Suka melihat riak wajah anak-anak semalam. Saya berikan mereka note RM5.00 seorang dan masa itu ternampak ada makcik berniaga keropok di stesen Petronas. Mereka berebut-rebut nak berikan makcik itu duit yang saya berikan kepada mereka.

Sambil tersenyum mereka berkata kepada makcik itu;

“Makcik doakan kami jadi anak soleh solehah ye. Doa makcik makbul.”

Selepas itu saya bagi lagi note RM5.00 minta mereka berikan di tabung Madrasah. Tiga-tiga mereka berebut masukkan. Selepas mereka buat saya berpesan;

“Sekarang doa apa sahaja yang kamu mahukan sayang. Nanti Allah kabulkan.”

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Anak nombor tiga berdoa.

“Ya Allah kami nak Allah sayang kami. Sayangilah keluarga kami. Khadijah nak masuk syurga Ya Allah”

Nasib semua orang tidak sama. Ramai orang duit nak makan pun tak cukup. Ada yang tiada duit nak isi minyak motor. Ada yang tiada duit nak bayar perubatan. Allah sayang bila kita ikhlas memberi.

Hari ini 3 orang beri duit pada 4 orang anak saya dan saya cuba tolak. Tetapi tidak dapat saya nak tolak. Seorang ada RM150. Orang tak kenal bagi. Ada tadi dari Singapura. Bidadari saya tidak dapat menolak apabila orang itu sungguh-sungguh mahu berikan.

Anak saya Tanya;

“Ayah betulkan bila bagi 1 Allah balas 10 sekurang-kurangnya.”

“Betul nak. Bahkan di akhirat tidak terkira balasan dari Allah.”

Allah Maha Kaya dan Maha Baik. Apabila sekali-sekala dapat berjalan dengan bidadari dan anak-anak. Nikmatnya. Subhanallah.

Terima kasih Allah atas nikmat ini. Keletihan pada wajah seorang isteri. Kepenatan mereka. Hanya Allah yang tahu.

Tuan/puan rasa, apa balasan Allah pada seorang isteri? Hanya Allah yang layak membalasnya. Segala puji bagi Allah menjadikan seorang isteri dan seorang ibu.

Isteri saya bertanya;

“Sayang, dalam syurga nanti boleh naik basikal dengan pasangan yang kita cintai tak?”

“Boleh sayangku. Bidadariku. Apa sahaja yang kita inginkan bahkan nikmat berjuta-juta kali lebih dari ini. Bersama naik basikal dengan rasa cintai itu nikmat Allah sayangku.”

Melihat senyuman pada wajah bidadari yang penat, nikmat yang besar. Gelak tawanya dan anak-anak ubat perjalanan dakwah ini.

Sebak dan sedih baiknya Allah. Malu rasa. Ya Allah. Betapa rahmat dan kasih sayang-Mu yang Maha Luas. Air mata saya mengalir lihat anak-anak baik ini, sebak, sedih dan rasa sayang anak ini semua.

Tentang Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.