Ibadah

Apakah Tanda Ramadan Kita Diterima?

Oleh Tim Tazkirah  •  21 Jun 2017

Antara tujuan utama diwajibkan ke atas kita berpuasa pada bulan Ramadan adalah untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”(HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760)

“Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadan karena iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”(Hadits Muttafaq ‘Alaih)

Berikut adalah janji Allah kepada hamba-hambanya. Sebaiknya segala ibadat tersebut kita lakukan dengan hati yang ikhlas. Kita berpuasa dan bersolat malam (tarawih) dengan menundukkan hati kita kepada Allah, berserah diri sepenuhnya kepada Allah.

Apabila kita melakukan sesuatu ibadah kepada Allah, hakikatnya bukan kita yang memberi Allah sesuatu, bahkan Allah yang memberikan kita sesuatu iaitu pahala dan ganjaranNya.

Allah telah memberikan ganjaran yang tidak ternilai kepada kita, maka apakah yang patut kita lakukan selepas Ramadan? Apakah tanda bahawa Ramadan kita diterima?

Antara tanda Ramadan kita diterima ialah; Jika kehidupan kita selepas Ramadan semakin berubah ke arah yang baik walaupun seinci, maka itu tanda bahawa Ramadan kita baik. Jika sebaliknya, maka itu tanda kita telah mensia-siakan Ramadan kita.

Ambillah peluang dalam masa yang masih berbaki ini. Semoga kita tergolong dalam golongan yang dikasihiNya. Amin.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami