Gaya Hidup

Bagaimana Mahu Hidupkan Rasa Gembira Dan Tenang Dalam Kehidupan Seharian

Oleh Tim Tazkirah  •  21 Nov 2016  •  3 min baca

Pernahkah anda hadapi hari yang membuatkan anda tersenyum dan merasa bahagia sepanjang hari sehingga tidak henti memanjatkan kesyukuran pada Allah. Berkali-kali melafazkan Alhamdulillah dan merasakan diri paling beruntung. Terasa hati senang dan tenang.

Mahu merasa senang hati sebegini setiap hari? Kalau boleh? Tentulah boleh! Caranya :

1- Berpagian Di Awal Hari

Bangun awal walaupun tiada sebarang urusan, penuhkan hari dengan aktiviti yang mendatangkan manfaat pada diri. Bila banyak aktiviti, hari anda akan berlalu dengan pantas tanpa memberi ruang langsung pada perkara yang negatif dan perasaan yang berpotensi menodai hati. Tetapi pastikan juga anda cukup tidur dan rehat.

2- Sentiasa bersangka baik

Ada kalanya, ada sesetengah perkara mengganggu perasaan dan emosi. Seboleh-bolehnya kawallah kedua-duanya dan fikirkan yang baik-baik saja. Jika dilanda kesukaran, cuba bersabar dan yakinkan diri bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

3- Jangan Membawa Mulut

Jangan bercerita atau berkata-kata buruk tentang orang lain. Seperti mana diri anda sendiri tidak gemar untuk dijadikan bahan gosip orang lain, begitu juga dengan mereka. Lebih baik fokus memperbaiki diri daripada bercerita tentang kisah hidup mereka di luar sana.

4- Bataskan Cerita Peribadi

Kurangkan berkongsi tentang kisah peribadi anda ke laman sosial media. Anda pastinya tidak mahu diganggu oleh mereka yang tidak dikenali dan berniat jahat pada anda. Tidak salah berkongsi kegembiraan, cuma kita tidak tahu cara pemikiran dan perasaan orang lain terhadap kita.

5- Sentiasa Bersedia Mneghadapi Cubaan

Jangan mengeluh ketika menghadapi kesukaran. Sebenarnya, mengeluh boleh menambahkan lagi kesukaran anda. Ia adalah salah-satu penyakit jiwa yang menunjukkan kita tidak mampu menghadapi cabaran dan dugaan Tuhan serta tidak bersyukur. Ingatkan diri bahawa Tuhan menurunkan dugaan yang anda mampu hadapi untuk menguatkan diri anda.

6- Bermurah Hati

Bersedekah walau 10 sen dan cuba bantu orang lain walau sekadar membantu mengangkat plastik sayur. Tahukah ada rezeki dan pahala anda akan bertambah tidak kira sebesar mana pun sumbangan dan bantuan anda pada mereka yang memerlukan? Bantulah orang lain untuk membantu diri sendiri. Anda akan terasa hebat seperti superhero kerana telah meringankan beban mereka.

7- Menghubungkan Silaturahim

Cuba hubungi sahabat-sahabat atau saudara-mara yang sudah lama tidak berkomunikasi dengan anda dan bertanya khabar. Eratkan semula silaturahim yang renggang. Kita tidak tahu bilakah waktu kita dipanggil Illahi. Jangan sampai menyesal kemudian hari.

8- Ganjaran Untuk Diri Sendiri

Memberi ruang dan ganjaran pada diri sendiri. Keluar membeli-belah, beriadah, tonton wayang, makan makanan yang digemari dan sebagainya.

9- Luangkan Masa Bersama Keluarga Terutamanya Ibu Bapa

Belanja mereka makan dan sebagainya. Mereka akan hargainya dan akan merasai dihargai.

10- Beriadah Walaupun Sekejap

Aktiviti yang sihat akan membuatkan anda merasa hebat,sihat dan gembira secara automatiknya kerana anda mengeluarkan peluh dan toksik dari badan anda.

11- Murahkan Senyuman

Amalkan untuk sentiasa senyum walaupun pada mereka yang tidak dikenali. Senyum itu satu sedekah dan berpotensi untuk menyerikan hati orang lain yang mungkin sedang menghadapi hari yang teruk.

12- Muhasabah Diri

Muhasabah diri untuk memperbaiki diri supaya esoknya anda menjadi seorang yang lebih baik dari hari ini. Anda juga boleh mendalami misi dan visi yang anda ingin capai di masa hadapan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami