Inspirasi

Bagaimana Allah Mengajar Supaya Optimistik Dengan Masa Depan

Oleh Tim Tazkirah  •  8 Jun 2017

Kadang-kadang, perancangan manusia dan perancangan Allah selari. Ada masa kita memilih untuk pergi ke suatu tempat, maka Allah mengizinkan kita untuk ke tempat tersebut. Ada masa kita ingin belajar di universiti tertentu, dan Allah membenarkan.

Namun ada perancangan kita yang kadang-kadang tidak selari dengan perancangan Allah. Kadang-kadang kita memperoleh kerja yang baik, dan ingin kekal dengan kerja tersebut selama 10 tahun, tetapi Allah mentakdirkan kita dibuang kerja selepas 6 bulan. Namun itu tidak bermakna kita tidak perlu merancang.

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”(Al-Kahfi:24)

Firman Allah ini mengajar kita supaya positif dan optimistik dengan masa depan. Apa pun yang terjadi, kita mesti berusaha, kita mesti mencuba, kita mesti merancang, tetapi harus kita ingat di akhirnya Allah lah yang akan menentukan yang terbaik untuk kita.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami