Inspirasi

Apa Kata Pak Hamka Mengenai Rezeki?

Oleh Rizal Alhaj  •  3 Aug 2018  •  2 min baca

Rezeki itu bukan bermakna bila kau dapat apa yang kau inginkan. Tetapi bila kau terima apa yang Allah S.W.T berikan kepada.

Kau belajar tentang sirah dan tahu Mariam tidak berkahwin tetapi mendapat anak. Itu Rezeki dia. Kau lihat pula sirah Aishah, kahwin tetapi tidak mendapat anak. Itu pula Rezeki dia.

Allah S.W.T menghantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke Syurga. Tetapi, tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih Neraka.

Allah S.W.T menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan menerima dakwah Baginda.

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sesungguhnya, Rezeki masing-masing tidak sama. Ada baik dan buruknya.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak-anak, bermakna ada tanggungjawab. Mudah dapat pahala dan mudah juga mendapat dosa.

Yang tidak bertemu jodoh, yang tidak dikurniakan zuriat pun satu Rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko menjawab depan Allah S.W.T kelak.

Jadi sebelum kau mengeluh tentang itu ini, kau fahami dahulu apa itu Rezeki. Ada tidak semestinya untung dan tiada tidak semestinya rugi.

Kau perolehi apa yang kau mahu tidak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tidak dapat apa yang kau mahu, tidak semestinya kau tidak boleh bahagia.

Takdir Allah S.W.T ini misteri sifatnya. Mungkin air mata reda yang kau titiskan dalam mengharung kepayahan itulah yang akan menghanyutkan kau ke Syurga.

Oleh itu, ingatlah sentiasa dan bertaqwalah. Rezeki itu bukan bermakna kau dapat apa yang kau mahu. Tetapi, bila kau terima (reda) apa yang Allah S.W.T berikan.

Kau akan bahagia jika kau ikhlas menerimanya. Percaya dan terimalah. Berusaha dan bertawakal. Redalah pada apa yang ada dan apa yang kita dapat dan nikmati hari ini.

Bersyukurlah agar kita menjadi orang yang terhindar dari sifat angkuh dan sombong. Moga juga kita terhindar dari orang-orang yang rugi dan ditipu serta lalai.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami