Al-Quran yang mulia serta hadis Rasulullah SAW banyak menyebut perihal kekeluargaan, iaitu merangkumi perihal anak-anak, suami serta isteri. Sesuailah dengan tujuan utama Al-Quran itu diturunkan iaitu sebagai panduan kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan. Berikut dikongsikan serba sedikit ayat-ayat Al-Quran serta hadis Baginda Nabi SAW yang berkait dengannya.

#1 – Anak Dan Isteri Sebagai Penyejuk Hati

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Ayat ini merupakan satu doa yang boleh diamalkan untuk memperoleh jodoh, zuriat atau tatkala memohon kebaikan pada anak juga isteri ke jalan yang diredhai oleh Allah.

#2 – Anak Dan Isteri Merupakan Ujian

“Sesungguhnya, hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar.” (Surah at-Taghabun ayat 14)

#3 – Pelihara Diri Dan Keluarga Dari Api Neraka

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu..”(At-Tahrim : 6)

#4 – Doa Memohon Anak Yang Baik

“Wahai Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya, Engkau Maha Mendengar doa.” (Surah Ali Imran: 38)

Ini merupakan doa Nabi Zakaria alaihissalam.

#5 – Anak Itu Fitrah (Suci)

Rasulullah SAW bersabda;

“Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#6 – Mendidik Anak

Rasulullah SAW bersabda;

“Mendidik anak lebih baik bagi seseorang berbanding bersedekah secupak.”(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

#7 – Adab Mulia Terhadap Anak

“Tidak ada pemberian seorang bapa terhadap anaknya yang lebih baik dari adab yang mulia.”(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

#8 – Cara Mendidik Anak

“Berlaku pemurahlah kamu terhadap anak-anak kamu dan perbaikilah adab mereka.”(Hadis Riwayat Ibn Majah)

#9 – Ganjaran Memperoleh Anak Soleh

“Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.”(Hadis Riwayat Muslim)

Banyak bukan tips mahupun panduan yang boleh diambil melalui nas Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW? Ini hanyalah sebahagian sahaja. Justeru, bagi mereka yang tercari-cari serta bingung bagaimana ingin menyelesaikan permasalahan anak-anak juga suami/isteri, berbaliklah semula pada kedua sumber ini.

Benarlah firman Allah SWT menyatakan;

“Sesungguhnya, Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”(Al-Israa’: 9)

Juga sabda Baginda SAW;

“Aku telah tinggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat salaam kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”(Hadis Riwayat Imam Malik dan Muslim)

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada penulis juga pembaca. Allahumma amiin. Wallahua’lam.

Tentang Marina

Marina

Beliau merupakan pelajar lepasan Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) dalam bidang Pengajian Islam. Kini beliau seorang editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.