Bacalah ayat suci daripada Allah setiap hari sebelum anda keluar dari rumah walaupun hanya satu ayat. Mengapa? Kerana kita cuba untuk mewujudkan ‘tali perhubungan’ dengan Allah. Bayangkan jika kita ditimpa apa-apa kecelakaan di pertengahan jalan dan ditakdirkan kita meninggal dunia, betapa bermaknanya kematian kita apabila hari kita bermula dengan mengingati Allah, dan pengakhirannya juga dengan Allah.

Tentang Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.