Keluarga

Catatan Anak Yang Merindu Ayahnya

Oleh JAKIM  •  14 Mar 2016  •  2 min baca

Ada tak yang rasa macam ini?

Dulu nak pergi sekolah pagi, ayah beri 60 sen untuk setiap anak-anaknya. Petang pula kadang-kadang 20sen kadang-kadang 30 sen. Tapi, kita selalu rasa tak cukup. Siap buli lagi adik untuk 10sen ataupun 20sen tambahan.

Dulu 60 sen untuk beli:

  • 10sen : Air
  • 40sen : Nasi sepinggan
  • 10sen : kacang
  • 10sen : Beli apa-apa di koperasi
  • 20 sen yang di’pau : Beli aiskrim waktu balik

Sekarang nilai 60 sen HANYA untuk parking kereta. Air pun paling murah RM1.00. Masuk tandas untuk mandi pun 50 sen.

Tapi itu bukan isunya.

Dulu waktu ayah beri duit kita rasa “ala sikitnya… berilah lebih!!!”

Kita tak tahu waktu tu kerja ayah sehari dibayar sekitar RM10-20 sehari.

  • Jadi kalau campur-campur,
  • 4orang anak : (Lebih kurang RM1x4) = RM4
  • Beli lauk-lauk untuk mak masak = RM5
  • Isi minyak motor.
  • Beli makanan untuk kita adik beradik.
  • Beli pakaian.
  • Beli alat kelengkapan rumah

Kita pun tidak tahu berapa baki yang ayah miliki sebelum sampai ke hujung bulan. Tapi yang kita tahu.

  • Anak-anak ayah tak pernah lapar.
  • Anak-anak ayah tak pernah tak berganti baju.
  • Anak-anak ayah tak pernah tak pakai kasut.

Sekarang bila sudah bekerja, baru kita tahu peritnya nak cari duit. Hari-hari kena fikir berapa banyak nak kena jimat.  Berapa banyak nak belanja.

Kadang-kadang kita berharap kita dapat kembali ke masa lalu. Jadi anak ayah yang boleh berlari-lari tak perlu nak fikir ini semua.

Tuhan, terima kasih kerana membesarkan kami dengan seorang ayah yang cukup mengasihi kami adik beradik! Sungguh kami berbahagia punya ayah dan emak seperti kalian. Tuhan, pimpinlah mereka ke gerbang syurga-mu! Amin!!

Kredit gambar: news.com.au


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

JAKIM

JAKIM

Bahagian Dakwah merupakan salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami