Inspirasi

Dakwah Di ‘Jalanan’ Memanggil Yang Jauh

Oleh Khafiz Bahari  •  14 May 2018  •  2 min baca

Dakwah merupakan suatu usaha yang sangat dituntut dalam Islam. Hukum berdakwah adalah wajib bagi setiap muslim, ini berpandukan firman Allah yang bermaksud;

“dan hendaklah ada dari kalangan kamu yang menyeru ke arah kebaikan iaitu menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran”Surah Ali Imran:104

Salah satu cara berdakwah yang menjadi budaya baharu kini ialah ‘Dakwah Jalanan’.

Dakwah Jalanan atau [email protected] bermaksud kegiatan dakwah yang dilakukan di jalanan dan di tempat terbuka samada dilakukan secara perseorangan atau kumpulan.

Jika diperhatikan sebelum ini dakwah jalanan telah lama dilakukan oleh Jemaah Tabligh apabila mereka seringkali menziarahi orang Islam dari rumah ke rumah dan menyeru mereka agar mengamalkan sunnah Rasulullah terutama solat berjemaah.

Amalan berziarah ke rumah-rumah sambil berbicara soal akidah dan iman dikenali sebagai “Gash”.

Imam Hassan Albanna yang mengasaskan Ikwanul Muslimin di Ismailiah, Mesir pada tahun 1929 juga pernah melakukan dakwah jalanan.

Beliau tidak berasa segan silu untuk berdakwah walaupun di dalam kelab-kelab malam sekalipun.

Para pendakwah akan mengenal pasti kumpulan sasaran terlebih dahulu, kemudian menyesuaikan tema atau mesej yang hendak disampaikan dan program yang hendak dilaksanakan.

Rasulullah SAW pernah melakukan Dakwah Jalanan. Baginda pernah mengumpulkan orang kafir Quraisy di kaki bukit Safa seraya berkata;

“Apakah pandangan kalian jika aku katakan dibelakang bukit ini ada bala tentera akan memerangi kamu, adakah kamu percaya kepada kata-kataku?”

Mereka menjawab;

“Bahkan ya Rasullullah”

Dakwah Jalanan boleh dilakukan secara berfokus kepada golongan sasar. Antara golongan-golongan sasar itu ialah:

#1 – Golongan Naïf

Ialah seperti gelandangan dan fakir miskin. Fokus utama mereka adalah membantu golongan tersebut dan sedikit demi sedikit mengajak mereka mengamalkan amalan Islam yang asas seperti solat dan puasa.

#2 – Anak Muda Islam

Anak-anak muda dan belia yang mungkin ada yang menghabiskan masa di tepi jalan dengan berbuat sesuatu perbuatan tidak berfaedah atau bermoral.

#3 – Orang Islam Yang Terlibat Dengan Kegiatan Yang Mungkar

Ialah seperti pelacur, penikam nombor ekor atau melakukan kemungkaran umum dalam khalayak.

#4 – Orang Bukan Islam

Cara ini lebih kepada mendekatkan mereka kepada agama Islam dan memberikan refleksi yang baik tentang imej agama Islam dalam ruang dialog yang bersifat ‘berlapang dada’

Satu perkara perlu diingatkan pendekatan dakwah jalanan mestilah dilakukan dengan cara paling mudah mesra.

Dekatilah dengan bersantun kerana itu merupakan sifat kelembutan dakwah Rasullullah seperti dalam firman Allah yang bermaksud;

“Jika kamu bersikap kasar dan keras hati nescaya mereka akan lari daripada kamu” Surah Ali Imran:159


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Khafiz Bahari

Bachelor (Honest) Of Islamic Revealed Knowlegde IIUM,Gombak. Master In Islamic Education

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami