Kalau ada kerajaan atau syarikat bagi bonus raya 83 tahun gaji, best tak? Kalau gaji seribu, bonus jadi sejuta. Fuh!

Kerajaan Tuhan bagi tawaran tiap-tiap tahun, ada satu malam di bulan Ramadan amal ibadahnya akan digandakan seperti 1000 bulan, lebih kurang 83 tahun.

Segala kebaikkan malam tersebut solah-olah dilakukan oleh kita secara berterusan selama 83 tahun. Walaupun kita bagi orang berbuka sebiji tamar. Rebutlah!

Tentang Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.