita terlalu mahukan sesuatu. Bahkan demi mendapatnya, kita sanggup buat segala macam hal.

Berisiko, mahupun tidak, itu bukan lagi masalah bagi kita. Asalkan, kita dapat apa yang kita mahu. Tetapi pada akhirnya, Allah malah berikan yang sebaliknya.

Kita kecewa. Kita putus harapan. Kita mula mempersoalkan ‘kenapa’, mula mencari hal yang mampu dipersalahkan. Dan yang paling kerap manusia persalahkan, adalah Takdir.

Padahal, segala sisi cerita kehidupan kita yang terjadi di dunia ini adalah sisi yang paling terbaik dari sisi yang lainnya. Kerana Allah, Maha memberi hanya hal yang baik-baik untuk hamba-Nya.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Firman Allah S.W.T;

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ”Surah Al-Baqarah ayat 216

Takdir ini, dalam bahasa arabnya disebut sebagai ‘qadar’ dan qadar pula bermaksud ‘ketentuan’.

Ketentuan kepada sesuatu peristiwa yang terjadi kerana pilihan makhluk itu sendiri, yang akan dipertanyakan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah di Masyar.

Manusia yang sedar, yang tahu bahawa dirinya memiliki Tuhan sebagai penciptanya, adalah manusia yang wajib mengimani Takdir. Ia merupakan salah satu dalam rukun iman, pada rukun terakhir iaitu; Beriman kepada qada’ dan qadar.

Kita juga sering mengaitkan Takdir dan waktu. Pernah dengar orang kata ;

”Biarlah ‘takdir dan waktu’ yang menentukan segalanya ”

Inilah yang kita katakan bahawa sebenarnya manusia sendiri yang menyatukan Takdir dan waktu dalam pemahaman masing-masing.

Manusia sudah mula memahami bahawa takdir ini adalah sesuatu yang telah ditentukan dan sifatnya rahsia sehinggalah Takdir itu mendatangi kita.

Cuma, kerana keinginan yang terlampau kepada sesuatu hal, keimanan yang kurang, sampai ada yang sanggup membunuh diri hanya kerana tidak mampu menerima takdirnya yang sama sekali tidak memenuhi keinginannya.

Cuba hayati lagu-lagu yang berunsur Ketuhanan. Segala penceritaan tentang takdir, semua berakhir dengan ‘penerimaan’.

Kerana takdir, memang begitu sifatnya. Manusia seperti kita, boleh merancang, boleh membina setinggi manapun impian! Boleh sebarkan keinginan, tapi sama sekali tidak mampu menghalangi takdir yang telah ditentukan.

Seperti pokok yang tumbuh besar dari sekuat akar kecil yang mencengkam tanah, lalu menumbuhkan tangkai, dahan, reranting, daun, dan bunga.

Begitulah juga cabang kepada takdir yang perlu kita fahami. Ianya adalah al ‘ilmu, al kitabah, al masyi’ah dan al kholaq.

Al-ilmu (tentang ilmu Allah) bermaksud, Allah S.W.T Maha meliputi segala sesuatu yang ada didunia, mahupun yang berada diluar kemampuan kita untuk mengetahuinya, sejak daripada azali lagi, yang tidak memiliki permulaan, dan abadi tanpa ada pengakhiran.

Firman Allah S.W.T;

“Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.”Surah Al-Haj ayat 70

Allah Maha mengetahui siapa yang pengakhirannya di Syurga, siapa pengakhirannya di Neraka. Itu takdir.

Bahkan, tidak ada satupun yang ada dibumi, yang terlepas daripada pengetahuan Rabb, sekalipun sebutir pasir di dasar lautan.

Al-kitabah pula, adalah penulisan ilmu Allah yang kita yakini bahawa sejak azali lagi, Allah telahpun menulis segala garis Takdir kita, dan kejadian-kejadian di mukabumi. Tiada satupun yang lepas daripada ketentuan-Nya.

Bagaimana langit dan laut dicipta, tidak ditakdirkan bersatu tapi saling masih menatap antara satu sama lain. Langit di atas, laut dibawah. Cukup cantik ciptaan-Nya. Setiap garis takdir yang tertulis di Lauhul Mahfuzh ini, tidak akan pernah berubah.

Al-Masyi’ah pula, adalah tentang kehendak Allah, yang kita yakini bahawa segala takdir yang terjadi setiap inci adalah atas kehendak Allah.

Tidak ada satupun kejadian yang tidak melalui tapisan Allah terlebih dahulu. Apapun kejadian yang bakal kita terima, atau yang sedang kita terima, sama ada bersifat baik bagi kita, atau mungkin kurang baik bagi kita, itu adalah kehendak-Nya. Itu yang ditentukan-Nya.

Maka sebagai hamba, seberat apapun takdir, tetap harus menerima. Kerana, tidak ada satupun kejadian yang Allah tentukan, berlalu tanpa apa-apa hikmah. Seperti kata sahabat Rasulullah S.A.W, Sayyidina Umar Al-Khattab :

” Hatiku tenang, kerana mengetahui apa yang tinggalkan aku, tidak akan pernah menjadi takdirku. Dan apa yang menjadi takdirku, tidak akan pernah pergi dariku”

Al-Kholaq (Penciptaan segala sesuatu oleh Allah) , dengan meyakini bahwa setiap sesuatu yang ada di alam semesta, adalah makhluk ciptaan Allah.

Dzat mahupun sifat, bahkan takdir juga adalah keseluruhannya ciptaan-Nya. Seperti firman Allah Ta’ala;

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

“Allah adalah pencipta segala sesuatu.” Surah Az Zumar ayat 62

Bagaimana penciptaan akar, yang bersatu dengan tanah, mampu menghasilkan pokok yang indah? Inilah takdir kejadian daripada-Nya.

Bagaimana anak bayi yang terhasil daripada air mani? Ini takdir kejadian oleh-Nya.

Takdir dan waktu itu, sering berhubung. Seperti perlunya jasad kepada nyawa, ia tidak terpisah. Kerana takdir kita, tidak punya waktu tertentu yang kita bisa untuk tahu terlebih dahulu. Segalanya menjadi rahsia abadi Allah.

Kita sebagai makhluk Allah yang miskin, yang sering meminta hanya pada-Nya, semoga segala garis takdir dan detik waktu yang berjalan menjadi peneman sepanjang kehidupan, mendekatkan kita lebih pada-Nya.

Segala takdir yang Allah tentukan sesaat dua ke depan, adalah senario yang paling terbaik yang telah Tuhan kirimkan.

Jika takdir yang datang itu berbentuk ujian, sukar untuk ditelan sampai mandi dalam tangisan, menangis darah mata bengkak untuk paksa diri bertahan, pesan pada diri.

”Mungkin, kalau hal ini tidak terjadi pada aku, mungkin akan terjadi hal yang lebih dasyat dari ini. Tidakpun , pada keluarga atau sahabat aku. Kerana ini takdir-Nya, maka aku perlu yakin! Inilah yang paling selamat untuk aku ”

Kerana Allah itu, Maha Memelihara. Maha Melindungi. Sebelum takdir Allah yang berbentuk ujian datang menyapa kita, Allah terlebih dahulu sudah membungkus baik-baik hikmah di pengakhirannya.

Kerana Allah Maha Baik.

Tentang Fatin Fitria

Fatin Fitria

Pemegang Diploma dalam Seni Reka Fesyen, dan kini sedang bekerja sebagai Pereka Pemasaran di sebuah Syarikat produk makanan.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.