Inspirasi

Bangunlah Dari Lena Wahai Insan

Oleh Rizal Alhaj  •  8 Aug 2018  •  1 min baca

Menurut HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amarullah). Jika ingin melihat orang Islam datanglah ke Masjid pada Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Tetapi, jika ingin melihat orang yang beriman, datanglah ke Masjid di waktu subuh. Itulah perbezaan antara orang Islam dengan orang beriman.

Sesungguhnya Subuh itu hakikat diri. Jika Subuhnya senantiasa dipelihara, itu tanda akan selamat dari neraka.

Jika Subuhnya tidak sesekali ditinggal, Allah S.W.T melindunginya dari segala arah. Jika Subuhnya didahului dengan solat sunat, pasti seluruh dunia beserta isinya, dia dapat.

Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Masjid, di kegelapan akhirat ia dapatkan cahaya. Jika Subuhnya hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid pula, pasti beroleh pahala melimpah.

Namun ingatlah, jika Subuhnya tiada dijaga, maka pada wajahnya tiada cahaya. Jika Subuhnya sengaja terlupa, tanda imannya tiada bernyawa.

Jika Subuhnya terasa berat, tanda munafik sudah mendekat. Jika Subuhnya tiada peduli, tanda iman menghampiri mati. Jika Subuhnya tiada berjemaah, tanda hidupnya akan hilang berkat.

Jika Subuhnya tiada ke Masjid, tanda imannya ada penyakit. Jika Subuhnya selalu terlewat, tanda imannya semakin cacat.

Jika Subuhnya diakhir waktu, tanda iman semakin kelabu. Jika Subuhnya hari sudah siang. tanda rezekinya sudah hilang. Jika di waktu subuh masih berdengkur, tanda syaitan memeluknya dalam tidur.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami