Anak-anak dilahirkan dengan sifat semulajadinya (temperament) yang membezakan setiap seorang daripada mereka.

Kadang-kadang apabila kita membanding-bandingkan mereka, secara tidak sengaja kita menggunakan label yang ‘negatif’ sebagai diskripsi diri mereka.

Contohnya malas, kedekut, lembap, lembik, serabut, cemerkap, degil, buas dan bermacam-macam lagi perbendaharaan kata yang negatif yang sudah sebati dalam masyarakat.

Label ini hanya membuatkan diri kita sendiri tertekan dan rasa gagal. Lebih buruk lagi, anak percaya dengan label tersebut dan merasakan diri ‘hopeless’.

Berpandukan label-label ini, Konsep diri (self-concept) dibina oleh seorang anak dari awal usia dan terbentuk pada lingkungan usia 5tahun.

Lihatlah nilai semulajadi anak dari kaca mata yang positif. Anak-anak dilahirkan seumpama kain putih. Gunakanlah label yang positif untuk menerangkan tentang anak tersebut apabila berada di hadapan anak dan apabila menceritakan tentang anak kepada orang lain.

Sebagai contoh tukarkan label;

#1 – Buas Kepada Bertenaga

Kita perlu membantu anak menyalurkan tenaganya ke saluran yang betul. Kalau anak suka memanjat, bawalah dia ke taman permainan atau pusat rekreasi yang sesuai. Jika tidak, sudah tentulah dia melompat atas sofa di rumah.

#2 – Suka Berkhayal Kepada Kreatif

Tanyalah anak apa yang difikirkan. Mungkin dia memikirkan rekaan atau falsafah yang boleh mengubah dunia. We will never know.

#3 – Degil Kepada ‘Assertive’

Anak mungkin seorang yang teguh dalam berhadapan dengan cabaran dan mempunyai percaya diri yang tinggi.

#4- Kedekut Kepada Berjimat-Cermat

Mungkin anak mempunyai tafsiran yang berbeza tentang berbelanja dan berkongsi.

#5- Pemalu Kepada Berhati-Hati

Ada sesetengah anak yang suka ‘observe’ orang terlebih dahulu sebelum boleh dirapati.

#6- Suka Bertekak (Argumentative) Kepada Berpendirian Teguh

Bimbinglah anak dengan adab dan teknik menyuarakan pendapat, mungkin dia boleh menjadi orator/ pembahas/ pemidato yang baik.

#7 – Cerewet Kepada Ada Gaya Tersendiri

Kadang-kadang anak juga patut diberi pilihan mengikut ‘taste’ mereka.

Ibubapa dan juga guru perlu kreatif. Dengan menukar label ini kita sebenarnya melihat kebaikan dan kekuatan dalam diri anak.

Anak akan rasa dirinya lebih bernilai dan ‘temperament’ nya boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan dengan bimbingan daripada ibubapa dan juga guru-guru.

Walau apa saja ‘temperament’ anak, tanamkanlah dalam diri anak akhlak yang baik untuk memandu ‘temperament’ tersebut.

Tentang Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.