Gaya Hidup

Andai Masalah Itu Hadir Tanpa Diundang

Oleh Fatihatul  •  15 May 2018  •  3 min baca

Riangnya kanak kanak itu bermain seolah olah tiada masalah di hatinya. Pernahkah kalian terfikir untuk menjadi kanak kanak semula?

Pernahkah kalian terfikir andai masa dapat diundur kembali? Lantas terdetik di hati ini aku ingin menjadi seperti dahulu, persis seperti kanak kanak yang bahagia tanpa sebarang masalah, tanpa tekanan.

Kehidupan kanak-kanak hanya bermain dan meraih perhatian dan kasih sayang orang dewasa. Alangkah bahagianya hidup ini andai apa yang kita dapat apa yang kita mahu.

Namun, semuanya telah berlalu. Sedarlah duhai teman, masa yang telah berlalu tidak dapat ditukar ganti. Hadapilah apa sahaja kemungkinan yang datang dengan tenang dan sabar.

Semuanya telah tertulis dan semuanya telah berlaku mengikut qada dan qadar yang telah ditetapkan olehNya. Di saat masalah hadir maka perbanyakkan amalan ini;

#1 – Solat Taubat

Ubat segala masalah adalah solat. Bangkitlah duhai teman. Andai sesungguhnya hati bercelaru, fikiran tidak tentu untuk memikirkan segala masalah yang berlaku, ambillah wuduk dan lakukan solat sunat taubat.

Menangislah dan mengadulah masalahmu di tikar sejadah. Allah akan mendengar setiap rintahan hambaNya kerana Dialah yang Maha Pengampun akan dosa hamba hambaNya.

Solat 5 waktu jangan ditinggalkan sebaiknya bersegeralah untuk bersolat kerana ia adalah tiang agama bahkan solat adalah ibadat yang terpenting yang akan disoal di akhirat kelak.

#2 – Zikir

Hati gundah gelana hingga tidak tentu arah. Seringkali tidak tenang, tidak puas dengan apa yang kita miliki. Teman, andai hatimu resah gelisah, berzikirlah kepada Allah SWT.

Sesungguhnya apa yang tersirat dihatimu Dia lebih mengetahui. Apabila hidup ini hanya mencari kesempurnaan, maka hanya dunialah yang kamu dapat.

Sesungguhmya tiada yang sempurna di dunia ini. Tidak perlu untuk raih perhatian manusia sebaliknya raihlah perhatian Allah maka Allah akan bantu kita untuk setiap permasalahan yang kita hadapi.

#3 – Doa

Doa merupakan senjata orang mukmin. Banyakkanlah berdoa kepada Allah agar dikurniakan hati yang bersih dan kehidupan yang tenang.

Sesungguhnya Allah akan mendengar setiap doa hamba hambaNya. Doa ketika sujud juga amat dianjurkan kerana ketika itulah kita berasa dekat dengan Allah.

Antara contoh doa yang boleh dibaca dalam hati ketika bersujud ialah;

“Ya Allah, limpahkan bagiku rezeki yang banyak lagi halal,iman yang benar,ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih serta kejayaan yang besar”

Setiap masalah yang datang itu merupakan ujian buat kita semua. Dunia ini adalah satu tempat persinggahan untuk kita melalui medan ujian manakala akhirat itu tempat yang yang kekal abadi.

“Kejarlah akhirat nescaya dunia akan mengejarmu”

Semoga kita semua mendapat manfaat dan dijauhkan dari sebarang kejahatan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami