Kata-kata yang selalu kita dengar tentang masa ialah; masa itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu (Ini pepatah arab, sama seperti pepatah melayu masa itu emas).

Kata perumpamaan Estonia:

Siapa yang mensia-siakan masanya seolah-olah dia mencuri dirinya.

Dari dua kata-kata ini, kita boleh simpulkan tentang kepentingan menjaga masa dan menggunakan sebaik-baiknya 24 jam yang diberikan kepada kita, agar kita tidak leka dengan pencapaian harian kita. Ini tidak bermakna anda tidak perlu berehat. Tetapi hatta waktu rehat sekalipun biarlah ia dengan niat untuk menghilangkan keletihan dan mengecas kembali tenaga anda untuk melaksanakan apa yang telah anda rancang mengikut waktu yang ditetapkan.

Seseorang yang tidak bijak menggunakan waktu tidak dapat melepaskan diri dari membuang masa.

Apabila anda berada di katil anda memikirkan apa yang telah anda lakukan pada hari itu, ketika anda mendapati tidak banyak yang anda lakukan, akan menyebabakan anda rasa malas dan tidak minat untuk bangun awal.

Ketika kita bercakap mengenai bagaimana seseorang menggunakan masanya, kita mestilah tahu bahawa setiap orang mempunyai tabiat tertentu. Begitu juga dengan orang yang produktif dan aktif. Selain itu, sikap bertangguh sudah menjadi penyakit berjangkit dalam kalangan kita. Telah menjadi kebiasaan kita mengangguhkan kerja sehingga menyebabkan kerja bertindan.

Di sini ada beberapa tips yang boleh membantu seseorang untuk menggunakan waktu dengan baik agar tidak sis-sia.

#1- Buat Senarai Kerja

Seseorang yang hendak hidup dengan kehidupan yang produktif, perkara pertama yang harus dilakukan ialah dengan menyenaraikan kerja yang hendak dilakukan setiap hari. Tanpa perkara ini akan menyebabkan seseorang bermasalah untuk mengatur kehidupan seharian. Dengan adanya senarai kerja ini akan memudahkan seseorang untuk menyusun waktunya dan menilai keutamaan dengan lebih baik dan jelas.

Laksanakan Apa Yang Telah Disenaraikan

Terkadang, senarai kerja ini mungkin menjadi sebab kita membuang masa kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk mengatur apa yang hendak dibuat, tanpa kita melaksanakan apa yang dirancang. Setiap orang mempunyai motivasi dan tujuan tertentu yang akan menolongnya. Oleh itu, dia hendaklah mencari motivasi ini dan terus melakukan apa yang telah disenaraikan.

Masa adalah terhad, jadi kita hendaklah menggunakan masa dengan sebaiknya dengan cara yang tidak menyebabkan kita malas.

Tetapi sebaliknya menyebabkan kita rasa bangga dengan apa yang telah dilaksanakan.

3. Minta Bantuan Orang Terdekat

Terkadang kita tidak sedar kewujudan orang yang terdekat yang boleh mengawasi kita. Ini mungkin satu peluang yang boleh dimanfaatkan untuk menggunakan waktu dengan sebaiknya dengan meminta tolong orang terdekat untuk membantu mengingatkan kita ketika kita leka.

Tentang Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.